7 Tips Dan Cara Atasi Anak Hiperaktif.
“Hish tak tahu duduk diam walaupun seminit anak saya ni
ada saja yang akan dilakukan seolah-olah tidak penat.”
"Degil sangat anak saya ni, langsung tak nak dengar kata."
"Tak nak bercampur dengan orang, dia hidup dalam dunia dia sahaja"
"Naik angin dengan perangan anak aku ni. Tak boleh diajar!"
Itu diantara keluhan ibu
dan ayah kepada anak yang menghidapi masalah hiperaktif atau ADHD.
Anak yang aktif adalah sangat bagus untuk perkembangan
mereka. Tapi pernah tak kita tengok kanak-kanak yang terlalu aktif sampai ada
ibu dan ayah naik ‘give up’. Dek kerana nasihat berpuluh kali tak di endahkan
maka jalan penyelesaian terakhir ibu dan ayah mampu buat adalah dengan memarahi
mereka. Pernah tak kita terfikir kenapa anak kita jadi terlampau aktif?
Dapatkah perkara ini diubati?
Apa Itu Hiperaktif Atau ADHD (Attention Deficit/
Hyperactivity Disorder)?
Hiperaktif atau dikenali juga sebagai ADHD adalah keadaan
dimana ketidakmampuan seseorang menumpukan perhatian untuk tempoh masa yang
lama dan fokus pada sesuatu tugasan tertentu. Adalah dianggarkan kira-kira 7%
daripada kanak-kanak di Amerika Syarikat mempunyai beberapa bentuk ADHD. Sebahagian
besar daripadanya adalah lelaki.
Ciri-ciri Anak Hiperaktif.
Antara ciri-ciri anak yang Hiperaktif adalah:
- Tidak boleh duduk diam dan Lasak.
- Membuat sesuatu perkara mengikut perasaan secara spontan.
- Tidak suka mengikut arahan dan sering membantah
- Sukar memberikan tumpuan kepada sesuatu aktiviti bagi
tempoh yang lama.
- Mudah tertekan dan tidak puas hati dengan sekeliling.
- Tidak gemar bergaul dan suka bermain sendirian
- Mudah mengamuk terutamanya apabila kehendaknya
dihalang.
- Kerap berpeluh dan mudah sakit perut
- Bertindak secara berlebihan terhadap rangsangan
cahaya, bunyi dan warna.
- Mengalami tidur yang tidak tetap.
- Terlalu kerap menangis atau ketawa.
- Sukar untuk menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan
rakan sebaya.
Punca Kanak-kanak Menjadi Hiperaktif.
Punca sebenar terjadinya sifat hiperaktif dikalangan
kanak-kanak masih belum dapat ditentukan walaupun kajian giat dijalankan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan sebagai punca sifat hiperaktif seperti:-
1. Gangguan kepada genetic. Dimana kanak-kanak
dengan gen tertentu mempunyai tisu otak yang tipis dihubungkan dengan pusat
kawalan tumpuan.
2. Kajian juga menunjukkan pendedahan kepada
alkohol dan tembakau oleh ibu bapa ketika bayi masih di dalam kandungan juga
boleh menyumbang kepada masalah ADHD.
3. Faktor pemakanan iaitu kanak-kanak
mengambil terlalu banyak gula, coklat
dan makanan ringan yang tidak berkhasiat.
4. Faktor luaran seperti kecederaan otak.
Tips Dan Cara Atasi Anak Hiperaktif.
1. Ibu dan ayah boleh cuba untuk menyediakan suasana
yang tenang dengan pencahayaan yang redup atau mainkan muzik yang tenang untuk
menenangkan si anak.
2. Luangkan masa sekerapnya bersama anak menjalani aktiviti
fizikal seperti berlari, memanjat dan sebagainya.
3. Ringkaskan subjek pembelajaran supaya tidak terlalu
panjang dan membosankan.
4. Ibu bapa haruslah lebih kreatif untuk menarik minat
anak yang hiperaktif untuk belajar. Banyakkan penggunaan kaedah visual dan
gambar untuk menerangkan sesuatu kepada mereka.
5. Biarkan mereka dengan aktiviti yang diminati.
6. Berikan lebih tumpuan kepada mereka.Ini akan
membuatkan mereka mendengar kata kita dengan cara berlembut dan memberikan
perhatian lebih.
7. Jauhkan kanak-kanak atau suasana yang boleh menganggu
konsentrasi mereka.
Selain daripada tips dan cara diatas, ibu dan ayah juga
boleh mencuba untuk memberikan minyak ikan Omega Guard kepada anak yang
hiperaktif atau ADHD ini.
Bagaimanakah Omegaguard dapat membantu anak yang
hiperaktif ni?
Omegaguard merupakan minyak ikan yang tulen dan
berkualiti tinggi . Mengandungi lebih
90% EPA & DHA yang dapat membantu anak yang hiperaktif menstabilkan
emosi mereka serta fokus dalam aktiviti yang dilakukan.
Kajian yang dijalankan menunjukkan kanak-kanak mengidap
ADHD atau hiperaktif ini adalah mereka yang mempunyai tahap omega 3 iaitu asid lemak
yang sangat rendah. Sebuah badan Inflammation Research Foundation telah
mejalankan satu kajian dengan memberikan minyak ikan bagi mengurangkan gejala
ADHD. Kajian ini telah melibatkan 3 orang kanak-kanak lelaki dan 6 orang
kanak-kanak perempuan yang mana kesemua mereka telah disahkan mengidap ADHD. Dan
keputusan menunjukkan kandungan EPA dan DHA dalam kanak-kanak tersebut
meningkat selepas 8 minggu menggunakan kaedah minyak ikan sebagai rawatan. Didalam
masa yang sama, ia menunjukkan pengurangan gejala ADHD dikalangan kanak-kanak
tersebut.
Jadi, kepada ibu dan ayah yang mempunyai anak
hiperaktif, boleh mencuba amalkan tips serta berikan mereka minyak ikan Omegaguard
secara konsisten dalam membantu anak-anak lebih focus dan bagi
mengurangkanmasalah hiperaktif dan ADHD tersebut.
Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp : +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan