Berpantang dengan Set Terbaik Shaklee

18:21 0 Comments A+ a-

Nampaknya ramai ibu-ibu moden kini lebih berhati-hati dan teliti dalam mencari set berpantang yang sesuai dengan keadaan dan budget sendiri.

Rata-rata menyuarakan kebimbangan dengan herba yang terkandung dalam set berpantang tradisional yang dikatakan bakal memberi kesan pada baby (boleh menyebabkan demam kuning/jaundise) dan mengganggu proses penghasilan susu ibu.

Tidak berpuas hati dengan pengalaman berpantang anak pertama, Cikta juga tekad berhijrah dengan mengambil set Shaklee seawal kehamilan sehinggalah berpantang.

Cikta yakin anda semua yang sedang membaca entry ini juga mencari yang terbaik untuk berpantang kelak.

Apakah itu pantang bersalin?

Pantang bersalin adalah proses dimana si ibu mendisiplinkan diri dan mengikuti rutin serta makan secara sihat untuk menyihatkan luka dalaman dan luaran. 

Didalam amalan tradisional rawatan selepas bersalin dan penjagaan berpantang adalah selama 44hari.

Ada juga yang mengamalkan penjagaan berpantang selama 100hari bagi memastikan luka dan kesihatan pulih sepenuhnya.

Pilihan adalah ditangan ibu-ibu sendiri. 

Kenapa proses berpantang ini perlu?

Ibu memerlukan rawatan pemulihan dan penjagaan yang sempurna dari segi rohani, jasmani dan mental serta dari segi pemakanan pula ianya perlulah seimbang bagi memastikan badan mendapat nutrisi yang seimbang. Waktu ini adalah waktu sesuai untuk si ibu berehat setelah berbulan-bulan menjalani kepenatan hamil.

Apa yang terkandung didalam Set berpantang Shaklee?

Set berpantang Shaklee terbahagi kepada 2. Iaitu :

Set asas
Set optimum

Pilihan ditangan anda untuk memilih yang mana sesuai dengan budget anda.

Set asas.




Terdiri daripada :


  • Vitalea 
  • Bcomplex 
  • Sustained Release vit C
  • Zinc Complex


Manakala set optimum pula adalah sekali dengan persediaan untuk ibu menyusukan baby dan mengekalkan kecergasan si ibu.

Set optimum.




Terdiri daripada :


  • Vitalea
  • Bcomplex
  • Sustained Release vit C
  • Zinc complex
  • Ostematrix
  • Energising Soy Protein (ESP)

Khasiat Vitamin-Vitamin Yang Disarankan:


1. Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
  • Pengambilan vitamin ini membantu mengembalikan kecergasan fizikal dan mental kepada ibu kerana vitamin ini bertindak untuk memberi tenaga kepada si ibu.
  • Oleh kerana vitamin ini diformulasikan dengan zat besi, ini boleh mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah.
  • Sekaligus mengelakkan si ibu berasa letih dan kelesuan yang berpanjangan.
2.  Vitamin B-Complex
  • Pengambilan vitamin B-Complex boleh membantu meredakan stress dan tekanan yang dihadapi oleh ibu di sepanjang proses bepantang.
  • Di samping membekalkan tenaga dan membantu keseimbangan hormon.  
3.  Vitamin C
  • Pengambilan vitamin C sangat penting untuk menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kiralah bersalin secara normal mahupun ceaserian.
  • Vitamin ini membantu membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin.
  • Bertindak merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit.
  • Selain itu, pengambilan vitamin ini penting untuk meningkatkan tahap imunisasi, mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selesema.
4. Zinc
  • Pengambilan zinc sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman serta membantu mempercepatkan penyembuhan luka tersebut.
  • Di samping itu, zinc membantu proses pengecutan rahim ibu kembali normal serta mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.
Kesemua suplemen di atas adalah dicadangkan kepada ibu-ibu semasa menjalani proses berpantang. Jika ada bajet yang lebih, ibu-ibu sangat digalakkan untuk mengambil ESP Soy Protein Isolate Powder dan Ostematrix sebagai suplemen tambahan dengan tujuan-tujuan seperti di bawah:

Ostematrix
  • Pengambilan Ostematrix atau kalsium Shaklee boleh membantu masalah sembelit.
  • Membantu mengatasi kekejangan otot dan kebas-kebas yang selalu dirasai oleh ibu yang berpantang.
  • Selain itu, Ostematrix membekalkan si ibu keperluan kalsium yang cukup untuk diet harian untuk menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat dan banyak.
  • Berupaya menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang.
ESP Soy Protein Isolate Powder
  • Pengambilan ESP sangat membantu dalam kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga kepada ibu berpantang. 
Jika anda berminat untuk mengetahui tentang set ini dengan lebih lanjut boleh terus hubungi @ whatsapp Cikta ditalian +60127652258.

Jumpa lagi di next entry. daaaaaaa