Mengapa susu ibu penting buat bayi & ibu?

10:04 0 Comments A+ a-

Seronoknya Menyusukan!

Wah bukan main happy tau kalau dapat menyusukan si manja sepenuhnya dengan susu ibu. Bercerita tentang susu ibu buatkan Cikta teringat tentang KEGAGALAN Cikta untuk menyusukan anak pertama 5tahun lepas. Sedih jangan cerita, memang sangat-sangat sedih. Tapi masa itu Cikta akui Cikta ‘kosong’ ilmu tentang penyusuan. Cikta ingat segalanya akan terjadi secara semulajadi. Mesti ada ibu-ibu diluar sana berfikiran seperti Cikta bukan? JANGAN!!! Sediakanlah diri anda dengan ilmu secukupnya. In shaa Allah dengan ilmu segalanya akan berjalan lancar. Ini terbukti apabila pada permulaan kehamilan anak kedua, Cikta seboleh-bolehnya cuba untuk mencari-gali ilmu penyusuan. Dan Alhamdulillah Cikta berjaya menyusukan anak kedua Cikta selama dua tahun setengah. Jom ambil tau masalah yang biasa dihadapi oleh ibu-ibu yang pertama kali menyusukan bayi. Antaranya :
  • Tidak faham konsep ‘demand’ dan ‘supply’
  • Puting tenggelam
  • Sakit apabila bayi melekap (salah posisi)
  • Puting merekah
  • Salur susu tersumbat.
  • Bengkak susu
  • Mastitis (jangkitan dalam payudara yang disebabkan oleh salur susu tersumbat dan bengkak susu)
  • Dan lain-lain.
Seawal Manakah Anda Perlu Menyusukan Bayi Anda?

Sebaik-baiknya sejurus selepas melahirkan (tidak semestinya anda akan melihat susu anda menitis keluar) atau sekurang-kurangnya dalam masa satu jam selepas bersalin.

Susu Permulaan Jangan Dibuang!


Ramai ibu-ibu muda yang tidak terus menyusukan anak sejurus selepas bersalin kerana didapati susu yang keluar sangat sedikit, terlalu pekat dan berwarna kekuningan (seolah bahan kumuh). Ada pula yang mencadangkan supaya dibuang saja susu itu kerana tampak tidak menyenangkan. JANGAN! Susu peringkat awal yang dinamakan KOLOSTUM itu amatlah berharga buat bayi. Faedah-faedah kolostum ini antaranya :
  • Kaya antibodi - melindungi bayi dari sebarang jangkitan dan alahan.
  • Kaya sel darah putih - melindungi dari jangkitan.
  • Kaya vitamin A dan E
  • Faktor pertumbuhan - kematangan usus dan mencegah alahan.
  • Sejenis laksatif - mengeluarkan mekonium dan mencegah Jaundis.
Jadi usah ragu-ragu. Apatah lagi bagi ibu-ibu yang kali pertama melahirkan anak, inilah masa anda dan bayi untuk sama-sama berlatih.

Apakah Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi dan Ibu?



Becerita tentang kebaikkan menyusukan bayi pasti ramai yang tahu antaranya bayi lebih kuat daya tahannya melawan penyakit, mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan, mengurangkan risiko alahan, perkembangan IQ yang lebih baik, sistem penghadaman yang bagus,kurang masalah gigi, mengurangkan risiko kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga dan banyak lagi.

Tapi apakah kebaikan susu ibu ini kepada ibu ya? Antaranya ialah :
  • Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan.
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  • Membantu menjarakkan kehamilan.
  • Menjimatkan masa dan wang.
  • Mudah dan tidak perlukan penyediaan.
Susu Saya Sedikit? Bayi Saya Kerap Lapar. Bayi Tak Kenyang.


Ramai yang mempunyai masalah seperti ini dan memilih untuk memberikan susu formula kepada bayi mereka. Dalam dunia penyusuan, penting bagi ibu-ibu untuk tahu mengenai jenis-jenis susu. Susu ibu terbahagi kepada dua iaitu Kolostum dan Susu Matang (foremilk dan Hindmilk). Ini penting bagi ibu-ibu untuk faham mengenai punca sekiranya bayi menyusu badan masih lapar atau dehidrasi.

Mengapa Bayi Masih Lapar?



Buat pengetahuan anda kedua-dua payudara mengandungi Foremilk dan Hindmilk yang bertujuan menghilangkan dahaga bayi. Sekiranya bayi anda masih meragam, ia mungkin disebabkan bayi anda tidak mendapat Hindmilk yang kaya dengan lemak dan penuh berkrim di hujung penyusuan.

Cara terbaik untuk memastikan bayi anda kenyang semasa meyusu badan adalah dengan memperbetulkan cara penyusuan anda. Iaitu memberikan susu kepada bayi hanya dengan sebelah payudara untuk satu sesi. Sebelah lagi anda boleh pam dan simpan sebagai stok sekiranya anda ingin bekerja kelak.

Sangat penting bagi ibu-ibu memberikan susu kepada bayi hanya dengan sebelah payudara untuk satu sesi penyusuan sehingga ia seolah-olah kosong (payudara tidak pernah kosong sepenuhnya kerana sentiasa menghasilkan susu) sebelum menawarkan susu daripada payudara sebelah. Ini adalah kerana, untuk memastikan bayi turut mendapat Hindmilk yang berada dihujung penyusuan. Hindmilk mampu mengurangkan gejala seperti kembung perut dan najis hijau (najis hijau adalah disebabkan kekurangan zat). Gejala lain yang  kerap berlaku kerana ketidakseimbangan foremilk dan Hindmilk adalah seperti :
  • Bayi asyik melekap (tidak puas)
  • Najis berdarah
  • Ruam lampin akibat najis berasid
  • Penambahan berat badan yang perlahan.
  • Bayi membuang air besar selepas menyusu.
  • Bayi memuntahkan susu yang banyak.
  • Kolik akibat terlebih laktosa.
Menyusukan bayi bukanlah sesuatu yang mudah untuk sesetengah orang. Ia memerlukan pengorbanan yang besar dari seorang ibu. Ianya juga memerlukan sokongan dan dorongan dari orang sekeliling. Ibu perlulah bijak memilih pemakanan yang tinggi dengan protein,kalsium dan serat bagi memastikan si ibu sentiasa bertenaga dan sihat untuk menghasilkan susu mengikut keperluan si manja.

Makanan Tambahan Yang Membantu Untuk Susu Pekat Dan Banyak.

Energizing Soy Protein (ESP)


  • Kandungan protein yang tinggi menjadikan Si ibu sentiasa bertenaga dan cergas.
  • Menyusukan adalah proses dimana kalori dibakar dan ibu akan cepat lapar. ESP mudah disediakan dan mengenyangkan.
  • Kandungan protein akan menjadikan susu ibu pekat dan berkhasiat.
  • Kelebihan lain, memudarkan stretchmark Ibu. Luka selepas bersalin juga in Shaa Allah cepat sembuh.
Ostematrix



  • Merupakan sumber kalsium yang sangat diperlukan oleh ibu menyusu.
  • Tahukah anda ibu menyusu memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari untuk menghasilkan susu ibu.
  • Mengandungi vitamin D dan magnesium untuk penyerapan kalsium yang berkesan dan mampu mengelakkan karang dalam buah pinggang. 

Alfalfa Complex



  • Mangandungi serat, protein dan kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusu.
  • Sebagai milkbooster/ meransang penghasilan susu ibu.
Selain makanan tambahan, ibu menyusu juga perlu menitik-beratkan pemilihan makanan yang berkhasiat, kaya dengan sumber vitamin B, vitamin C, zat besi, beta carotena dan asid folik bagi memastikan ibu sentiasa sihat untuk menghasilkan susu ibu yang lancar mengikut keperluan bayi. Pengambilan air kosong yang banyak meransang LDR (Let Down Reflex) dan mempercepatkan penghasilan susu.

Berminat mengetahui lebih lanjut tentang vitamin Shaklee, boleh terus hubungi Cikta atau Whatsapp +60127652258

Jumpa lagi di lain entry, Daaaaaa