Tanda Awal Sakit Jantung Dan Tips Pencegahannya

09:17 1 Comments A+ a-

Semua orang tidak kira tua, muda, miskin atau kaya berisiko menghidapi penyakit jantung. Kalau dulu mungkin Cikta selalu fikir yang penyakit jantung ini merupakan penyakit orang-orang kaya. Ternyata Cikta silap. Ini kerana, arwah ibu mertua Cikta juga meninggal dunia akibat penyakit ini. 

Tahukah anda, Hani Mohsin Hanafi, pelakon lelaki popular Malaysia di Malaysia rebah di LCCT pada tanggal 25 Julai 2006 semasa beliau sedang menunggu penerbangan ke Langkawi bersama anak kesayangannya Hani Karmila. Beliau ketika itu hanyalah 41tahun dan diserang sakit jantung.

Jika anda rasa anda sihat. Cuba baca yang ini pula.

Pemain bola keranjang Malaysia iaitu Jacky Ng Kiat Kee juga telah meninggal secara mengejut ketika sedang bermain bola keranjang mewakili Malaysia di China akibat serangan strok. Penyebabnya adalah paras kolestrol yang tinggi. Beliau seorang yang fit dan ketika itu hanya berusia 25 tahun.

Adakah anda lebih muda dan fit daripada seorang atlet sukan negara?

Jantung adalah merupakan organ yang sangat istimewa. Organ yang sangat penting kerana berfungsi mengepam darah beroksigen dan nutrien ke seluruh badan. Sama seperti sungai yang mengalir,memberi kehidupan kepada manusia dan kehidupan didalamnya. Jantung yang sihat membolehkan kita meneruskan hidup dengan aktif, ceria dan gembira.


Namun tahukah anda,kini penyakit jantung merupakan ‘silent killer’ dan ianya semakin menular dalam masyarakat. Tidak kira dikalangan lelaki dan wanita. Wanita memiliki tahap estrogen yang tinggi (sebelum menopaus), ini menjadikan kaum lelaki berisiko mendapat penyakit jantung 10 tahun lebih awal daripada kaum wanita.

Apakah Gejala Penyakit Jantung?

Penyakit jantung korinari dikenali sebagai Penyakit Jantung Iskemia (Ischaemic Heart Disease). Kekurangan bekalan darah kepada otot jantung menyebabkan penyakit ini berlaku. Hal ini kebiasaannya terjadi disebabkan oleh saluran darah pada jantung tersumbat. Kekurangan darah yang berterusan akan menyebabkan kegagalan atau kematian otot pada jantung untuk terus berdegup serta boleh menyebabkan mati mengejut. Sebelum ia menjadi parah, lebih baik kita kenali tanda-tanda awal penyakit jantung ini maka bolehlah kita melakukan persediaan dan pencegahan diperingkat awal.

Tanda-Tanda Awal Penyakit Jantung.
  • Dada terasa sakit ini disebabkan oleh otot-otot jantung tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.
  • Sukar untuk bernafas. Ia juga dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea di mana jantung kurang kemampuan untuk mengepam darah ke seluruh badan dan kembali semula ke jantung serta paru-paru. Kesukaran bernafas juga kebiasaannya berlaku di waktu malam, ketika tidur dan ketika sedang baring. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh amalkan menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskan secara perlahan-lahan.
  • Kurang selera makan. Pengumpulan cairan dalam hati atau sistem pencernaan mengakibatkan kurangnya selera untuk makan.
  • Kerap Buang Air Kecil. Ini terjadi apabila cairan melalui aliran darah terkumpul pada ginjal di siang hari.
  • Mudah letih ,lelah, pening kepala dan muntah. Hal ini kebiasaannya berlaku tanpa sebab. Ini kerana tubuh tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.

Punca Risiko Penyakit Jantung.
  • Obesiti
  • Tahap Kolestrol yang tinggi
  • Darah Tinggi
  • Sejarah keluarga
  • Merokok
  • Kencing manis
  • Kurang aktif
  • Mikroalbuminuria atau anggaran GFR kurang 60 mL/min

Tips Mencegah Penyakit Jantung.



Berikut adalah beberapa kaedah untuk mengurangkan risiko penyakit jantung:

  • Membuat pemeriksaan tahap kolestrol
  • Menjaga pola pemakanan yang seimbang dan tinggi serat (buah dan sayuran).
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Mengawal tekanan darah
  • Berhenti merokok
  • Membuat pemeriksaan kencing manis dan jika andamemang menghidapi kencing manis,pastikan ia di bawah kawalan.
  • Pemeriksaan kesihatan yang berkala.

Senaman juga merupakan kaedah paling mudah untuk memiliki jantung yang sihat. Hanya dengan berjalan selama 30 minit, mampu mencegah penyakit jantung di peringkat awal. Senaman juga bagus untuk :

  • Meningkatkan keupayaan otot jantung dan mengurangkan bebanan pada jantung anda.
  • Meningkatkan kandungan oksigen yang dibekalkan kepada otot jantung.
  • Meningkatkan tahap kolestrol baik sebagai pelindung kepada penyakit jantung yang dikenali sebagai ‘kolestrol berketumpatan tinggi’ (HDL).
  • Membantu mengawal berat badan dan membakar kalori yang berlebihan.
  • Mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang menghidapi tekanan darah tinggi.
  • Membantu mengurangkan stress dan tekanan perasaan.
  • Membolehkan anda tidur nyenyak.
Vivix Shaklee terbaik untuk membantu menjaga kesihatan jantung anda.


Testimoni Vivix untung kesihatan jantung.




 Untuk mendapatkan Vivix Shaklee berserta konsultansi eksklusif secara percuma, hubungi Cikta.


Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258

Email : masitahassan86@gmail.com

Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

1 comments:

Write comments
Aunty Eve
AUTHOR
16 July 2018 at 02:59 delete

vivix ni mmg bagus, bukan setakat tok jantung ja

Reply
avatar