6 Cara Tingkatkan Sistem Ketahanan dan Imun Anak.

11:30 0 Comments A+ a-

Cuaca semakin tak menentu diluar sana. Kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan, Ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan kepada anak-anak kecil yang sistem imunisasinya sangat lemah. Siapa yang tak sayangkan anak? Rata-rata ibu bapa ingin yang terbaik untuk si anak.

Cikta perhatikan di group whatsapp sekolah tabika anak Cikta, si Umar. Setiap hari akan ada ibu bapa yang memberitahu kepada Cikgu tentang anaknya yang tidak dapat hadir kesekolah kerana masalah kesihatan. Ada yang demam, ada yang selsema, tidak kurang yang batuk serta ada juga yang asma. Ini adalah berkait rapat dengan sistem imunisasi si anak yang masih lemah. Ditambah dengan cuaca dan keadaan persekitaran yang mungkin tercemar.

Faktor pemakanan juga memainkan peranan yang penting. Lihat sahaja di sekitar kediaman kita Restoran Makanan Segera tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Mungkin ramai yang tidak sedar penggunaan gula putih yang berlebihan serta MSG adalah sebahagian punca kepada yang menyumbang kepada kelemahan sistem imunisasi anak-anak kita Nampak seperti perkara kecil bukan? Tetapi ianya memberi impak yang besar.

Sistem imun adalah sistem biologi dalam badan yang melindungi kita dari penyakit.ramai ibu bapa yang tidak tahu bahawa sistem imunisasi si anak boleh ditingkatkan sejak kecil.

6 Cara Untuk Meningkatkan Sistem Ketahanan Badan Atau Imunisasi Anak.
  • Diet Yang Seimbang

 Sistem imun akan diganggu jika anak sentiasa diberikan dengan makanan yang menyebakanreaksi allergik, bahan tambahan, bahan pengawet dan gula. Contohnya seperti makanan ringan, air berkarbonat dan lain-lain.

Dalam dunia yang serba membangun ini makanan-makanan diatas adalah sukar untuk dielakkan. Seperti yang Cikta beritahu sebelum ini Restoran-retoran makanansegera juga banyak dibuka seperti cendawan selepas hujan.

Gula putih terbukti dalam banyak ujian klinikal sebagai bahan yang boleh merendahkan tahap imuniti anak. Untuk kesihatan anak yang baik ibu bapa perlulah mengehadkan pengambilan nya. Kurangkan gula, perisa tambahan dan pengawet dalam makanan si manja anda. Bahan-bahan tersebut biasanya terdapat dalam makanan ringan dan makanan segera.

Disarankan supaya ibu bapa memasakkan sendiri makanan untuk anak dirumah. Fokus pada sayur-sayuran segar, buah-buahan, bijirin kekacang, telur dan daging.
  • Ambil Tahu Tentang Anak Anda.

Sentiasa melihat perkembangan anak . Jangan abaikan keperluan emosi anak.anak. Badan anak memberi tindakbalas kepada tekanan iaitu kortisol dan adrenalin. Jika tekanan mereka meningkat secara berterusan, sistem imun akan menjadi lemah.

Selalu bermain, berkarya bersama-sama mereka. Dengan cara itu sistem imun mereka akan meningkat. Inshaa Allah.
  • Kekalkan Microbiota Anak.

Probiotik adalah bakteria baik yang membantu secara semulajadi didalam usus kita. Ianya melindungi kawasan sistem penghadaman kita, membantu mencernakan makanan, membantu pembersihan toksin dan melindungi kita daripada virus dan bakteria jahat. Apabila keseimbangan antara bakteria baik dan jahat berlaku kita akan dapat lihat perubahan keupayaan anak-anak untuk menangkis jangkitan.
  • Rehat Yang Mencukupi

Kanak-kanak memerlukan diantara 10 hingga 14jam waktu tidur setiap hari. Untuk rembesan melatonin (hormon tidur) yang sempurna anak-anak perlu tidur dalam gelap, tanpa sebarang cahaya.
  • Sentiasa Ingat Demam Sebenarnya Membantu Anak Anda melawan Jangkitan.

Jangan cepat panik apabila anak demam. Demam adalah tindakbalas badan melawan jangkitan. Tetapi bawalah berjumpa Doktor untuk memastikan demam itu bukan satu tanda lain.
  • Bantu Dengan Supplement.

Makanan tambahan terbaik untuk tingkatkan sistem imun kanak-kanan adalah vitamin D dan zink. Untuk alahan minyak ikan dan multivitamin sangat membantu.

Supplement Shaklee Untuk Anak Anda.

Nutriferon.



Ia merupakan 'Immune booster' ciptaan pakar imun dari Jepun iaitu Dr. Yasushiko Kojima. Meningkatkan interferonsemulajadi badan dan sekaligus menguatkan tidak balas imun dalam badan. Ianya sangat sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah antibodi lemah, mudah dijangkiti selsema, demam serta membantu tahap penyembuhan yang lemah dari sesuatu penyakit. Boleh diambil oleh kanak-kanak yang berumur setahun dan keatas. Dosage berbeza mengikut umur.

Omegaguard.



1 kapsul adalah bersamaan dengan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diperolehi daripada pemakanan. Membantu meningkatkan sisitem imun kanak-kanak dan dewasa. Juga membantu mengurangkan jangkitan saluran pernafasan.

Vitalea for Children.



Membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Termasuk kesemua 8 jenis vitamin B yang rata-rata multivitamin dipasaran tidak mampu berikan. Mengandungi kalsium, magnesium dan lain-lain yang membantu menyokong tulang yang kkuat dan badan yang sihat.

Mealshake.



Dengan gaya hidup yang lasak dan sentiasa berlari aktif, kanak-kanaktidak punya waktu untuk duduk diam menikmati makanan yang seimbang. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan segera yang baik untuk mereka dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendak glisemik seumpama Shaklee MealShake. Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat. Sumber pemakanan serat dan protein terbaik. Kaya dengan sumber kalsium.

Semoga perkongsian Cikta ini dapat memberi manfaat kepada semua. Jika berminat untuk mendapatkan konsultasi secara percuma dan mendapatkan produk-produk Shaklee bolehlah terus berhubung dengan Cikta melalui whatsapp +60127652258.

Jumpa lagi di lain entry ya. Daaaaaaaaaaaaaaa