Tips Memilih Bingkai Cermin Mata Mengikut Bentuk Muka Dan Tips Penjagaan Mata.

09:59 0 Comments A+ a-

Dek kerana amalan meng’update’ blog tengah malam buta. Cikta kini berisiko untuk bertambah rabun. Kenapa suka ‘update’ blog tengah malam ni ek? Bagi ibu anak tiga seperti Cikta mesti tahu waktu tengah malam inilah waktu paling aman untuk menyiapkan tugasan. Tak kiralah mengemas rumah, membasuh baju ataupun meng’update’ blog.


Jadi Cikta bercadang untuk membuat cermin mata. Supaya tak kelihatan janggal, almaklumlah baru pertama kali membuat keputusan untuk membuat cermin mata. Mari Cikta share tips memilih bingkai cermin mata mengikut bentuk muka.

Bentuk Muka Bulat.


Yang memiliki bentuk muka bulat, bingkai kaca mata bersegi sesuai untuk anda. Ingat! Elakkan daripada memakai bingkai yang berbentuk bulat. Ini kerana ia akan membuatkan muka anda kelihatan bulat seperti belon.

Bentuk Muka Segi Empat.


Bagi yang mempunyai raut wajah bersegi, bingkai kaca mata berbentuk bulat lebih sepadan untuk anda.

Muka Berbentuk Hati.


Jika anda mempunyai muka berbentuk hati, cuba gayakan cermin mata yang lebih simple dan tidak serabut. Ini kerana, bahagian dahi anda sudah cukup luas. Cermin mata tanpa bingkai atau berbentuk seperti ‘cat eye’ adalah paling sesuai untuk anda.

Bentuk Muka Bujur Sirih.


Anda sesuai menggayakan hampir kesemua jenis bingkai cermin mata yang ada. Untuk nampak lebih menarik, cuba cari bingkai cermin mata yang sama lebar dan dengan wajah anda. Tetapi sila elakkan dari memakai bingkai  yang terlalu besar dari muka.

Cadangan Produk Shaklee.

Untuk cadangan makanan tambahan dan skincare untuk penjagaan mata daripada Shaklee. Anda boleh mencuba :
- Caratomax
- Eye Treatment Enfuselle

Carotomax


Carotomax Shaklee direka khas untuk membantu :
- Mempertingkatkan Penglihatan dengan menghasilkan 'visual ungu' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap.
- Membantu mengurangkan masalah mata rabun dan kering.
- Membantu mengurangkan penyakit katarak serta glaucoma.
- Membantu mengatasi kelesuan mata akibat mengadap komputer dan smartphone dalam tempoh terlalu lama.
- Membantu mengurangkan masalah lebam dibawah mata dan 'eye bag'.
- Melindungi lapisan luar kornea mata.
- Amat bagus untuk mereka yang kerap menggunakan komputer.

Eye Treatment Enfuselle.


Kelebihan eye treatment adalah untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap dibawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
Terbukti secara klinikal:
- 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
- 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
- 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
- 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
- Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
- Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
- Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
- Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai ‘contact lens’.

Untuk sebarang pertanyaan dengan lebih lanjut lagi tentang produk Shaklee yang dicadangkan anda boleh terus menghubungi Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

7 Tips Dan Cara Atasi Anak Hiperaktif.

09:03 0 Comments A+ a-

“Hish tak tahu duduk diam walaupun seminit anak saya ni ada saja yang akan dilakukan seolah-olah tidak penat.” 

"Degil sangat anak saya ni, langsung tak nak dengar kata."

"Tak nak bercampur dengan orang, dia hidup dalam dunia dia sahaja"

"Naik angin dengan perangan anak aku ni. Tak boleh diajar!"

Itu diantara keluhan ibu dan ayah kepada anak yang menghidapi masalah hiperaktif atau ADHD.



Anak yang aktif adalah sangat bagus untuk perkembangan mereka. Tapi pernah tak kita tengok kanak-kanak yang terlalu aktif sampai ada ibu dan ayah naik ‘give up’. Dek kerana nasihat berpuluh kali tak di endahkan maka jalan penyelesaian terakhir ibu dan ayah mampu buat adalah dengan memarahi mereka. Pernah tak kita terfikir kenapa anak kita jadi terlampau aktif? Dapatkah perkara ini diubati?

Apa Itu Hiperaktif Atau ADHD (Attention Deficit/ Hyperactivity Disorder)?

Hiperaktif atau dikenali juga sebagai ADHD adalah keadaan dimana ketidakmampuan seseorang menumpukan perhatian untuk tempoh masa yang lama dan fokus pada sesuatu tugasan tertentu. Adalah dianggarkan kira-kira 7% daripada kanak-kanak di Amerika Syarikat mempunyai beberapa bentuk ADHD. Sebahagian besar daripadanya adalah lelaki.

Ciri-ciri Anak Hiperaktif.

Antara ciri-ciri anak yang Hiperaktif adalah:
- Tidak boleh duduk diam dan Lasak.
- Membuat sesuatu perkara mengikut perasaan secara spontan.
- Tidak suka mengikut arahan dan sering membantah
- Sukar memberikan tumpuan kepada sesuatu aktiviti bagi tempoh yang lama.
- Mudah tertekan dan tidak puas hati dengan sekeliling.
- Tidak gemar bergaul dan suka bermain sendirian


- Mudah mengamuk terutamanya apabila kehendaknya dihalang.
- Kerap berpeluh dan mudah sakit perut
- Bertindak secara berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
- Mengalami tidur yang tidak tetap.
- Terlalu kerap menangis atau ketawa.
- Sukar untuk menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Punca Kanak-kanak Menjadi Hiperaktif.

Punca sebenar terjadinya sifat hiperaktif dikalangan kanak-kanak masih belum dapat ditentukan walaupun kajian giat dijalankan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan sebagai  punca sifat hiperaktif seperti:-
1. Gangguan kepada genetic. Dimana kanak-kanak dengan gen tertentu mempunyai tisu otak yang tipis dihubungkan dengan pusat kawalan tumpuan.


2. Kajian juga menunjukkan pendedahan kepada alkohol dan tembakau oleh ibu bapa ketika bayi masih di dalam kandungan juga boleh menyumbang kepada masalah ADHD.


3. Faktor pemakanan iaitu kanak-kanak mengambil terlalu banyak gula,  coklat dan makanan ringan yang tidak berkhasiat.
4. Faktor luaran seperti kecederaan otak.

Tips Dan Cara Atasi Anak Hiperaktif.

1. Ibu dan ayah boleh cuba untuk menyediakan suasana yang tenang dengan pencahayaan yang redup atau mainkan muzik yang tenang untuk menenangkan si anak.


2. Luangkan masa sekerapnya bersama anak menjalani aktiviti fizikal seperti berlari, memanjat dan sebagainya.
3. Ringkaskan subjek pembelajaran supaya tidak terlalu panjang dan membosankan.
4. Ibu bapa haruslah lebih kreatif untuk menarik minat anak yang hiperaktif untuk belajar. Banyakkan penggunaan kaedah visual dan gambar untuk menerangkan sesuatu kepada mereka.
5. Biarkan mereka dengan aktiviti yang diminati.
6. Berikan lebih tumpuan kepada mereka.Ini akan membuatkan mereka mendengar kata kita dengan cara berlembut dan memberikan perhatian lebih.
7. Jauhkan kanak-kanak atau suasana yang boleh menganggu konsentrasi mereka.

Selain daripada tips dan cara diatas, ibu dan ayah juga boleh mencuba untuk memberikan minyak ikan Omega Guard kepada anak yang hiperaktif atau ADHD ini.


Bagaimanakah Omegaguard dapat membantu anak yang hiperaktif ni?
Omegaguard merupakan minyak ikan yang tulen dan berkualiti tinggi . Mengandungi lebih  90% EPA & DHA yang dapat membantu anak yang hiperaktif menstabilkan emosi mereka serta fokus dalam aktiviti yang dilakukan.

Kajian yang dijalankan menunjukkan kanak-kanak mengidap ADHD atau hiperaktif ini adalah mereka yang mempunyai tahap omega 3 iaitu asid lemak yang sangat rendah. Sebuah badan Inflammation Research Foundation telah mejalankan satu kajian dengan memberikan minyak ikan bagi mengurangkan gejala ADHD. Kajian ini telah melibatkan 3 orang kanak-kanak lelaki dan 6 orang kanak-kanak perempuan yang mana kesemua mereka telah disahkan mengidap ADHD. Dan keputusan menunjukkan kandungan EPA dan DHA dalam kanak-kanak tersebut meningkat selepas 8 minggu menggunakan kaedah minyak ikan sebagai rawatan. Didalam masa yang sama, ia menunjukkan pengurangan gejala ADHD dikalangan kanak-kanak tersebut.

Jadi, kepada ibu dan ayah yang mempunyai anak hiperaktif, boleh mencuba amalkan tips serta berikan mereka minyak ikan Omegaguard secara konsisten dalam membantu anak-anak lebih focus dan bagi mengurangkanmasalah hiperaktif dan ADHD tersebut.


Untuk sebarang pertanyaan dengan lebih lanjut lagi tentang Supplement yang dicadangkan anda boleh terus menghubungi Cikta.



Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan

5 Perkara Suami Wajib Tahu Tentang Isteri Lepas Bersalin

10:35 2 Comments A+ a-

Proses mengandung, melahirkan dan menyusukan bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan. Ianya melibatkan banyak perkara dan salah satu daripadanya nyawa dan kesihatan mental serta fizikal si ibu. Proses berpantang merupakan proses amat penting buat wanita selepas bersalin, malah proses itu menentukan tahap kesihatan dan keupayaan wanita selepas melalui satu perjalanan yang sukar.


5 Perkara Suami Wajib Tahu Tentang Isteri Lepas Bersalin (Post Partum)

#1 - Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.

#2 - Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.



#3 - Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.


#4 - Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).

Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :
- Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa
- Batuk darah
- suhu badan naik
- sesak nafas

Bahaya ke pulmonary embolism ni?
- Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!

#5 - Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post-Partum Depression.

Masa inilah isteri paling memerlukan sokongan dan dorongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak pengorbanan yang isteri dah tanggung selama hendak melahirkan zuriat untuk suami. Bukan hanya luka kesan koyakan Episiotomy sahaja tapi luka emosi tu sendiri yang lebih dasyat. Oleh sebab itulah, isteri sangat perlukan rehat, makan dan minum yang cukup serta sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya.

(kredit to Dr Taufiq Razif )

Set Cadangan Berpantang Shaklee.

Pulihkan kembalikan kesihatan isteri dengan Set Cadangan Berpantang Shaklee. 


Set Berpantang Shaklee ini terbahagi kepada DUA iaitu:
- Set Berpantang Shaklee Asas
- Set Berpantang Shaklee Optimum

Cikta akan terangkan satu-persatu produk Shaklee yang terkandung didalam Set ini bagi memudahkan anda untuk membuat keputusan yang terbaik untuk membantu memulihkan kesihatan semasa proses berpantang.

Set Berpantang Shaklee Asas
Set asas terdiri daripada produk berikut:
1. VITALEA
2. B COMPLEX
3. SUSTAINED RELEASED VITAMIN C
4. OSTEMATRIX

Manakala bagi Set berpantang Shaklee Optimum pula adalah si gabungkan bersama persedian untuk ibu untuk menyusukan bayi serta yang paling penting untuk mengekalkan kecergasan ibu semasa berpantang.

Set Berpantang Shaklee Optimum

Set Optimum terdiri daripada produk berikut:
1. VITALEA
2. B COMPLEX
3. SUSTAINED RELEASED VITAMIN C
4. OSTEMATRIX
5. ALFALFA
6. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Khasiat Vitamin-Vitamin Yang Disarankan:

1. Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
Pengambilan multivitamin ini dapat membantu mengembalikan kecergasan fizikal dan mental kepada ibu. Ini kerana, vitamin ini bertindak untuk memberi tenaga kepada si ibu.
Multivitamin ini diformulasikan untuk membantu mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah. Juga membantu mengelakkan si ibu berasa letih dan lesu.

2.  B-Complex
Pengambilan vitamin B-Complex boleh membantu meredakan tekanan yang dihadapi oleh ibu di sepanjang proses bepantang. Di samping membantu membekalkan tenaga dan membantu mengekalkan keseimbangan hormon. 

3.  Sustained Released Vitamin C
Pengambilan vitamin C sangat penting untuk membantu menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kiralah bersalin secara normal ataupun ceaserian.
Vitamin C juga membantu dalam proses pembaikpulihan sel tisu yang telah rosak selepas bersalin, bertindak merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit. Selain itu, pengambilan vitamin C ini penting untuk membantu meningkatkan tahap imunisasi, juga mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selesema.

4. Ostematrix
Pengambilan Ostematrix iaitu lebih dikenali sebagai pil kalsium Shaklee boleh membantu masalah sembelit, membantu mengatasi kekejangan otot serta kebas-kebas yang kerap dirasai oleh ibu berpantang. Selain itu, Ostematrix membantu membekalkan ibu keperluan kalsium yang secukupnya untuk menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat dan banyak. Ianya juga berupaya membantu menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang.

5. ESP Soy Protein Isolate Powder
Pengambilan ESP adalah sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu ibu kerana ESP membekalkan sumber protein utama yang merupakan komponen asas dalam susu ibu. Ia juga dapat membantu memberi kecergasan kepada ibu.

6. Alfalfa
Merupakan Raja segala tumbuhan. Dapat membantu meningkatkan imunisasi. Ianya juga mengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu. Bagi ibu yang menyusukan bayi ianya bertindak sebagai milkbooster sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.

Untuk sebarang pertanyaan dengan lebih lanjut lagi tentang Set yang dicadangkan anda boleh terus menghubungi Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

Tips Kenali Tangisan Bayi

09:50 1 Comments A+ a-

Menangis adalah satu-satunya cara komunikasi bayi. Bagi yang baru bergelar ibu dan ayah semestinya akan merasa janggal dan tidak faham apa yang diingini oleh bayi. Suara tangisan bayi terdengar sama saja sehingga kita kena meneka apa yang sebenarnya yang bayi ingikan ketika itu.  Adakah ianya sedang lapar atau baru saja membuang air atau juga hanya ingin dipeluk ya? Kadangkala perkara tersebut menjadikan ibu dan ayah tertekan apabila tidak boleh meneka apa yang bayi inginkan. Sedih rasanya apabila melihat anak terus-menerus menangis tanpa mengetahui apa puncanya. 



Menurut Perunding, Uswatun Hasanah Mohd. Habib, terdapat beberapa jenis bunyi tangisan bayi. Secara ‘basic’ ia adalah bunyi ditambah dengan tindakan refleks badan yang membentuk sesuatu bunyi yang unik dan bersifat universal. Bayi tidak boleh memberitahu orang sekelilingnya dengan bercakap. Oleh itu, satu-satunya cara bayi berkomunikasi adalah dengan bergantung kepada tindakan refleks badannya untuk menghasilkan sesuatu bunyi. Bila bunyi-bunyian ini gagal difahami atau tidak diberikan perhatian, maka barulah bayi akan mula menangis.

Terdapat 5bunyi tangisan rutin yang dapat dikenalpasti menggunakan kaedah Dunstan Baby Language iaitu seperti:
- "Neh"- Ini tanda bayi kelaparan. Bunyi ini dihasilkan akibat ‘sucking reflex’
- "Heh"- Ini tanda bayi sedang tidak selesa. Mungkin kerana cuaca terlalu panas atau sejuk, ‘pampers’ penuh dan sebagainya. Secara amnya, ia akibat tindak balas kerengsaan terhadap kulit.
- "Owh"-Ini tanda bayi mengantuk dan ingin ditidurkan. Terhasil akibat refleks menguap (yawning reflex).
- "Eh"-Ini tanda bayi perlu disendawakan. Ia terhasil akibat kontraksi otot abdomen dalam cubaan menolak keluar angin.
- "Eairh"- Ini bunyi yang mewakili kembung perut. Ia terjadi bila angin terperangkap dalam perut bayi.


Dengan mengetahui apa yang ‘dituturkan’ oleh bayi membolehkan anda memberi ‘respons’ yang cepat dan tepat, ini dapat mengelakkan bayi menangis dengan kuat  dalam tempoh yang lama. Apabila ibu ayah dapat memahami jenis-jenis tangisan yang diluahkan oleh bayi anda, sudah tentu ibu akan kurang tertekan lagi-lagi semasa berpantang, seisi rumah lebih tenang dan dapat tidur dengan lebih lena.

Apabila bayi menyebut “Neh” Kita akan dapat memastikan tumbesaran bayi yang sihat. Ibu akan tahu bilakah waktu yang sesuai memberikan susu kepada bayi dan tidak mengagak dengan sendiri. Lebih penting, pembaziran susu terutama stok susu ibu dapat dielakkan bila pengasuh bayi anda juga memahaminya.

Menguasai ilmu pertuturan bayi ini tidaklah semudah ABC. Anda boleh mendengar sampel-sampel bunyi dalam DVD dan membandingkan dengan bunyi yang dihasilkan bayi anda, ini dapat membantu anda untuk memahami apakah yang diingini oleh bayi dengan lebih tepat lagi.

'Good Luck'.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan

Rahim Atau Peranakan Jatuh Dan Cara Merawatnya.

10:51 1 Comments A+ a-

Apa Itu Rahim Atau Peranakan Jatuh?

Rahim atau peranakan jatuh adalah mimpi ngeri bagi golongan wanita. Juga dikenali sebagai prolapse, ianya boleh berlaku dalam beberapa peringkat.


Peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa atau asal. Pada peringkat ini memang ramai yang tidak sedar.

Peringkat seterusnya, dimana apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj Pada tahap ini mungkin akan ada rasa sedikit kesan sampingan dan tanda-tanda mulai kelihatan.

Peringkat terakhir, keadaan menjadi sangat teruk iaitu keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Inilah yang dipanggil tombong.

Ngeri bukan? Mungkin ramai yang masih tak sedar tentang risiko dan bahayanya Rahim atau peranakan jatuh ini. Ramai yang ambil lewa. Pandang remeh akan kesihatan Rahim anda? Sedangkan kesihatan rahim adalah sangat dan amat penting untuk semua yang bergelar wanita.

Semoden mana pun kehidupan kita sekarang jangan diabaikan pesan orang-orang tua. Kita kerap mendengar leteran emak tentang bahaya wanita mengangkat benda-benda berat. Leteran itu kita pandang sepi. Kononnya wanita kini juga bisa segagah lelaki. Walau macamana hebat pun kita, khudrat wanita tidak sekuat mana.

Punca-punca Terjadinya Rahim Atau Peranakan Jatuh.

Antara punca-punca atau faktor-faktor yang menyebabkan Rahim atau peranakan jatuh adalah seperti:

- Jatuh terhentak dengan kuat
- Angkat benda yang berat
- Tidak menjaga pantang dengan baik selepas bersalin
- Mungkin pernah tolak benda dengan menggunakan kaki terutama sekali ibu jari
- Masalah obesiti
- Terlalu lasak

Akibat Atau Kesan Peranakan Jatuh.


Antara kesan yang seringkali dialami oleh wanita yang menderita Rahim atau peranakan jatuh adalah seperti:

- Perut sakit yang tersangat-sangat.
- Keluar cecair daripada rahim.
- Keputihan atau lendir putih yang banyak daripada biasa.
- Merasakan sakit dibahagian ari-ari.
- Merasakan sakit pada dinding faraj.
- Merasakan sakit ketika 'bersama' suami.
- Terasa kejang dibahagian bawah perut.
- Merasakan seperti mahu bersalin atau terasa seperti sesuatu hendak keluar daripada faraj. Ini adalah peringkat paling teruk.

Tanda Awal Rahim Atau Peranakan Jatuh.

Kita dapat mengesan tanda awal rahim atau peranakan jatuh seperti:

- kebiasaannya, waktu petang lepas asar badan akan rasa seperti mahu demam, kaki tangan pula akan terasa sejuk.
- Buang air kecil dengan terlalu kerap.
- Sakit dibahagian pinggang dan sengal-sengal dibahagian bawah perut iaitu dikawasan ari-ari
- Jika berdiri, terasa seperti rahim jatuh dan rasa sengal.
- Cepat penat jika membuat kerja.
- Peha dan betis kerap terasa kebas.

Cara Untuk Memeriksa Sendiri Adakah Rahim Atau Peranakan Kita Jatuh Atau Tidak.

Cara-caranya adalah seperti :
- Baring lurus, dan jangan gunakan bantal.
- Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari terutamanya dibahagian bawah pusat.
- Gosok minyak ke seluruh tempat secara perlahan-lahan.
- Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut lalu dibawa ke kawasan tengah.
- Urut pula sebelah kanan perut lalu tarik ke kawasan tengah.
- Cuba untuk bernafas seperti biasa.
- Tekan bahagian dibawah pusat, betul-betul dikawasan atas ari-ari. Jika terasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda telah jatuh.

Cara Menaikkan Rahim Atau Peranakan Jatuh.

1.   Senaman

Terdapat beberapa senaman yang ringkas dan sesuai dilakukan oleh wanita yang mengalami rahim atau peranakan jatuh. Lakukan seperti :


Dalam 10-20saat.

2.   Urutan sendiri.

- Kita mulakan urutan sendiri pada perut untuk melembutkan urat perut.
- Seterusnya, apabila urat perut sudah lembut, perlahan-lahan angkat kaki ke dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas iaitu kearah pusat.
- Urutan dibuat secara pelan-pelan daripada bawah naik ke atas. Dan jika terasa sengal, berhenti dahulu dan ulang sehingga anda berasa lega.
- Pastikan rehat seketika sebelum bangun.

Ingat! Langkah ini hanyalah bersifat sementara sahaja.

3.   Urutan dan sengkak oleh bidan atau orang yang lebih arif.

Ini adalah cara yang paling berkesan dan selamat bagi masalah peranakan jatuh. Tapi pastikan anda mencari orang yang betul-betul mahir tentang masalah anda ini.

Set Cadangan Untuk Membantu Memelihara Kesihatan Rahim.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee, bolehlah terus berhubung dengan Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan