7 Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee Dibawah Celikvitamin Group.

12:36 1 Comments A+ a-

Sebelum memulakan ‘entry’ ini, izinkan Cikta mengucapkan syabas dan tahniah kepada Master kami Master Adilah Manaf dan Master Fahmy Shuhaimi kerana 14 oktober 2017 yang lepas mereka telah diraikan dalam majlis yang gilang gemilang iaitu Master Recognition Rally. Mereka merupakan mentor yang sangat di segani dan juga merupakan ‘founder’ Celikvitamin Group. Mereka dikagumi kerana sikap ‘humble’ yang ada pada mereka. Mereka berjaya mencapai rank tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Syabas dan tahniah sekali lagi Cikta ucapkan.


















Mungkin ramai diantara kita masih tercari-cari peluang perniagaan yang bisa dijadikan pendapatan sampingan mahupun pendapatan tetap. Bila dengar sahaja Shaklee adalah multilevel marketing mula gelabah dan cuba untuk mengelak. Fakta yang perlu anda tahu dalam Shaklee tiada istilah orang bawah kayakan orang atas. Tidak sama sekali. ‘Upline’ hanyalah sebagai mentor yang memimpin ‘downline’nya untuk sama-sama berjaya  dalam perniagaan Shaklee.

Cikta mula tertarik dengan ucapan yang dibuat oleh Master Adilah Manaf dan Master Fahmy Shuhaimi tentang penglibatan mereka kedalam dunia perniagaan Shaklee ini. Ucapan dimulakan dengan satu soalan ‘What Are You Willing To Do To Make Sure The Survival Of Your Family ?’. Rupa-rupanya diawal pembabitan mereka di dalam dunia perniagaan Shaklee ini mereka bukanlah buat secara suka-suka. Mereka menjalankan perniagaan Shaklee ini untuk meneruskan hidup mereka bersama anak-anak yang tercinta. Mereka sangat ‘committed’ dengan apa yang mereka usahakan. Dan terdetik dihati Cikta tidak hairanlah mereka mentor yang sangat bagus dalam membentuk kami sebagai anak-anak didik.

Kenapa Penting Untuk Anda Memilih Mentor Yang Betul Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Shaklee?

Di dalam perniagaan Shaklee kami  tidak akan menggunakan teknik ‘coaching’, tetapi sebaliknya kami diajar untuk menggunakan teknik ‘mentoring’. Dalam teknik ini, kami sebagai ‘leader’ perlu melakukan setiap tugasan sehingga berjaya dan menunjukkan caranya kepada anak-anak buah kami. Kami bukan sekadar ambil tahu apa yang patut dilakukan untuk berjaya tetapi kami diajar untuk berjaya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain berjaya . Seperti yang diucapkan oleh Master Adilah, "SEEING IS BELIEVING". Maka tak hairanlah Celikvitamin Group dapat melahirkan barisan ‘leader’ yang bukan sahaja berilmu tentang produk malah mempunyai ilmu untuk memimpin anak-anak buahnya untuk sama-sama berjaya didalam perniagaan dan membina empayar yang hebat untuk terus berjaya serta membantu orang lain yang ingin sama-sama berjaya.

“Saya Tidak Pandai Berniaga”

Itu adalah apa yang dahulunya menjadi zikir dibibir Cikta. Semasa Cikta mula-mula mendaftar sebagai ahli Shaklee Cikta hanyalah berniat untuk membantu diri sendiri dan keluarga sihat. Tidak pernah terlintas difikiran untuk pergi lebih jauh. Tapi Alhamdulillah asbab memilih mentor yang betul, Cikta mendapat tunjuk ajar secukupnya untuk sama-sama maju dan dapat  mengembangkan  organisasi perniagaan. Bukan setakat menjana pendapatan 4angka Cikta juga nampak akan peluang lain seperti ‘trip’ percutian percuma yang ditaja 100% oleh Shaklee serta bonus untuk kenderaan yang kami impikan. In shaa Allah dengan izinnya Cikta akan dapat merasai semua itu. Amin.

Dan yang paling penting Cikta dapat kebebasan dalam mengatur masa antara tugas sebagai surirumah dan pengedar Shaklee. Dapat menjana pendapatan dengan masa yang sangat fleksibel bersama keluarga tersayang adalah menjadi impian Cikta sejak dulu lagi dan kini Alhamdulillah Cikta sedang menjalankannya. Hanya bermodalkan tidak sampai RM70 Cikta dapat menikmati segalanya. Yang penting pilih mentor yang betul. Ingat tu!

Apa Yang Akan Anda Dapat Jika menyertai Shaklee Dibawah Celikvitamin Group?

1)   Sebagai pengedar Shaklee yang sah anda akan mendapat diskaun 15-20% dari harga runcit untuk belian anda. Anda akan mempunyai akses untuk sistem online yang telah pihak Shaklee sediakan. Ini adalah untuk memudahkan anda membuat pesanan dan mengetahui info-info penting daripada pihak pengurusan Shaklee. Anda juga akan mendapat info tentang promosi khas dan promosi bulanan khas untuk ahli-ahli Shaklee sahaja.
2)   Anda boleh mendapatkan maklumat tentang produk-produk yang akan anda makan dan jual. Ini adalah sangat penting dan diberi penekanan. Ini adalah kerana, di Celikvitamin Group kami diajar untuk makan dan memberi konsultasi dengan ilmu dan bukanlah secara membabi buta.
3)   Bagi yang betul-betul serius ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, kami mengadakan bimbingan untuk Cara Marketing Online tak kiralah melalui medium Blog, Facebook, Instagram, Mahupun secara ‘offline’. Ilmu seperti Rahsia Berjaya Dalam Bisnes Online, Product Knowledge, Teknik Close Sale, Teknik Konsultasi Pelanggan dan Aspek Teknikal Dalam Mengendalikan Blog, FB dan Instagram semua juga diajar. Tinggal hendak atau tidak sahaja.
4)   Anda juga diberi peluang untuk menyertai group bimbingan kami di aplikasi Facebook, Whatsapp atau Telegram. Di dalam group ini kami akan kongsikan cara berbisnes, tools untuk promosi bisnes dan segala ilmu yang anda perlukan untuk mulakan bisnes anda. Pendek kata semua yang diperlukan oleh Pengedar Shaklee yang berjaya. In shaa Allah.
5)   Masa untuk menguruskan rumah dan perniagaan anda adalah bebas dan ditentukan oleh anda sendiri. Ini adalah kerana, kelas-kelas bimbingan yang kami sediakan adalah melalui kaedah atas talian(online). Dan anda tidak perlu meninggalkan anak kecil mahupun rumah anda.
6)   Kami amat mengalu-ngalukan anda yang memerlukan’ personal coaching’, untuk sama-sama duduk dan berbincang dengan kami. Tidak kiralah secara atas talian atas berjumpa diluar.Ini semua mengikut keperluan dan keselesaan anda. Selain itu, anda juga berpeluang menyertai kelas-kelas anjuran Shaklee seperti Bengkel Nutrisi dan juga Health and Wellness Talk (Percuma) yang diadakan setiap bulan di beberapa lokasi berhampiran anda.


7) Dan yang paling istimewanya Celikvitamin ni kami bukan sahaja rakan seperniagaan tapi kami lebih dari itu. Ukhwah yang dibina sangat erat seperti sebuah keluarga.


Berminat untuk mendaftar dibawah organisasi Kami di Celikvitamin Group? Anda boleh terus menghubungi Cikta ditalian +60127652258. In shaa Allah, Cikta akan sama-sama membantu anda untuk terus sihat dan dapat menjana pendapatan dengan Shaklee.



1 comments:

Write comments
22 October 2017 at 02:39 delete

Sy doakan cikta lebih berjaya dari mentor2 cikta. Aamiiiin.

Reply
avatar