Ingat demam selsema biasa. Rupanya Influenza.

11:56 0 Comments A+ a-

Perasan tak sekarang musim tak menentu. Sekejap panas sangat. Tiba-tiba petang pula hujan turun selebat-lebatnya atau sebaliknya. Ini pun salah satu sistem imun kita jadi tak kuat. Lagi-lagi anak kecil.



Bercerita tentang sistem imun simanja. Anak-anak Cikta juga tak terkecuali menerima tamparan hebat dek cuaca yang tak menentu itu tadi.


Baru-baru ni si Umar dan Zulaikha dua-dua dimasukkan ke hospital kerana demam panas 'on-off'. Last masa dibawa ke klinik si Umar 39.5°c, si Zulaikha pula 40°c. Dua-dua terpaksa di masukkan ke ward untuk pantauan Doktor. Mujurlah dapat minta katil sebelah-sebelah. Kalau tidak jenuh juga ibu dan abah nak control.


Mereka disahkan dijangkiti virus influenza. Ya Allah tuhan sahaja yang tau perasaan Cikta dan suami masa tu. Tapi Doktor punya penerangan buat kami lega sedikit. Kata Doktor virus influenza yang menjangkiti anak-anak Cikta tidaklah bahaya cuma perlukan pantauan lebih. Doktor menganggarkan seminggu saja mereka akan demam dan in shaa Allah selepas itu semuanya akan ok. Cuma dalam seminggu tu demamnya akan 'on-off' dan suhunya akan naik sehingga 40°c, itu yang patut dirisaukan kerana dalam keadaan suhu itu, jika anak tidak dipantau. Boleh kena sawan tarik. Nauzubillahhiminzalik.


Jom berkenalan dengan virus influenza.


Influenza terbahagi kepada 3 jenis iaitu A, B dan C.
          Influenza A : Penyebab utama flu terhadap manusia dan haiwan
          Influenza B : Kurang biasa tetapi boleh menyebabkan penyakit yang menyerupai jenis A
          Influenza C : Mengakibatkan selsema sederhana dan jarang dijangkiti.


Komplikasi influenza ini akan menjadi lebih teruk keatas kumpulan berisiko seperti warga tua lebih 60 tahun, kanak-kanak 5 tahun dan kebawah, wanita hamil dan penghidap penyakit jangkitan paru-paru atau penyakit jantung.
Komplikasi influenza ini bergantung kepada status kesihatan seseorang. 


Antara Simptom-simptom dijangkiti influenza adalah seperti :
          1. Demam yang tinggi
          2. Batuk
          3. Sakit kerongkong
          4. Berhingus
          5. Sakit otot dan badan
          6. Sakit kepla dan keletihan


Jika anak anda ada simptom-simptom seperti berikut, bolehlah segera berjumpa Doktor. Kerana virus ini sangat senang merebak melalui angin dan cecair seperti bersin dan batuk orang yang telah dijangkiti.


Untuk meningkatkan sistem imunisasi anak-anak. Shaklee juga ada menyediakan rangkaian supplement yang sesuai untuk kanak-kanak seperti berikut.





Nutriferon.



  • Melindungi dari Influenza, selsema
  • Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara.
  • Berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza
  • Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak menentu, jerebu dan sebagainya
  • Sangat sesuai diamalkan jika kerap mengunjung ke tempat yang sesakseperti pasar malam, pasaraya, kawasan pelancongan dan berada di luar negara.
  •  Mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag
  • Sesuai untuk yang kerap demam dan batuk lebih dari seminggu
Omegaguard.



  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi apabila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan
  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler
  • Membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, kajian menunjukkan kanak-kanak yang mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas
  • Dapat merawat penyakit eczema dr dalam, biasanya ibu-ibu ambil alternatif utk menyapu ubat luaran sahaja tetapi beberapa lama kemudian akan muncul kembali. Dengan pengambilan omega 3 dapat mengelakkan masalah eczema.
  • Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak-kanak lebih cergas dan aktif dan membantu meningkatkan fokus kanak-kanak semasa belajar.

Mealshake.

Meal Shakes merupakan makanan segera yangrendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.

Untuk mendapatkan supplements Shaklee berserta consultation secara percuma boleh terus berhubung dengan Cikta melalui whatsapp +60127652258.

Pengalaman Suami Diserang Resdung Teruk.

