Rahim Atau Peranakan Jatuh Dan Cara Merawatnya.

10:51 1 Comments A+ a-

Apa Itu Rahim Atau Peranakan Jatuh?

Rahim atau peranakan jatuh adalah mimpi ngeri bagi golongan wanita. Juga dikenali sebagai prolapse, ianya boleh berlaku dalam beberapa peringkat.


Peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa atau asal. Pada peringkat ini memang ramai yang tidak sedar.

Peringkat seterusnya, dimana apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj Pada tahap ini mungkin akan ada rasa sedikit kesan sampingan dan tanda-tanda mulai kelihatan.

Peringkat terakhir, keadaan menjadi sangat teruk iaitu keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Inilah yang dipanggil tombong.

Ngeri bukan? Mungkin ramai yang masih tak sedar tentang risiko dan bahayanya Rahim atau peranakan jatuh ini. Ramai yang ambil lewa. Pandang remeh akan kesihatan Rahim anda? Sedangkan kesihatan rahim adalah sangat dan amat penting untuk semua yang bergelar wanita.

Semoden mana pun kehidupan kita sekarang jangan diabaikan pesan orang-orang tua. Kita kerap mendengar leteran emak tentang bahaya wanita mengangkat benda-benda berat. Leteran itu kita pandang sepi. Kononnya wanita kini juga bisa segagah lelaki. Walau macamana hebat pun kita, khudrat wanita tidak sekuat mana.

Punca-punca Terjadinya Rahim Atau Peranakan Jatuh.

Antara punca-punca atau faktor-faktor yang menyebabkan Rahim atau peranakan jatuh adalah seperti:

- Jatuh terhentak dengan kuat
- Angkat benda yang berat
- Tidak menjaga pantang dengan baik selepas bersalin
- Mungkin pernah tolak benda dengan menggunakan kaki terutama sekali ibu jari
- Masalah obesiti
- Terlalu lasak

Akibat Atau Kesan Peranakan Jatuh.


Antara kesan yang seringkali dialami oleh wanita yang menderita Rahim atau peranakan jatuh adalah seperti:

- Perut sakit yang tersangat-sangat.
- Keluar cecair daripada rahim.
- Keputihan atau lendir putih yang banyak daripada biasa.
- Merasakan sakit dibahagian ari-ari.
- Merasakan sakit pada dinding faraj.
- Merasakan sakit ketika 'bersama' suami.
- Terasa kejang dibahagian bawah perut.
- Merasakan seperti mahu bersalin atau terasa seperti sesuatu hendak keluar daripada faraj. Ini adalah peringkat paling teruk.

Tanda Awal Rahim Atau Peranakan Jatuh.

Kita dapat mengesan tanda awal rahim atau peranakan jatuh seperti:

- kebiasaannya, waktu petang lepas asar badan akan rasa seperti mahu demam, kaki tangan pula akan terasa sejuk.
- Buang air kecil dengan terlalu kerap.
- Sakit dibahagian pinggang dan sengal-sengal dibahagian bawah perut iaitu dikawasan ari-ari
- Jika berdiri, terasa seperti rahim jatuh dan rasa sengal.
- Cepat penat jika membuat kerja.
- Peha dan betis kerap terasa kebas.

Cara Untuk Memeriksa Sendiri Adakah Rahim Atau Peranakan Kita Jatuh Atau Tidak.

Cara-caranya adalah seperti :
- Baring lurus, dan jangan gunakan bantal.
- Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari terutamanya dibahagian bawah pusat.
- Gosok minyak ke seluruh tempat secara perlahan-lahan.
- Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut lalu dibawa ke kawasan tengah.
- Urut pula sebelah kanan perut lalu tarik ke kawasan tengah.
- Cuba untuk bernafas seperti biasa.
- Tekan bahagian dibawah pusat, betul-betul dikawasan atas ari-ari. Jika terasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda telah jatuh.

Cara Menaikkan Rahim Atau Peranakan Jatuh.

1.   Senaman

Terdapat beberapa senaman yang ringkas dan sesuai dilakukan oleh wanita yang mengalami rahim atau peranakan jatuh. Lakukan seperti :


Dalam 10-20saat.

2.   Urutan sendiri.

- Kita mulakan urutan sendiri pada perut untuk melembutkan urat perut.
- Seterusnya, apabila urat perut sudah lembut, perlahan-lahan angkat kaki ke dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas iaitu kearah pusat.
- Urutan dibuat secara pelan-pelan daripada bawah naik ke atas. Dan jika terasa sengal, berhenti dahulu dan ulang sehingga anda berasa lega.
- Pastikan rehat seketika sebelum bangun.

Ingat! Langkah ini hanyalah bersifat sementara sahaja.

3.   Urutan dan sengkak oleh bidan atau orang yang lebih arif.

Ini adalah cara yang paling berkesan dan selamat bagi masalah peranakan jatuh. Tapi pastikan anda mencari orang yang betul-betul mahir tentang masalah anda ini.

Set Cadangan Untuk Membantu Memelihara Kesihatan Rahim.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee, bolehlah terus berhubung dengan Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan



1 comments:

Write comments
29 October 2017 at 23:48 delete

Menakutkan..terima kasih atas tips yg Puan berikan..kadang-kadang tak sedar pada peringkat awal..mmg lepas bersalin kna jaga elok2..

Rahsia Rawatan Penyakit Resdung Kronik

Reply
avatar