6 Tips Memulakan Perniagaan Walaupun Masih Bekerja Sepenuh Masa.

08:09 0 Comments A+ a-

Di Malaysia kini ekonomi negara semakin berkembang, ianya memberi impak yang kepada semua golongan. Ramai yang mencari peluang perniagaan untuk menambah pendapatan, dan masyarakat kini juga semakin berkira-kira untuk berbelanja. Ramai Memilih memulakan perniagaan sendiri walaupun mempunyai kerja dan gaji tetap. Ianya dilihat sebagai salah satu cara mudah untuk menaikkan taraf hidup seseorang. Bagi mereka yang tiada pengalaman dalam bidang perniagaan namun berminat membuka perniagaan sendiri, sebaik-baiknya pilihlah perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar.


6 Tips Memulakan Perniagaan Walaupun Masih Bekerja Sepenuh Masa.

1. Mulakan Berniaga Sesuatu Yang Anda Minati.

Yang ni sangat penting. Jika anda minat fashion rambut, bukalah Salon kecil sebagai permulaan. Jangan buka syarikat IT walaupun anda tahu membuat programming. Kemahiran penting, tapi minat anda akan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi.

2. Mulakan Perniagaan Secara Online.


Buat jualan secara online di Internet dan lihat penerimaan pelanggan yang anda sasarkan. Perniagaan online dilihat lebih sesuai dijalankan sekiranya anda masih mempunyai kerja tetap. Anda perlu bijak membahagi masa.

3. Sila Semak Kontrak Majikan Anda.

Ada syarikat yang tidak membenarkan pekerjanya mempunyai pekerjaan kedua atau perniagaan sampingan. Untuk mengelakkan masalah, sila pastikan perniagaan sampingan anda tidak ada melanggar mana-mana polisi syarikat majikan anda. Semak semula kontrak dan jika anda tidak faham terma-terma yang digunakan, dapatkan nasihat peguam atau pakar perunding. Bersifat terbuka dengan majikan anda.

4. Tetapkan Modal Perniagaan


Sila tetapkan berapa banyak modal yang anda sanggup laburkan ke dalam perniagaan baru anda. Ini kerana anda masih mempunyai pendapatan tetap, mungkin anda boleh menggunakan sebahagian daripadanya sebagai modal perniagaan anda. Buat kira-kira kos yang diperlukan, berapa banyak yang anda perlukan setiap bulan untuk membeli stok, menyewa ruang perniagaan, dan mengiklankan produk atau perkhidmatan anda.

5. Rancang Waktu Kerja Dan Perniagaan Serta Tetapkan Matlamat.

Anda juga mesti tahu menentukan berapa banyak jam yang anda ingin luangkan untukmenjalankan perniagaan anda. Jika anda bekerja daripada pukul 8 hingga 5, cubalah luangkan sedikit masa pada waktu petang iaitu selepas waktu kerja untuk mengembangkan perniagaan anda. Tetapkan matlamat perniagaan secara harian atau mingguan yang realistik. Cuba untuk memenuhi matlamat tersebut kerana ianya akan membantu anda untuk kekal fokus.
Jangan sesekali mencuri tulang dalam waktu kerja. Jika anda terasa penat keesokkan harinya di pejabat, jangan bekerja lagi pada waktu petang. Cuba luangkan masa pada hujung minggu untuk perniagaan anda.

6. Cuba Cari Rakan Kongsi


Memulakan perniagaan baru memang mencabar. Jadi, cubalah cari rakan kongsi dalam perniagaan. Ia membantu anda untuk  mendapatkan ilham dan dapat menyelesaikan segala masalah yang akan datang. Ianya juga sangat penting jika anda sibuk dengan kerja sepenuh masa. Rakan kongsi akan mengurangkan beban dan ianya membolehkan anda membahagikan masa antara pekerjaan dan perniagaan dengan lebih baik.

Hargailah Pekerjaan dan Jadikannya Keutamaan Anda

Akhir sekali, bezakan di antara pekerjaan dan perniagaan anda. Bersifat jujurlah dan jangan ambil sumber daripada majikan anda dalam apa sebarang bentuk sekalipun. Bekerjalah dengan penuh minat dan jangan lupa untuk menikmati masa anda di pejabat. Bergaullah dengan bos dan rakan sekerja anda secara baik. Buatkan ia sesuatu yang menyeronokkan dan memotivasikan.

Perniagaan Shaklee Yang Mudah.


Shaklee telah menjadi satu fenomena besar dalam pasaran makanan tambahan di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang semakin menyedari kepentingan menjaga kesihatan dengan mengambil makanan tambahan dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, masa terbaik untuk menjalankan perniagaan Shaklee adalah sekarang kerana permintaan terhadap produk Shaklee semakin meningkat.

Peluang anda untuk membantu meningkatkan kesihatan anda, keluarga dan orang sekeliling sambil menjana pendapatan sampingan dengan banyak adalah lebih besar. Contohnya 1 produk Shaklee anda boleh untung dalam RM20 sebotol. Jika anda menjual 10botol anda akan mendapat keuntungan sebanyak RM200. Itu tidak termasuk bonus yang Shaklee akan bayar kepada anda mengikut point di setiap pembelian sesuatu produk dengan Shaklee.

Modal Yang Sangat Rendah.

Mesti anda tertanya-tanya berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan Shaklee? Perlukah anda untuk membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan Shaklee ini? Jawapannya TIDAK!

Modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan Shaklee sangatlah rendah. Jika anda hanyalah seorang lepasan ijazah atau surirumah atau mungkin pesara, anda mampu memulakan perniagaan Shaklee ini kerana hanya dengan RM68.90, anda boleh memulakan perniagaan Shaklee tanpa perlu membuat pinjaman dengan pihak bank.

Cara Menjadi Pengedar Shaklee Yang Sah.

RM68.90 adalah modal yang diperlukan untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee serta anda boleh memilih untuk menjadi pengedar Shaklee yang sah.

Tiada masa untuk ke pejabat atau cawangan Shaklee untuk mendaftar? Anda sebenarnya tidak perlu ke mana-mana untuk mendaftar. Pendaftaran sebagai pengedar Shaklee boleh dilakukan secara online. Caranya anda hanya perlu menghubungi Cikta untuk mendaftar sebagai Pengedar Shaklee yang sah. Mudah bukan? Walaupun di negeri mana anda berada di Malaysia ini, ianya bukanlah satu halangan untuk Cikta mendaftarkan anda. Segalanya di hujung jari, proses pendaftaran sebagai pengedar Shaklee boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua. Mudah bukan?

Cara kedua untuk menjadi pengedar Shaklee adalah dengan membuat pembelian mana-mana produk Shaklee dengan jumlah point sebanyak 200point. Nilai produk yang berjumlah 200point adalah lebih kurang RM680. Produk-produk ini dibeli dengan harga ahli. Anda juga boleh menjual produk-produk ini kepada pelanggan dengan harga runcit.

Kelebihan Menjadi Sebahagian Dari Kumpulan Kami (Celikvitamin Group)


Mengapa ya anda perlu mendaftar sebagai pengedar Shaklee dengan Celikvitamin Group? Mungkin anda akan rasa daftar dengan siapa pon sama sahaja. Tapi tahukah anda untuk memulakan bisnes Shaklee anda memerlukan satu kumpulan yang boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar.

1. Dr Azizan Osman iaitu Pakar Motivasi terkenal, Untuk berjaya dalam perniagaan kita mestilah mempunyai satu mentor. Jika anda menyertai Celikvitamin Group, anda akan mendapat tunjuk ajar sepenuhnya tentang cara untuk memulakan perniagaan Shaklee yang betul. Kumpulan kami mempunyai ramai leader yang hebat-hebat belaka. Mereka juga telah menjana pendapatan sehingga 5 angka setiap bulan. Dengan tunjuk ajar dan teknik perniagaan daripada leader-leader ini, anda juga boleh menjana pendapatan 3,4 atau 5 angka sebulan.

2. Anda akan dimasukkan ke dalam Group FB dan Whatsapp khas yang hanya boleh diakses oleh ahli yang berdaftar. Yang didalamnya terdapat pelbagai tips perniagaan yang akan dikongsi dan didedahkan.

3. Anda akan diajar ilmu pemasaran secara online dengan betul melalui Intagram, blog, Facebook personal dan Facebook Page. Jika anda tidak tahu untuk membuat blog dan facebook Page sekalipun,  Jangan risau. Anda akan diberi tunjuk ajar cara-cara membangunkan blog dan Facebook Page dari A hingga ke Z. Tinggal mahu atau tidak sahaja.

4. Kami juga mementingkan ukhwah. Anda tidak akan malu bertanya sehingga anda berjaya. Ini kerana kami semua adalah seperti sebuah keluarga yang besar.

Jika berminat menyertai kami (Celikvitamin Group) anda boleh menghubungi Cikta. Jangan risau jika anda bukan dari Johor. Kerana system perniagaan Shaklee kami sangat meluas hingga ke seluruh Malaysia, In shaa Allah.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

Cara Membantu Pesakit Kencing Manis Menurunkan Paras Gula Dalam Darah Berkesan Dengan Vivix Shaklee.

08:08 0 Comments A+ a-

Diabetes atau kencing manis adalah merupakan penyakit paling popular yang menyerang rakyat Malaysia. Ianya merujuk kepada bacaan gula iaitu glukosa dalam badan kita dalam keadaan bacaannya melebihi paras normal. Gula adalah sumber tenaga untuk badan kita tetapi jika ianya diambil secara berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.


Mengamalkan Vivix Shaklee secara konsisten dan berterusan dapat membantu mengurangkan gejala penyakit diabetes selain itu ianya juga berfungsi sebagai antioksidan yang membantu melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan daripada radikal bebas disekeliling kita. Ada juga penyakit diabetes sembuh dengan mengamalkan vivix Shaklee secara konsisten. Ini semua adalah kuasa Allah. Tidak salah kita memilih untuk berikhtiar dan Allah juga yang menentukannya.

Vivix Shaklee adalah merupakan satu-satunya suplemen di dunia yang mampu menembusi ke peringkat DNA manusia. Vivix Shaklee sangat bagus untuk membantu merawat penyakit popular di Malaysia iaitu penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, penyakit jantung serta darah tinggi.

Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat diabetes?


Ramuan didalam Vivix Shaklee terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan kandungan resveratrol dan polifenol. Ianya dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:

1. Membantu memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin iaitu ‘metabolic syndrome’

Vivix Shaklee adalah merupakan antioksidan yang berkuasa bagi membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel yang rosak.  Maka, pengambilannya secara konsisten dan berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan ‘Metabolic Syndrome’ yang menyebabkan penyakit kardiovaskular dan kencing manis. Ianya berpunca daripada kerosakan gen.

2. Membantu mengawal kepekatan gula dalam darah


Pengambilan karbohidrat akan menghasilkan gula lalu memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi boleh menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Polifenol yang terkandung di dalam Vivix Shaklee yang dihasilkan daripada anggur muscadine akan membantu melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat ke dalam darah dan seterusnya membantu mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang boleh menjadi punca kencing manis.

3. Membantu mengelakkan kerosakan mata, membantu menggalakkan penyembuhan luka dengan kadar segera

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix Shaklee berfungsi membantu dalam memperbaiki masalah penglihatan dan dapat membantu menyembuhkan luka dengan kadar segera.

4. Membantu mencegah pembentukan protein AGE

Protein AGE iaitu advanced glycation end products terhasil daripada protein dan gula yang berlebihan di dalam badan. Ianya boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix Shaklee adalah dengan membantu memperlahankan pembentukan protein AGE ini.

Testimoni.







Untuk Sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar sah Shaklee.



Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan

Bahaya Hipotiroid Dan Kenali Tanda-tandanya.

03:24 0 Comments A+ a-

Apa itu Hipotiroidisme?

Masalah ini akan berlaku apabila kelenjar tiroid tidak lagi berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Pengambilan ubat untuk merawat fungsi tiroid dimakan secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah ini.



Tanda-tanda Hipotiroidisme:

- Bengkak kaki
- Ingatan terganggu
- Rasa malas dan kuat tidur
- Badan sering terasa sejuk dan lemah
- Daya ingatan menurun
- Hilang deria rasa dan bau
- Kadar pengepaman jantung perlahan
- Kulit jadi lesu dan pucat
- Kulit kering
- Masalah kesuburan
- Telinga tidak dengar, tinitus (telinga berbunyi)
- Otot mudah kejang dan bengkak
- Percakapan lambat
- Pertambahan berat badan
- Rambut gugur.


- Rendah nafsu terhadap seks
- Sakit kepala
- Sembelit
- Suara menjadi serak
- Tidak tahan sejuk


Cadangan Vitamin Shaklee.

Vitalea Shaklee



1. Multivitamin yang lengkap dan mempunyai semua vitamin seperti iodin, vit A, D, E, B2, B3 dan Zinc. Ianya sangat sesuai untuk penghidap hipotiroidisme
2. Mengandungi sumber iodin (kekurangan iodin adalah punca penyakit hypotiroidisme)
3. Mengandungi vitamin A dan D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yg aktif)
4. Mengandungi zinc yang diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau T4 (hormon tiroid yang tidak aktif) dalam kelenjar tiroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif)

Vita E Complex Shaklee


Vitamin E mengandungi 10mg selenium semulajadi. Ianya diperlukan dalam proses penukaran T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid.

B Complex Shaklee


Mengandungi vitamin B2, B3 dan B6 yang berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid

Nota: Penghidap Hipotiroid tidak boleh mengambil ESP Shaklee.

Untuk Sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar sah Shaklee.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan

5 Tips Mudah Memulakan Perniagaan Online oleh Team Richworks

03:23 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum semua. Entry kali ni Cikta nak kongsi 5 Tips Mudah Memulakan Perniagaan Online oleh Team Richworks yang diterbitkan pada 11 October 2016. Marilah tambah ilmu. In shaa Allah bermanfaat untuk kehidupan kita.



(Kredit kepada Team Richworks)

5 Tips Mudah Memulakan Perniagaan Online

Kami yakin rata-rata semua orang pada hari ini berkemahiran untuk melayari mana-mana laman web di dalam internet. Adakah anda teringin dan jadi usahawan yang menggunakan internet dan media sosial sebagai platform perniagaan?

Rugi sekiranya anda asyik leka melayari laman media sosial tetapi tidak menggunakannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Ramai orang dah berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook, Instagram bahkan di Whatssap.

Sekiranya anda sedang merancang untuk memulakan perniagaan online, kami ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memulakan perniagaan online dengan betul.

Berikut adalah antara 5 tips bagi memulakan perniagaan online dengan mudah. Buat tindakan sekarang dan mulakan segera.

1. Tak Perlu Buat Produk Sendiri.


Ini antara fakta yang diperakui oleh semua usahawan online yang telah berjaya. Sebagai permulaan, anda tidak perlulah berhempas-pulas dan memeningkan kepala dengan mencipta jenama (branding) dan membangunkan R&D untuk menghasilkan produk anda. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri.

Perlu diingatkan, pelanggan lebih cenderung untuk membeli barangan yang sudah mempunyai jenama yang kukuh berbanding jenama yang baru. Jadi tidak salah rasanya untuk menjual barangan orang lain asalkan ia tidak melanggar sebarang polisi perniagaan.

2. Jangan terlampau fikir untung.


Tunggu! Usah terlalu gopoh di dalam perniagaan. Tiada sebarang teori yang menyatakan pelaburan modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar sekiranya jualan yang anda lakukan tidak konsisten.

Tidak salah untuk berani di dalam melaburkann kos yang besar. Tetapi pastikan anda ada ilmu untuk melakukan ualan anda dan menguruskan kewangan. Ada ramai peniaga yang terlampau mengejar untung sehingga sanggup membeli stok yang banyak tetapi tidak tahu cara terbaik untuk menjualnya.

Fokuskan kepada berapa ramai orang yang anda boleh bantu dengan produk yang anda niagakan. Makin ramai yang dapat faedah dari produk anda, makin besar jualan anda nanti. Anda baru sahaja mahu memulakan bisnes online, mulakan dari kecil dan tingkatkannya bila jualan dah semakin besar.

3. Modal yang rendah.


Anda dinasihatkan untuk menjadi lebih bijak di dalam memulakan perniagaan. Jangan buat pinjaman bank, pinjaman Ah Long dan menyusahkan sanak-saudara dengan wang yang ingin dilaburkan di dalam perniagaan online anda.
Anda tidak perlukan modal yang besar kerana anda belum ditahap untuk menyewa premis atau menggajikan pekerja.

Perkara penting yang perlu anda lakukan pada tahap ini adalah memperkasakan laman Fan Page Facebook dan blog anda. Tidak percaya? Just do it, Anda akan terkejut dengan hasil promosi yang anda lakukan ini tanpa mengeluarkan sebarang sen.

4. Risiko yang rendah.


Risiko yang rendah bermakna meminimumkan kerugian. Di dalam hal ini, anda perlu mengenal pasti potensi produk yang ingin dijual.

Sekiranya produk anda adalah dari jenis yang tidak tahan lama, anda perlu merancang jumlah kuantiti pembelian stok agar tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak.

Anda juga perlu kerap mengadakan promosi dari masa ke semasa agar perjalanan jualan produk anda meningkat dan konsisten.

Tiada stok yang disimpan bermakna permintaan terhadap produk anda meningkat dan anda berjaya merendahkan risiko perniagaan anda.

5. Belajar ilmu pemasaran.


Walaupun anda berniaga secara online, anda rasa ramai orang akan melihat apa yang ada jual tetapi, dengan lambaan perniagaan online yang ada sekarang, perniagaan anda mungki tak dapat dilihat oleh orang lain.

Percayalah! Anda boleh mengukur keberkesanana posting anda di laman media sosial melalui berapa “Like” dan berapa “comment” yang anda dapat. Jika setakat 5 like dan asyik dari orang yang sama, nampaknya agak sukar untuk anda membuat jualan.

Pastikan anda belajar ilmu pemasaran mentor yang telah berjaya menghasilkan ramai usahawan-usahawan online.

Sudah membaca tip yang diberikan oleh pakar pemasaran No 1 di Malaysia? Pastinya point yang diberikan sangat bernas dan senang dipraktikkan. Berniaga ni paling penting bukan modal yang beratus ribu tetapi ilmu. Tanpa ilmu modal banyak mana pun pasti habis sekelip mata. Percaya?

Anda boleh baca banyak lagi tips perniagaan di sini

Kenapa Anda Perlu Pilih Shaklee?


Berdasarkan point yang diberikan diatas nampaknya tepatlah pilihan Cikta. Kenapa Cikta pilih Shaklee? Pelikkan banyak-banyak syarikat dan produk kenapa mesti Cikta pilih untuk meneruskan bisnes Shaklee. Ini kerana, Bisnes Shaklee bisnes yang paling mudah. Ianya bukan barang Cikta sendiri, Cikta bukan hanya memikirkan untung semata-mata malah dapat membantu memberi kehidupan yang sihat untuk orang lain, tidak perlu modal yang besar, ianya tidak berisiko tinggi untuk menjadikan Cikta bankrap ini kerana Cikta hanya memerlukan modal sebanyak RM68.90 untuk mendaftar ahli dan yang paling penting Cikta berpeluang belajar dan mendapat ilmu daripada upline atau orang atasan Cikta. Serious best!

Syarikat juga menyediakan perkhidmatan dan system yang best. Pengedarnya tidak perlu pergi ke pejabat pos untuk menghantar barangan yang dipesan oleh kita terus kepada customer. Bagi Cikta yang dah beranak pinak ni, ini adalah satu peluang paling bagus. Boleh mendapat pendapatan sampingan tanpa keluar dari rumah. Best kan?


Kejayaan di Shaklee bergantung sepenuhnya pada keazaman dan kerajinan kita. Shaklee juga menawarkan produk semulajadi, selamat dan terbukti berkesan, serta sokongan latihan, pengiktirafan dan pelan pampasan yang lumayan. Tugas pengedarnya pula hanyalah gunakan produk-produk Shaklee dan rasakan kebaikannya, selepas itu sebarkan kebaikannya pada yang lain, juga berkongsi dengan orang disekeliling tentang peluang membina impian tanpa had dengan Shaklee. Ingatlah bahawa manusia boleh sebenarnya mampu mencipta kehidupan yang mereka impikan. Apa yang teramat istimewa tentang Shaklee ialah tiada had atau sempadan selagi kita mampu mencapainya.

Dalam bisnes Shaklee, ada 3C menanti para pengedarnya yang berusaha keras. Iaitu :

1. Cash Bonus


Setiap produk Shaklee yang dibeli mempunyai point/ unit value (uv) tertentu yang boleh dikumpulkan untuk ditukarkan kepada CASH (tunai). cash inilah bonus yang selalu diheboh-hebohkan oleh pengedar Shaklee apabila tiba pertengahan bulan. Masa tengah bulan ni semua orang tengah sesak sementara menunggu gaji, dapat bonus. Seronok!  lagipun sangat mudah sistem kumpul point ni. Walaupun menyertai Shaklee untuk makan sendiri juga boleh dapat point. Boleh share beli supplement Shaklee dengan ahli keluarga, officemates, jiran tetangga dan lain-lain. Senang kan?

2. Car Bonus


Apabila sudah mencapai ke suatu point/unit value (uv) tertentu pula, kita akan layak mendapat Bonus untuk CAR. Jangan salah faham. Shaklee tidak memberi sebuah kereta untuk pengedarnya. Car Bonus adalah dalam bentuk cash.Terpulang kepada kita untuk membeli apa jenis kereta pun. Jika tidak mahu membeli kereta sekalipun, anda boleh menyelesaikan hutang kereta yang sedia ada, boleh simpan atau guna untuk kegunaan lain juga.

3. Convention Bonus


Apabila sudah sampai ke suatu peringkat. kita akan dapat FREE trip dalam dan luar Negara/UMRAH bertaraf 6 bintang. Yang istimewanya, semua di taja sepenuhnye oleh pihak Shaklee. Kita juga boleh membawa pasangan dan anak-anak mengikut kelayakan. Seronok kan?

Bisnes Shaklee bukanlah bisnes yang hari ini kita buat, esok kita sudah capai kejayaan. Ianya memerlukan kesabaran, kerajinan dan komitmen yang tinggi. Ianya bisnes jangkamasa panjang.

Sekiranya anda masih mencari peluang untuk menambah pendapatan secara separuh atas sepenuh masa. Anda boleh terus menghubungi Cikta. Jangan risau kerana anda akan di ‘pimpin’ untuk sama-sama berjaya bersama kami. Anda akan diajar ‘from zero to hero’.

Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

Bahaya Hipertiroid Dan Cara Merawatinya.

23:26 0 Comments A+ a-

Apa Itu Hipertiroidisme?

Masalah ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon secara berlebihan. 


Antara penyebab masalah ini adalah :

a) Grave’s disease iaitu antibodi di dalam badan yang menyebabkan tiroid membesar serta mengeluarkan hormon berlebihan. Kebiasaannya sel tiroid orang yang menghidapi masalah ini akan mengeluarkan hormon berlebihan
b) Thyroiditis iaitu tiroid bengkak. Kebiasaannya keadaan ini boleh baik dengan sendirinya.
c) Toxic nodule goiter iaitu apabila terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Tanda-tanda Hipertiroidisme :
- Bengkak dibahagian leher
- Cirit birit
- Sentiasa berdebar-debar
- Gementar dan gelisah, terketar-ketar
- Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
- Tahap kesuburan menurun
- Kurang daya tumpuan
- Angin yang tidak menentu. Kebiasaannya tidak dapat mengawal emosi walaupun oleh kerana benda yang kecil sahaja.
- Kejang otot
- Osteoporosis (kereputan tulang)
- Senang berpeluh, berpeluh dengan banyak.
- Suhu badan naik, tidak tahan panas
- Rambut tidak kuat
- Sukar untuk bernafas


- Sukar untuk tidur
- Tekanan darah naik
- Turun berat badan walaupun selera naik

- Lemah

Cadangan Vitamin Shaklee.

Vivix Shaklee


1. Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel hingga keperingkat DNA.
2. Membantu meningkatkan tenaga di dalam sel
3. Bertindak sebagai antioksidan semulajadi
4. Mengandungi Resveratrol yang juga mempunyai estrogen.

ESP Shaklee


Mengandungi estrogen daripada protein soya. Berdasarkan kajian, estrogen mampu menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan. Ini adalah sangat berguna bagi penghidap hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid.

ESP boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon tiroid jadi ianya tidak sesuai untuk penghidap hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)

Nota: Penghidap Hipertiroid tidak boleh mengambil Vitalea/Alfafa

Testimoni.


"Saya, Norhasnida Mohamad Nayan atau lebih mesra dengan panggilan Nieda. Saya disahkan menghidap penyakit tiroid atau lebih tepat lagi hyperthyroid sejak tahun 1999.

Banyak komplikasi akibat penyakit hyperthyroid ni terpaksa saya tanggung sampai sekarang. Penyakit tiroid ni biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. Cuma tahap keseriusan tu je boleh berbeza-beza. Kadang-kadang boleh jadi teruk dan kadang-kadang pesakit tiroid ni akan sihat seperti biasa.

Bagi saya, saya alami masalah rambut yang sangat kronik dan terus botak, saya juga jadi sangat kurus akibat penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, muka nampak cengkung, period tak teratur dan selalu letih, bernafas sampai tercungap-cungap akibat degup jantung yang terlalu laju.

Pada peringkat awal dulu, saya memang tiada pilihan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk tiroid dan ubat untuk stabilkan degupan jantung. Bayangkan degup jantung saya melebihi 100 beat seminit dalam keadaan saya duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti! Kalau keadaan ni dibiarkan, saya mungkin akan mendapat kegagalan jantung sebab jantung bekerja lebih daripada yang sepatutnya.

Penyakit tiroid ni banyak menjadikan hidup saya agak huru-hara tapi apa yang saya nak kata ini adalah miracle dari Allah. Syukur sangat sebab saya pun dah tak perlu lagi bergantung hidup dengan ubat.

Pernah suatu malam tu saya ambil ubat untuk selsema dan asthma sebab saya memang kena selsema teruk dah seminggu. 3 hari lepas kena selsema, saya batuk pulak. Bila dah batuk maka bermulalah episod nak start kena asthma. So doktor bagi pulak ubat asthma. Sebelum tu kat klinik dah kena nebulizer dah. Ini kali pertama saya kena nebublizer semula selepas lebih kurang 3 tahun saya berjaya mengelak.

Lepas makan ubat-ubat tu, saya terus rasa menggigil. Jantung jadi laju… Allahuakhbar!. Ini lah masalah saya yang ada penyakit tiroid (hyperthyroid) ni. Walaupun penyakit tiroid (hyperthyroid) saya dah stabil tapi penyakit ini jenis yg kekal dengan kita seumur hidup tau. Sebab tu masih banyak hal berkaitan yang perlu dijaga rapi. Penyakit ini boleh berulang bila-bila masa saja dan dia datang tanpa sebarang signal pun. Jadi ada beberapa pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh orang yang menghidap penyakit tiroid macam saya ni sebenarnya.

Bila jantung jadi laju, badan gigil saya pun mulalah penat. So saya tidur awal malam tu. Pukul 5.00 pagi dah terbangun. Langsung tak boleh tidur sebab masih menggigil dan jantung masih laju. Tak selesa sungguh.

Saya terus ambil megadose Vivix & Nutriferon. Lebih kurang 30 minit lepas saya dah boleh rasa degup jantung saya semakin sekata & reda dan slow semula.

Orang yang hyperthyroid macam saya ni, sistem imun kami sangatlah tipis dan rapuh. Masa saya mula-mula kena hyperthyroid ni dulu, sakit, demam, selsema tu memang jadi rutin lah. 2 atau 3 bulan sekali mesti kena. Itu belum termasuk dengan alahan yang macam-macam tu. Alahan dengan seafood, dengan cahaya matahari lah. Saya dulu tak boleh kena cahaya matahari lebih-lebih tau. Kalau kena, confirmed lepas tu mata saya akan jadi merah yg teruk dan bengkak sampaikan saya terpaksa dapatkan rawatan khas daripada pakar mata masa tu. Kalau makan seafood pulak habis gatal sana sini. Bibir pun jadi bengkak.

Kalau kena gigit dengan serangga sikit pun saya boleh jadi bengkak-bengkak yang teruk sampai berminggu-minggu menanggung. Saya jadi super sensitive. Tapi semuanya berubah sekelip mata bila saya disahkan menghidap hyperthyroid. Sistem pertahanan badan saya roboh. Askar-askar yg menjaga benteng semuanya tewas.

Lama-lama bila saya kenal Shaklee, saya start amalkan pengambilan suplemen. Antaranya Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, ESP & Vivix. ini antara yang paling konsisten saya ambil.

Selain daripada semua tu saya jugak ambil NutriFeron. NutriFeron ini lah yang bantu bangunkan benteng pertahanan badan saya danbantu kukuhkan balik sistem imun saya.

Saya bersyukur sangat sebab kenal Shaklee. Kalau tidak mungkin sampai ke hari ni saya bergantung hidup dengan ubat. Ubat bukanlah tak bagus, tapi kalau saya ada pilihan yang lebih semulajadi, berkesan pula tu, kenapa tidak kan?

Saya juga pernah terpaksa jalani 4 kali pembedahan untuk buang breast lump. Setiap 2 tahun lump tu akan berulang dan setiap kali tu lah saya terpaksa lalui pembedahan untuk buang dan ultrasound yang saya buat pada tahun 2014 menunjukkan masih banyak lagi ketulan yang berpotensi untuk menjadi lump tapi Alhamdulillah semuanya hilang.

Sekarang saya dah lebih sihat, bacaan TSH, T3 & T4 saya juga dah lama stabil, asthma pun dah jarang sangat menyerang, tiada lagi alahan kecuali pada habuk, kepala yang dulunya botak pun dah dipenuhi dengan rambut semula dan berat badan pun dah ideal. Tak lagi kurus kering macam dulu dan saya juga dah tak perlu keluar masuk bilik bedah untuk buang breast lump lagi."

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Shaklee, pembelian atau mendapatkan konsultasi percuma sila hubungi Cikta

Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan