Atasi Sakit Sendi Dengan Pemakanan.

20:52 0 Comments A+ a-

Masalah sendi adalah masalah yang sering dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia. Tanpa kita sedari, kita sendiri berisiko untuk mempunyai masalah tersebut terutama golongan wanita, warga emas, golongan obesiti dan anda yang bekerja keras.



Apa itu sakit sendi??

Sakit sendi terbahagi kepada dua iaitu:


1)      Osteoarthritis

Osteoartritis adalah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka. Sebagai contohnya mereka yang bekerja keras dan mereka yang mengalami masalah kegemukan. Sendi-sendi yang sering terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.


2)      Arthritis Reumatoid

Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi lain yang turut terlibat contohnya pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan risiko kecacatan.

Pengalaman bertemu sendiri penderita akibat sakit sendi arthritis membuatkan Cikta ingin menjaga pemakanan dari sekrang. “Sakit memang sampai kadang-kadang sampai menangis  sebab tak tahan dengan sakit pada sendi, nak berjalan pun sakit. Setiap 2 minggu ambil injection untuk mengurangkan radang tapi masih tak baik-baik juga.” Katanya.

‘Anda adalah apa yang anda makan’

‘Anda adalah apa yang anda makan’ Pernah dengar pepatah ini? Pepatah ini tidak boleh dinafi kebenarannya. Khususnya apabila jika anda mementingkan penjagaan pemakanan bagi mengurangkan radang dan bengkak pada sendi seperti lutut.

Sesetengah makanan perlu dielakkan pengambilannya bagi tidak memburukkan lagi keadaan, namun untuk pengetahuan anda semua, ada beberapa makanan yang boleh diambil bagi membantu kita melegakan bengkak sendi dan kaki, sakit pada jari-jemari, sakit pinggang dan sebagainya.

Makanan Yang Dapat Mengembalikan Zaman Kegemilangan Sendi Anda. In shaa Allah!

Pasti anda masih ingat zaman kegemilangan ketika sendi anda masih lagi kuat dan sihat. Anda boleh amalkan beberapa tips pemakanan di bawah untuk ikhtiar menjaga semula kesihatan sendi Anda.

1. Minyak Zaitun (Olive Oil) Adalah Makanan Terbaik.

Cuba anda lihat semula di dapur rumah anda. Apakah jenis minyak masak yang anda gunakan? Sekiranya anda masih belum menggunakan minyak zaitun (olive oil), ini adalah masa yang tepat untuk bertukar kepadanya.

Minyak zaitun kaya dengan asid oleik, omega-9 dan asid lemak yang dapat membantu mengurangkan radang. Gantikan minyak masak sekarang kepada minyak zaitun yang lebih sihat dan berkhasiat. Jika anda gemar makan salad anda juga boleh mencampurkan sedikit minyak zaitu kedalamnya. Ianya juga bagus untuk kesihatan jantung dan otak.

2. Pilih Untuk Makan Makanan Dari Sumber Yang Tinggi Protein.

Daging merah memberi sumber protein yang tinggi. Walaupun sebenarnya ia membantu mengurangkan sakit sendi lutut. Namun begitu, daging merah selalu dikaitkan dengan kadar kolestrol yang tinggi. Lebih tinggi dari garam.

Maka disarankan supaya anda menggantikannya dengan sumber protein lain daripada ikan seperti salmon, tuna, kembung dan sebagainya. Jika anda ingin juga makan daging merah, sila makan dengan kuantiti yang berpatutan dan tidak berlebih-lebihan supaya tak timbul masalah lain.

3. Makan Makanan Tinggi Serat Seperti Kekacang Dan Buah-Buahan.

Di antara waktu makan berat seperti antara sarapan pagi dengan makan tengahari, anda boleh makan kekacang dan buah-buahan. Kekacang seperti walnut, badam, kuaci adalah pilihan yang terbaik. Dan buah-buahan seperti epal, nanas, strawberi, anggur dan sebagainya juga bagus untuk sendi.

4. Perbanyakkan Bawang Putih.

Walaupun ianya akan membuatkan nafas anda sedikit berbau. Namun, bawang putih amat bagus untuk meredakan bengkak sendi. Kombinasi bawang putih dengan herba adalah sangat bagus dan enak untuk dimakan disamping berfungsi membantu kita yang ingin menjaga kesihatan lutut.

Tapi ingat, jangan lupa untuk memberus gigi selepas makan bawang putih supaya orang tidak ada orang mengelak dari bercakap dengan anda sepanjang hari!

5. Makan Herba Dan Ulam-Ulaman.

Herba atau ulam-ulaman sangat bagus. Ini kerana, kita selalu akan memakannya dalam keadaan segar. Bila diambil ketika segar bermaksud ia mempunyai jumlah nutrien yang tak terjejas oleh sebarang aktiviti basuhan,masakan atau pemanasan.

Herba dan ulam-ulaman seperti daun basil, cili padi, parsley, pegaga, ulam raja dan lain-lain jika dipotong-potong dan dimakan sekali dengan bawang putih yang diracik, kemudian digaul sekali dengan minyak zaitun akan menghasilkan satu ramuan yang terbaik untuk kesihatan sendi. Yang prnting ianya sungguh menyelerakan dan berada dalam kelasnya tersendiri.

6. Coklat.

Walaupun coklat sering dikaitkan dengan punca bagi masalah kegemukan namun ia bagus untuk menjaga kesihatan sendi.  Coklat atau sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan koko adalah pencuci mulut terbaik bagi melengkapkan makanan yang membantu mengurangkan kesakitan sendi.Cuba pilih coklat yang rendah lemak dan mengandungi buahan-buahan serta kekacang untuk mengelakkan rasa bersalah memakannya.

7. Teh Hijau terbaik.

Teh hijau berfungsi seperti sayur-sayuran kerana ia bertindak sebagai bahan anti-radang (anti-flammatory) di dalam tubuh kita. Selain itu ianya juga dapat menurunkan risiko terhadap penyakit jantung dan kanser. Ianya boleh diminum sama ada panas atau sejuk. Cuma tambahkan sedikit perahan jus lemon untuk menyedapkan rasanya dan mengaktifkan kandungan antioksidan. Jika kita ingin kebaikan teh hijau ini berfungsi dengan baik, elakkan daripada menambahkan gula atau apa-apa jenis perasa tambahan bagi mengekalkan kebaikannya.

8. Sentiasa memilih Makanan Yang Segar Dan Seimbang Untuk Kesihatan Seisi Keluarga.

Paling penting adalah kita semua perlu makan makanan yang sihat. Tetapi masih tidak ramai yang mahu mengakui hakikat ini. Ia hanya dirasakan perlu apabila tubuh sudah diserang penyakit. Ini adalah salah sama sekali. Kihta haruslah menjaga pemakanan kita supaya kita sihat dan lebih sihat.

Makanan yang kaya dengan asid omega dan antioksidan boleh mengurangkan keradangan supaya kita boleh hidup bebas tanpa sebarang sakit.

Cuba sediakan sedikit list makanan segar yang perlu dibeli bersama keperluan rumah yang lain setiap kali berbelanja. Jadikan ianya sebagai rutin. In shaa Allah tidak akan ada masalah untuk menjadikannya satu amalan yang sihat untuk seisi keluarga anda.

Cadangan Set Untuk Kesihatan Sendi Dan Tulang Shaklee.

Shaklee juga ada menyediakan pemakanan tambahan untuk kesihatan sendi dan tulang anda. Dan ianya mungkin dapat membantu anda mengurangkan rasa sakit akibat keradangan tersebut.

Omegaguard

·         Omega3 yang  melambatkan degradasi (Penyusutan) tulang rawan
·         Mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi.
·         membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi.
·         Omega juga bertindak sebagai pelincir.
·         membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.


Ostematrix

Kalsium adalah sangat penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.
Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.
Pencegahan awal boleh menjadikan kita lebih sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap atau tidak,yang paling penting adalah untuk kita mendapatkan nutrien yang cukup seiring dengan peningkatan usia.

Apa kata Mereka Yang Telah Mengamalkannya.





Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee berserta konsultansi eksklusif secara percuma, hubungi Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan