Set Hamil Shaklee pilihan ramai

10:44 0 Comments A+ a-

Bercerita tentang kehamilan, pasti ramai yang tersenyum-senyum mengenangakan memori semasa hamil. lagi-lagi kehamilan anak pertama. Kepada ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata Cikta ucapkan tahniah.
Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali hamil. Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal.
Mungkin ada ibu-ibu yang mengalami :
  • Alahan Teruk
  • Morning Sickness
  • Tiada selera makan
  • Muntah dan Loya
  • Anemia 
  • Keletihan dn rasa malas
  • Mood swing
Inilah yang dikatakan nikmat ketika hamil. Tapi ada yang perlu diatasi seperti Anemia. Ianya berbahaya dan boleh mengakibatkan tumpah darah ketika melahirkan. Lazim bagi ibu Mengandung mengalami simptom Kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti rutin harian. Namun jangan bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja.


Hampir semua masalah yang disebutkan tadi dapat diatasi dengan mendapatkan nutrisi yang diperlukan secara lengkap di samping rehat yang mencukupi dan sokongan daripada suami tercinta.

Bagaimanakah Ibu boleh mendapatkan nutrisi yang secukupnya semasa mengandung?
  • Telur  – Mengandungi 12 vitamin dan mineral penting di samping  protein yang amat diperlukan untuk pertumbuhan janin.
  • Ikan Laut Dalam (Salmon, Kod, Mackerel) – Kaya dengan Omega 3 yang amat diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan otak. Ibumahukan baby yang pintar genius? Inilah masanya untuk makan ikan sebanyak-banyaknya untuk dapatkan DHA .
  • Kekacang – Selain kaya dengan protein, kacang turut mengandungi fiber yang tinggi yang mengelakkan masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan angin
  • Sayur Berdaun Hijau – Sumber Vitamin penting dan juga asid folic yang amat diperlukan oleh Ibu Mengandung. Malah kaya dengan fiber untuk kesihatan sistem penghadaman.
Semestinya melalui makanan seimbang yang diambil oleh Ibu setiap hari. Pakar pemakanan telah mencadangkan makanan berikut yang didapati terbaik untuk membantu Ibu Hamil mendapat zat sempurna semasa Mengandung.

Pelbagai lagi makanan lain yang berkhasiat yang baik untuk ibu hamil. Pastikan Ibu mengambil makanan tersebut mengikut cadangan piramid makanan untuk Ibu Mengandung:

Mengapa Doktor Membekalkan Vitamin untuk Ibu Hamil?


Semasa hamil tubuh ibu memerlukan dua kali ganda lebih nutrisi tertentu untuk disalurkan kepada bayi dalam rahim yang sedang membesar. Sayangnya cara penyediaan makanan hari ini menyebabkan majoriti nutrisi seperti vitamin dan protein musnah sebelum sempat di serap oleh tubuh si ibu.

Justeru untuk membantu tubuh memenuhi keperluan zat semasa mengandung, dokor telah memberikan pil Vitamin untuk Ibu Hamil. Tapi sayang kebanyakan Vitamin Antenatal yang diberikan oleh pihak Hospital atau klinik mempunyai masalah berikut :


  • Bau yang tidak menyenangkan
  • Pewarna yang kuat
  • Status halal yang tidak diketahui

  • Tahap kehancuran yang lemah, membawa risiko pil tidak hancur dalam tubuh.

Ramai ibu hamil yang mengadu tidak tahan dengan bau pil vitamin klinik dan tidak mampu menelan. Ini mungkin kerana vitamin tersebut dihasilkan secara tiruan dan bukan dari tumbuhan semula jadi. Persoalannya, adakah bahan tiruan tidak mendatangkan keburukan untuk bayi dalam perut?


Setiap Ibu Mengandung pasti mahukan bayi dalam kandungannya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang. Set Mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian produknya.

1. Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
2.  B-Complex (with folic asid)
  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.
3. Sustained Release Vita-C
  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan.
4. Ostematrix (Calcium & Magnesium)

  • Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
  • Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

  • Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

 5. Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

  • Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

6. OmegaGuard (EPA & DHA)


  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
  • DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :


  • Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
  • Perkembangan bayi yang sihat
  • Pencegahan baby dari mendapat jaundice.


Perkembangan Otak Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrisi ibu yang baik.




Keberkesanan Set Hamil Shaklee dalam menangani dan membantu mengatasi masalah lazim Ibu Hamil terbukti melallui pelbagai sharing dan perkongsian dari ibu-ibu Hamil yang telah menggunakannya termasuklah Cikta.

Apakah Kebaikan Set Mengandung Shaklee buat Ibu Hamil?

Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.


Bagaimana cara makan set hamil Shaklee?

Oleh kerana setiap individu adalah unik dan berbeza, maka tidak adil jika Cikta memberi cara makan vitamin Shaklee secara pukul rata. Setiap ibu memerlukan sukatan berlainan.
Contohnya Ibu Hamil yang ada Diabetes Semasa Hamil tentulah sukatan Vitaminnya berbeza dengan Ibu Mengandung yang ada anemia. 
Jadi jika mahu mengetahui cara makan yang betul dan mengetahui harga set hamil Shaklee ini boleh hubungi @ whatsapp Cikta ditalian +60127652258.

terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi dilain entry.