13:07 1 Comments A+ a-


Bercerita tentang resdung, mesti ramai yang seperti Cikta. Cikta sebelum ni menganggap resdung atau dikenali dengan nama sinusitis ni sebagai satu penyakit biasa yang tidak akan membawa apa-apa masalah pun kepada pesakitnya. Sehinggalah suatu hari suami Cikta sendiri terpaksa dirawat di Hospital kerana menghidapi sinus yang teruk.

Ikuti cerita pendek yang Cikta tulis sendiri untuk menceritakan kronologi apa yang berlaku...


*******************************************************************


SUAMIKU PENGHIDAP SINUS TERUK!!!


Lebih kurang sebulan lepas. Dalam pkl3 pagi, suami Cikta blk dlm keadaan jalannya memapah dinding dan katil. Dgn suara yg samar-samar dengar suaranya memanggil. Tersedar dan tersentap. Kelam kabut dengan terbuyut-buyut Cikta tun dari katil untuk mendapatkan dia.


Vertigo menyerang. kepalanya seakan-akan berpusing. Yang dilihatnya dunia yang sedang bergoyang. Muntah-muntah dari tempat kerja. Terpaksa dihantar oleh rakan sekerjanya pulang kerumah.


Kita berkenalan sedikit dengan vertigo nak???





Apakah Penyebab Vertigo Ini Sebenarnya?


Sebenarnya penyakit ini terjadi kerana terdapat gangguan kepada sistem keseimbangan badan kita. Umumnya, keseimbangan tubuh manusia dikendalikan oleh otak. Apabila otak menerima maklumat, ia akan memproses maklumat tersebut dan menghantar mesej kepada anggota tubuh untuk digerakkan. Sistem keseimbangan badan manusia ini bertumpu di sekitar mata dan di kedua-dua bahagian telinga.


Gangguan vertigo ini akan menyerang apabila terdapatnya gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang. Gangguan dalam telinga ini dipercayai berlaku disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan kita menjadi pekak dan tak boleh berdiri dengan betul kerana kehilangan keseimbangan.


Ape macam???ngeri tak???


Itu yg berlaku pada suami Cikta. Setahun mungkin dalam 4 atau 5kali mesti jadi. Pada mulanya Cikta ingat masalah tekanan darah rendah. Tapi sangkaan tu selalu tak tepat.

sebab kalau ke klinik bacaan Blood Pressure dia cantik.

Nak tau tanda-Tanda Anda Mungkin Diserang Vertigo???


đź’†Seseorang yang mengalami vertigo akan berasa dirinya atau persekitaran seperti berpusing-pusing.

đź’†Gerakan mata yang tidak normal. Ini  merupakan petunjuk bahawa fungsi bahagian dalam telinga terganggu melibatkan saraf yang menghubungkan otak.
đź’†Tubuh rasa berdebar-debar
đź’†Telinga terasa berdengung
đź’†Pandangan kabur
đź’†Rasa mual tekak dan hendak muntah
đź’†Berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat
đź’†Nadi berdenyut dengan cepat
đź’†Tidak dapat berjalan dengan lurus atau mengimbangkan badan
đź’†Telinga tidak dapat menangkap butiran percakapan seolah-olah hilang pendengaran.

Malam tu dlm keadaan mata dipejam rapat. Cikta suapkan vit c Shaklee 2biji.

itu la yg selalu ditelannya ketika sakit. Fakta yg anda kena tau suami Cikta ni species tak gemar telan apa2 jenis supplement.
CULAS!!! jadi kalau sakit barulah di pandangnya vitamin-vitamin itu semua.

Ostematrix pun setiap malam Cikta dan Naika kena membebel, baru la bangun telan.

kalau dia buat-buat tidur maka keesokan harinya Cikta akan dengarlah dia merungut tak lawas. haissshhh..payah kan? mujur sayang...

Anda nak tahu pasal vertigo lagi?


Cikta tak tau sebenarnya kewujudan penyakit yg namanya vertigo ni. Seriously memang tak tahu dan tak ambil tahu sampai la Suami jadi camtu kerap. Kalau disuruh kaitkan dengan sinus, lagilah Cikta tak tahu.


Jenis-Jenis Penyakit Vertigo :


đź’†Vertigo ocularis; rasa berpusing-pusing akibat gangguan saraf di sekitar organ mata.

đź’†Vertigo nocturna; pesakit berasa seolah-olah akan terjatuh semasa hendak tidur.
đź’†Vertigo laryngea; tubuh rasa berpusing-pusing akibat daripada serangan batuk.
đź’†Vertigo epileptica; keadaan berpusing setelah mengalami serangan sawan.
đź’†Vertigo positional; serangan vertigo mendadak yang menyerang kurang dari satu minit. Pencetusnya seperti perubahan posisi kepala ketika seseorang itu  berpaling ke belakang atau ketika berbaring, bangun dan berguling di tempat tidur.

Ok cukuplah ya untuk bab vertigo ini. Cikta tulis apa yang Cikta tahu sahaja.


Sambung cerita... Esoknya, suami Cikta bangun macam biasa. Sakit semalam tu macam tak wujud. Dia sihat-sesihatnya. Cikta pon macam lega. Alhamdulillah.


****************************************************************************************


Beberapa minggu berlalu, suami Cikta sihat seperti biasa. Kami hidup macam biasa.

Tiada keluhan tentang sakitnya itu. Sampai satu malam, lepas balik COD Shaklee, 10hb March 2017, balik rumah seperti biasa. Borak-borak, gelak-gelak. Tiada tanda-tanda yg penyakitnya bakal menyerang. Tiba-tiba sampai waktu tidur, dia berselubung. Menggigil!

'Ah sudah!!! kenapa pula ni???' detik hati Cikta.


Malam tu suhu dia sangat tinggi. Cikta di sebelah pun boleh rasa bahangnya. Cikta paksa dia telan 2biji Vit C Shaklee. Terus dia tidur.


Keesokkan hari, suami Cikta agak stabil. Suhunya pun tak sepanas semalam. Segar sikit.


Kami ke Klinik pagi tu. Doktor macam biasalah bekalkan antibiotik, paracetamol, ubat selsema dan batuk. Memandangkan batuk dan selsema tak teruk atau dengan kata lain macam tiada. Jadi cuma makan paracetamol & antibiotik.


Beberapa jam lepas makan, Alhamdulillah. Demamnya kebah. Tapi bila malam menjelma, demamnya makin kuat. Risau sangat-sangat time tu.


Melepek. Takmau makan. Air masak pun kurang. Cikta ikhtiar dengan Performance Drink.

Alhamdulillah dia nak minum. Cikta 'shake'kan ESP+PD untuk 'makanan'nya. Kalau tidak memang perutnya kosong. nasi tidak mahu langsung dijamahnya.

Esoknya, kami ke Hospital utk rawatan lanjut. Memandangkan demam malamnya panas bukan main tinggi. Doktor ambil sample darah utk diuji. Alhamdulillah negative denggi.

Semua bacaan ok.

'Adoiyai! Tersampuk jin apa pula lakik aku ni???' getus hati Cikta.





Anda nak tau tak simptom2 demam denggi???


Denggi boleh bawa maut ye. Jangan sambil lewa. Tanda-tandanya seperti :


đź’†Demam panas.

đź’†Sakit kepala.
đź’†Sakit tulang belakang.
đź’†Sakit sendi-sendi.
đź’†Loya dan muntah-muntah.
đź’†Sakit biji mata.
đź’†Ruam dan gatal.

Jika ada tanda-tanda macam ini silalah ke klinik berhampiran ya.


Berbalik pada cerita suami Cikta. Keesokkan harinya, naik kerja dengan cengkung yang amat. Berbekalkan Performance drink Shaklee. Makan belum ada selera. Tapi alhamdulillah demam sudah kebah.


15hb March 2017, sepatutnya kami dah bertolak ke Kuala Lumpur. Tapi terpaksa ditangguhkan keesokkan harinya, itu pun gerak tengah malam kerana Suami Cikta tak larat. masih lemah.


17hb March 2017, kami sekeluarga ke Suria Hotspring, Bentong. seperti yang dirancang. Masa ni Suami Cikta melayan anak-anak mandi kolam, nampak segar sikit.





Hotspring ni best. Boleh pergi lagi. bersih! tempatnya pun tak sesak. Kami menginap hotel disana. memang best la. Sarapan yg disediakan pon sedap-sedap. Nanti memang kena rancang untuk pergi lagi. Kolam air panas di situ suhunya 43°c so tidak sesuai untuk wanita hamil. Cikta kebil-kebil sahajalah mandi di tempat kanak-kanak. uwaaaa.. tak mengapelah ada rezeki pergi lagi.


Keesokkannya seperti yg dirancangkan Cikta ingin pergi ke Lenggeng, Negeri Sembilan. Untuk bersama-sama Kumpulan Shaklee ke kem bina semangat disana. Tapi apa boleh buat, tiada rezeki. Keadaan suami Cikta semakin teruk.


Kami terus ke Unit Kecemasan KPJ Tawakal, Kuala Lumpur. Disitulah segalanya bermula, bila check darah denggi semua negative. 3hari masuk lebih kurang 12botol air. Demam kebah tapi kepala masih sakit. Tersangat risau masa itu.





Hari ke 4 abah mertuaku meingatkan Suami tentang sejarah sinus semasa dia sekolah dahulu. Jadi pagi itu Doktor menyuruh suami Cikta menjalani 'Ct Scan.'


Resultnya.... jeng jeng jeng... 


Sakit kepala itu memang disebabkan oleh sinus yg teruk. setiap saluran dan rongga di muka belah kiri penuh dengan sinus. belah kanan pun tinggal sedikit ruang. Allahhuakbar! Dan sinusnya telah dijangkiti kuman.


Suggestion Doktor tentunya pembedahan. kosnya RM15000 - RM20000. kosnya bukanlah sebab besar kami mengambil keputusan untuk menangguhkannya dahulu. Kerana syarikat tempat Suami Cikta bekerja akan tanggung. Tapi nak dijadikan cerita insurans tinggal RM12000 jadi kena tambah beberapa ribu. Suami Cikta mengambil keputusan untuk ikhtiar cara lain dulu iaitu mencuba Vivix Shaklee dan ubat hospital terlebih dulu. dengan harapan tidak ada pembedahan yang akan berlaku.




Jadi anda rasa, vivix yg RM400++ tu mahal ke? Itulah Cikta selalu pesan. kalau rasa vivix tu mahal, try la sakit. kosnya menelan beratus kali ganda dari harga sebotol vivix.


Ingat ya resdung atau sinus itu bukanlah sesuatu yg biasa. Silalah jgn sambil lewa. Ikhtiarlah untuk kawal allergic anda dengan set resdung Shaklee atau anda boleh terus mencuba sebotol vivix yang mempunyai 1001 kebaikan untuk kesihatan tubuh badan anda.



Alfalfa Complex 


  • Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri 
  • Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata. Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa.


B Complex 


  • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan 
  • Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh 
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati 
  • Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress 


Vitamin C 


  • Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin 
  • Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol 
  • Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih) 
  • Meningkatkan pertumbuhan tisu.   


Nutriferon 


  • Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas imun badan terutamanya jika anda bekerja dalam persekitaran yang  berhabuk, jerebu dan tidak sihat. 
  • Sangat digalakkan bagi mereka yang telah mengalami jangkitan kuman dan mempunyai simptom resdung yang agak kronik. 


Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee


  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan
Testimoni Set Resdung dan Vivix





Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda bolehlah menghubungi Cikta atau whatsapp ditalian +60127652258.








6 Cara Tingkatkan Sistem Ketahanan dan Imun Anak.

11:30 0 Comments A+ a-

Cuaca semakin tak menentu diluar sana. Kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan, Ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan kepada anak-anak kecil yang sistem imunisasinya sangat lemah. Siapa yang tak sayangkan anak? Rata-rata ibu bapa ingin yang terbaik untuk si anak.

Cikta perhatikan di group whatsapp sekolah tabika anak Cikta, si Umar. Setiap hari akan ada ibu bapa yang memberitahu kepada Cikgu tentang anaknya yang tidak dapat hadir kesekolah kerana masalah kesihatan. Ada yang demam, ada yang selsema, tidak kurang yang batuk serta ada juga yang asma. Ini adalah berkait rapat dengan sistem imunisasi si anak yang masih lemah. Ditambah dengan cuaca dan keadaan persekitaran yang mungkin tercemar.

Faktor pemakanan juga memainkan peranan yang penting. Lihat sahaja di sekitar kediaman kita Restoran Makanan Segera tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Mungkin ramai yang tidak sedar penggunaan gula putih yang berlebihan serta MSG adalah sebahagian punca kepada yang menyumbang kepada kelemahan sistem imunisasi anak-anak kita Nampak seperti perkara kecil bukan? Tetapi ianya memberi impak yang besar.

Sistem imun adalah sistem biologi dalam badan yang melindungi kita dari penyakit.ramai ibu bapa yang tidak tahu bahawa sistem imunisasi si anak boleh ditingkatkan sejak kecil.

6 Cara Untuk Meningkatkan Sistem Ketahanan Badan Atau Imunisasi Anak.
  • Diet Yang Seimbang

 Sistem imun akan diganggu jika anak sentiasa diberikan dengan makanan yang menyebakanreaksi allergik, bahan tambahan, bahan pengawet dan gula. Contohnya seperti makanan ringan, air berkarbonat dan lain-lain.

Dalam dunia yang serba membangun ini makanan-makanan diatas adalah sukar untuk dielakkan. Seperti yang Cikta beritahu sebelum ini Restoran-retoran makanansegera juga banyak dibuka seperti cendawan selepas hujan.

Gula putih terbukti dalam banyak ujian klinikal sebagai bahan yang boleh merendahkan tahap imuniti anak. Untuk kesihatan anak yang baik ibu bapa perlulah mengehadkan pengambilan nya. Kurangkan gula, perisa tambahan dan pengawet dalam makanan si manja anda. Bahan-bahan tersebut biasanya terdapat dalam makanan ringan dan makanan segera.

Disarankan supaya ibu bapa memasakkan sendiri makanan untuk anak dirumah. Fokus pada sayur-sayuran segar, buah-buahan, bijirin kekacang, telur dan daging.
  • Ambil Tahu Tentang Anak Anda.

Sentiasa melihat perkembangan anak . Jangan abaikan keperluan emosi anak.anak. Badan anak memberi tindakbalas kepada tekanan iaitu kortisol dan adrenalin. Jika tekanan mereka meningkat secara berterusan, sistem imun akan menjadi lemah.

Selalu bermain, berkarya bersama-sama mereka. Dengan cara itu sistem imun mereka akan meningkat. Inshaa Allah.
  • Kekalkan Microbiota Anak.

Probiotik adalah bakteria baik yang membantu secara semulajadi didalam usus kita. Ianya melindungi kawasan sistem penghadaman kita, membantu mencernakan makanan, membantu pembersihan toksin dan melindungi kita daripada virus dan bakteria jahat. Apabila keseimbangan antara bakteria baik dan jahat berlaku kita akan dapat lihat perubahan keupayaan anak-anak untuk menangkis jangkitan.
  • Rehat Yang Mencukupi

Kanak-kanak memerlukan diantara 10 hingga 14jam waktu tidur setiap hari. Untuk rembesan melatonin (hormon tidur) yang sempurna anak-anak perlu tidur dalam gelap, tanpa sebarang cahaya.
  • Sentiasa Ingat Demam Sebenarnya Membantu Anak Anda melawan Jangkitan.

Jangan cepat panik apabila anak demam. Demam adalah tindakbalas badan melawan jangkitan. Tetapi bawalah berjumpa Doktor untuk memastikan demam itu bukan satu tanda lain.
  • Bantu Dengan Supplement.

Makanan tambahan terbaik untuk tingkatkan sistem imun kanak-kanan adalah vitamin D dan zink. Untuk alahan minyak ikan dan multivitamin sangat membantu.

Supplement Shaklee Untuk Anak Anda.

Nutriferon.



Ia merupakan 'Immune booster' ciptaan pakar imun dari Jepun iaitu Dr. Yasushiko Kojima. Meningkatkan interferonsemulajadi badan dan sekaligus menguatkan tidak balas imun dalam badan. Ianya sangat sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah antibodi lemah, mudah dijangkiti selsema, demam serta membantu tahap penyembuhan yang lemah dari sesuatu penyakit. Boleh diambil oleh kanak-kanak yang berumur setahun dan keatas. Dosage berbeza mengikut umur.

Omegaguard.



1 kapsul adalah bersamaan dengan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diperolehi daripada pemakanan. Membantu meningkatkan sisitem imun kanak-kanak dan dewasa. Juga membantu mengurangkan jangkitan saluran pernafasan.

Vitalea for Children.



Membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Termasuk kesemua 8 jenis vitamin B yang rata-rata multivitamin dipasaran tidak mampu berikan. Mengandungi kalsium, magnesium dan lain-lain yang membantu menyokong tulang yang kkuat dan badan yang sihat.

Mealshake.



Dengan gaya hidup yang lasak dan sentiasa berlari aktif, kanak-kanaktidak punya waktu untuk duduk diam menikmati makanan yang seimbang. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan segera yang baik untuk mereka dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendak glisemik seumpama Shaklee MealShake. Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat. Sumber pemakanan serat dan protein terbaik. Kaya dengan sumber kalsium.

Semoga perkongsian Cikta ini dapat memberi manfaat kepada semua. Jika berminat untuk mendapatkan konsultasi secara percuma dan mendapatkan produk-produk Shaklee bolehlah terus berhubung dengan Cikta melalui whatsapp +60127652258.

Jumpa lagi di lain entry ya. Daaaaaaaaaaaaaaa

Mengapa susu ibu penting buat bayi & ibu?

10:04 0 Comments A+ a-

Seronoknya Menyusukan!

Wah bukan main happy tau kalau dapat menyusukan si manja sepenuhnya dengan susu ibu. Bercerita tentang susu ibu buatkan Cikta teringat tentang KEGAGALAN Cikta untuk menyusukan anak pertama 5tahun lepas. Sedih jangan cerita, memang sangat-sangat sedih. Tapi masa itu Cikta akui Cikta ‘kosong’ ilmu tentang penyusuan. Cikta ingat segalanya akan terjadi secara semulajadi. Mesti ada ibu-ibu diluar sana berfikiran seperti Cikta bukan? JANGAN!!! Sediakanlah diri anda dengan ilmu secukupnya. In shaa Allah dengan ilmu segalanya akan berjalan lancar. Ini terbukti apabila pada permulaan kehamilan anak kedua, Cikta seboleh-bolehnya cuba untuk mencari-gali ilmu penyusuan. Dan Alhamdulillah Cikta berjaya menyusukan anak kedua Cikta selama dua tahun setengah. Jom ambil tau masalah yang biasa dihadapi oleh ibu-ibu yang pertama kali menyusukan bayi. Antaranya :
  • Tidak faham konsep ‘demand’ dan ‘supply’
  • Puting tenggelam
  • Sakit apabila bayi melekap (salah posisi)
  • Puting merekah
  • Salur susu tersumbat.
  • Bengkak susu
  • Mastitis (jangkitan dalam payudara yang disebabkan oleh salur susu tersumbat dan bengkak susu)
  • Dan lain-lain.
Seawal Manakah Anda Perlu Menyusukan Bayi Anda?

Sebaik-baiknya sejurus selepas melahirkan (tidak semestinya anda akan melihat susu anda menitis keluar) atau sekurang-kurangnya dalam masa satu jam selepas bersalin.

Susu Permulaan Jangan Dibuang!


Ramai ibu-ibu muda yang tidak terus menyusukan anak sejurus selepas bersalin kerana didapati susu yang keluar sangat sedikit, terlalu pekat dan berwarna kekuningan (seolah bahan kumuh). Ada pula yang mencadangkan supaya dibuang saja susu itu kerana tampak tidak menyenangkan. JANGAN! Susu peringkat awal yang dinamakan KOLOSTUM itu amatlah berharga buat bayi. Faedah-faedah kolostum ini antaranya :
  • Kaya antibodi - melindungi bayi dari sebarang jangkitan dan alahan.
  • Kaya sel darah putih - melindungi dari jangkitan.
  • Kaya vitamin A dan E
  • Faktor pertumbuhan - kematangan usus dan mencegah alahan.
  • Sejenis laksatif - mengeluarkan mekonium dan mencegah Jaundis.
Jadi usah ragu-ragu. Apatah lagi bagi ibu-ibu yang kali pertama melahirkan anak, inilah masa anda dan bayi untuk sama-sama berlatih.

Apakah Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi dan Ibu?



Becerita tentang kebaikkan menyusukan bayi pasti ramai yang tahu antaranya bayi lebih kuat daya tahannya melawan penyakit, mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan, mengurangkan risiko alahan, perkembangan IQ yang lebih baik, sistem penghadaman yang bagus,kurang masalah gigi, mengurangkan risiko kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga dan banyak lagi.

Tapi apakah kebaikan susu ibu ini kepada ibu ya? Antaranya ialah :
  • Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan.
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  • Membantu menjarakkan kehamilan.
  • Menjimatkan masa dan wang.
  • Mudah dan tidak perlukan penyediaan.
Susu Saya Sedikit? Bayi Saya Kerap Lapar. Bayi Tak Kenyang.


Ramai yang mempunyai masalah seperti ini dan memilih untuk memberikan susu formula kepada bayi mereka. Dalam dunia penyusuan, penting bagi ibu-ibu untuk tahu mengenai jenis-jenis susu. Susu ibu terbahagi kepada dua iaitu Kolostum dan Susu Matang (foremilk dan Hindmilk). Ini penting bagi ibu-ibu untuk faham mengenai punca sekiranya bayi menyusu badan masih lapar atau dehidrasi.

Mengapa Bayi Masih Lapar?



Buat pengetahuan anda kedua-dua payudara mengandungi Foremilk dan Hindmilk yang bertujuan menghilangkan dahaga bayi. Sekiranya bayi anda masih meragam, ia mungkin disebabkan bayi anda tidak mendapat Hindmilk yang kaya dengan lemak dan penuh berkrim di hujung penyusuan.

Cara terbaik untuk memastikan bayi anda kenyang semasa meyusu badan adalah dengan memperbetulkan cara penyusuan anda. Iaitu memberikan susu kepada bayi hanya dengan sebelah payudara untuk satu sesi. Sebelah lagi anda boleh pam dan simpan sebagai stok sekiranya anda ingin bekerja kelak.

Sangat penting bagi ibu-ibu memberikan susu kepada bayi hanya dengan sebelah payudara untuk satu sesi penyusuan sehingga ia seolah-olah kosong (payudara tidak pernah kosong sepenuhnya kerana sentiasa menghasilkan susu) sebelum menawarkan susu daripada payudara sebelah. Ini adalah kerana, untuk memastikan bayi turut mendapat Hindmilk yang berada dihujung penyusuan. Hindmilk mampu mengurangkan gejala seperti kembung perut dan najis hijau (najis hijau adalah disebabkan kekurangan zat). Gejala lain yang  kerap berlaku kerana ketidakseimbangan foremilk dan Hindmilk adalah seperti :
  • Bayi asyik melekap (tidak puas)
  • Najis berdarah
  • Ruam lampin akibat najis berasid
  • Penambahan berat badan yang perlahan.
  • Bayi membuang air besar selepas menyusu.
  • Bayi memuntahkan susu yang banyak.
  • Kolik akibat terlebih laktosa.
Menyusukan bayi bukanlah sesuatu yang mudah untuk sesetengah orang. Ia memerlukan pengorbanan yang besar dari seorang ibu. Ianya juga memerlukan sokongan dan dorongan dari orang sekeliling. Ibu perlulah bijak memilih pemakanan yang tinggi dengan protein,kalsium dan serat bagi memastikan si ibu sentiasa bertenaga dan sihat untuk menghasilkan susu mengikut keperluan si manja.

Makanan Tambahan Yang Membantu Untuk Susu Pekat Dan Banyak.

Energizing Soy Protein (ESP)


  • Kandungan protein yang tinggi menjadikan Si ibu sentiasa bertenaga dan cergas.
  • Menyusukan adalah proses dimana kalori dibakar dan ibu akan cepat lapar. ESP mudah disediakan dan mengenyangkan.
  • Kandungan protein akan menjadikan susu ibu pekat dan berkhasiat.
  • Kelebihan lain, memudarkan stretchmark Ibu. Luka selepas bersalin juga in Shaa Allah cepat sembuh.
Ostematrix



  • Merupakan sumber kalsium yang sangat diperlukan oleh ibu menyusu.
  • Tahukah anda ibu menyusu memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari untuk menghasilkan susu ibu.
  • Mengandungi vitamin D dan magnesium untuk penyerapan kalsium yang berkesan dan mampu mengelakkan karang dalam buah pinggang. 

Alfalfa Complex



  • Mangandungi serat, protein dan kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusu.
  • Sebagai milkbooster/ meransang penghasilan susu ibu.
Selain makanan tambahan, ibu menyusu juga perlu menitik-beratkan pemilihan makanan yang berkhasiat, kaya dengan sumber vitamin B, vitamin C, zat besi, beta carotena dan asid folik bagi memastikan ibu sentiasa sihat untuk menghasilkan susu ibu yang lancar mengikut keperluan bayi. Pengambilan air kosong yang banyak meransang LDR (Let Down Reflex) dan mempercepatkan penghasilan susu.

Berminat mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee, boleh terus hubungi Cikta atau Whatsapp +60127652258

Jumpa lagi di lain entry, Daaaaaa