Tanda Bayi Tidak Cukup Susu Ibu?

09:24 0 Comments A+ a-

Mesti Anda pernah mendengar tentang bayi yang kononnya dikatakan kurang atau tidak cukup susu apabila disusukan oleh Ibu. Paling sadis ada yang beranggapan susu Ibu perlu di’Topup’ dengan susu formula untuk mengenyangkan bayi. Jadi persoalannya disini tanda bayi tidak cukup susu ibu itu benar atau sangkaan ibu semata-mata?


Kebanyakan ibu hanya ingin memastikan bayi tidur nyenyak sahaja selepas menyusu supaya mereka boleh membuat kerja rumah yang lain. Dan inilah antara sebab yang popular menjadikan golongan ibu-ibu memulakan penyusuan susu formula terlalu awal kepada bayinya. Ingat ya, bayi anda bukannya robot yang boleh dikawal supaya diam sentiasa.

“Ya, Bayi Saya Tidak Cukup Dengan Susu Ibu Sahaja.”

Ibu selalu beranggapan apa sahaja yang dilakukan oleh bayi merupakan tanda-tanda bayi tidak cukup susu. Jika bayi :

  1. -       Sering menangis.
  2. -      Tidur dalam waktu yang terlalu pendek
  3. -       Tidak puas atau enggan menyusu
  4. -      Menghisap jari
  5. -      Saiz bayi terlalu besar atau kecil.
  6. -      Menyusu terlalu lama pada payudara.
  7. -      Menyusu terlalu kerap
  8. -      Susu ibu kelihatan seperti cair
  9. -      Sedikit sahaja susu ibu yang keluar apabila dipam
  10. -      Payudara ibu lembut atau tidak penuh.
  11. -      Susu tidak meleleh keluar atau ibu tidak mengalami reflex oksitosin
  12. -      Bayi masih mahu menerima susu formula walaupun telah menyusu dengan susu ibu.


Untuk pengetahuan semua, tanda-tanda di atas adalah tanda yang ibu boleh lihat pada bayi.Yang mana, mungkin adalah tanda bayi tidak cukup susu ibu tetapi ianya bukanlah tanda sebenar.

Tanda Sebenar Bayi Tidak Cukup Susu Ibu.

1.Pembuangan air kecil dan air besar.

Harus diketahui secara purata, bayi akan membuang air kecil dalam 6 kali atau lebih dalam sehari. Air kencing bayi kelihatan berwarna cerah dan cair. Sekiranya bayi anda diberikan air masak, pembuangan air kecil juga adalah dalam keadaan baik, tetapi anda dapat lihat dari segi pertambahan berat badannya mungkin akan terganggu.

Bayi akan membuang air besar dalam 3 sehingga 8 kali dalam sehari dan semakin berkurangan apabila bayi mencapai usia sebulan ke atas. Namun begitu, ada juga bayi yang menyusu ibu sepenuhnya tidak membuang air besar dalam 2 ke 3 hari. Jika bayi kelihatan baik dan tidak meragam, ianya normal.

2.Peningkatan berat badan.

Dalam seminggu pertama kelahiran, berat badan bayi yang normal mungkin akan menurun kerana proses kehilangan air dalam badan. Kemudian, berat badan bayi akan meningkat semula secara konsisten dalam purata 150gram seminggu. Bayi juga akan kelihatan cergas dengan kulit yang sihat serta otot yang baik. Jika bayi anda kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berat badannya tiada penigkatan sila terus bertanyakan kepada Doktor yang berdekatan.

Antara Sebab-sebab Susu Kurang Dihasilkan

Kebanyakan ibu tidak mengetahui atau tidak memahami konsep ‘supply’ dan ‘demand’. Konsep ‘supply’ dan ‘demand’ adalah sangat penting bagi memastikan bayi mendapat susu ibu secukupnya. Secara ringkasnya yang boleh Cikta terangkan disini jika bayi banyak menghisap susu terus daripada payudara atau ibu rajin mengepam untuk mengeluarkan susu daripada payudara maka ini akan memberi isyarat kepada otak bahawa lebih banyak susu yang perlu dihasilkan untuk mencukupi keperluan bayi.

Kebanyakkan sebab susu semakin kurang dihasilkan adalah kerana susu pada payudara tidak dikeluarkan selalu dan ini akan menghantar isyarat pada otak yang susu telah cukup dan tidak perlu ditambahkan lagi pengeluarannya.
Sistem badan manusia Allah ciptakan adalah kompleks dan saling berkaitan antara satu sama lain. Untuk menghasilkan susu secara terus, memerlukan kawalan daripada otak kepada kelenjar-kelenjar yang menghasilkan susu dan tidak hanya melibatkan payudara semata-mata.

Sebab-Sebab Utama Susu Kurang Dihasilkan.

1.Penyusuan ibu yang terhad dan tidak kerap.

- Ramai ibu yang memberikan bayinya susu formula semasa jaundis kerana risau bayinya tidak mendapat susu yang cukup dan menyebab paras bilirubinnya tidak turun, jadi inilah yang telah mengehadkan pemberian susu ibu kepada bayi.
- Ibu tidak atau belum memahami tanda-tanda bayi bersedia untuk menyusu.
- Semasa jaundis bayi akan lebih banyak tidur dan tidak meminta untuk disusukan. Jadi, ibu tidak menyusukan bayi.
- Ibu sibuk dengan tugasan lain dan seterusnya melambatkan penyusuan.
- Bayi tidur berjauhan daripada ibu. Maka, ibu tidak boleh melihat atau - mendengar isyarat bayi ketika memerlukan susu.
- Bayi diberikan puting tiruan.
- Ada ibu yang percaya bahawa bayi tidak memerlukan penyusuan ibu pada waktu malam.
- Masalah seperti puting atau payudara ibu melecet, pendek atau pun tenggelam menyebabkan para ibu muda atau yang tidak mempunyai pengetahuan tentang penyusuan berfikir dia tidak mampu menyusukan bayinya.
- Kurang pengetahuan cara bagi mengepam susu dan memberi susu perahan kepada bayi.


2. Penyusuan ibu terikat dengan jadual.

Ada sesetengah ibu yang memastikan bayinya menyusu mengikut jadual yang telah ditetapkan, contohnya setiap 2 atau 3 jam. Walaupun ada logiknya untuk mengelakkan terlalu banyak susu diberikan kepada bayi, namun amalan ini tidak membenarkan bayi menyusu dengan kerap. Bayi akan dibiarkan menangis mencari susu, sehingga bayi penat dan tertidur.

Apabila tiba waktu yang dijadualkan, jika bayi sudah tidur, ibu akan membiarkannya. Susu ibu masih banyak dalam payudara dan tidak dikeluarkan sepenuhnya. Maka, penghasilan susu akan turut berkurangan.

3. Posisi menyusu yang tidak sesuai.

Pelekapan yang tidak betul menyebabkan ibu dan bayi kurang selesa serta penghisapan menjadi kurang baik. Ibu juga berisiko melecet pada puting dan paling teruk boleh sehingga luka. Ini akan menimbulkan trauma kepada ibu untuk menyusukan.

4. Tempoh menyusu yang singkat.

Bayi yang pandai melekap selalunya akan mengakhiri penyusuannya sendiri selepas berasa kenyang. Kadangkala semasa menyusu bayi akan berhenti sebentar untuk berehat dan mengambil nafas. Jika ibu menghentikan penyusuan mengikut had masa yang ditetapkan atau ibu fikir bahawa penyusuan telah selesai apabila bayi rehat sebentar, ini menyebabkan bayi mendapat kurang susu.
5. Ibu lambat memulakan penyusuan.
Penyusuan ibu sepatutnya dimulakan sebaik sahaja selepas kelahiran. Mungkin kerana masalah tertentu termasuklah masalah kesihatan ibu dan bayi yang telah melambatkan proses penyusuan.

Untuk memastikan penyusuan ibu berjaya dan bayi mendapat susu ibu secukupnya. Adalah sangat penting kepada ibu untuk menjaga kesihatan diri sejak dari tempoh mengandung lagi. Ibu perlulah mencari ilmu tentang penyusuan seperti konsep ‘supply’ dan ‘demand’ yang Cikta sebut sebentar tadi. Ini bagi memastikan bayi mendapat segala zat dan nutrient secukupnya dari susu ibu. Mungkin ada sebab-sebab lain yang jarang berlaku yang menyebabkan bayi tidak mendapat susu ibu secukupnya seperti:

  1. -      Cebisan uri yang tertinggal dalam rahim yang boleh mengganggu pengeluaran hormon yang diperlukan untuk penghasilan susu ibu.
  2. -      Ibu kurang yakin, letih, bimbang atau dalam keadaan tertekan mempunyai kesukaran untuk menghasilkan susu ibu.
  3. -      Pembesaran payudara ibu yang tidak cukup semasa mengandung, di mana tiada atau sedikit sahaja sel payudara yang terbentuk untuk menghasilkan susu.

Pentingkah Ibu Untuk Menjaga Pemakanan?



Susu ibu dihasilkan daripada apa yang ibu makan dan juga dalam bentuk nutrien yang disimpan dalam badan ibu. Hanya ibu yang mengalami masalah kekurangan zat makanan teruk untuk tempoh berpanjangan hingga kehabisan simpanan nutriennya akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu. Bukan itu sahaja, ibu juga mungkin mengalami seperti patah gigi, kesakitan pada pinggang, luka bersalin lambat sembuh dan banyak lagi. Ini perlu untuk dititik beratkan. Ibu perlulah memastikan pemakanan dijaga dalam tempoh kehamilan lagi.

Set Cadangan Untuk Kehamilan, Berpantang dan Menyusukan.



Untuk sebarang pertanyaan dengan lebih lanjut lagi tentang Set yang dicadangkan anda boleh terus menghubungi Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan