Tips Kenali Tangisan Bayi

09:50 1 Comments A+ a-

Menangis adalah satu-satunya cara komunikasi bayi. Bagi yang baru bergelar ibu dan ayah semestinya akan merasa janggal dan tidak faham apa yang diingini oleh bayi. Suara tangisan bayi terdengar sama saja sehingga kita kena meneka apa yang sebenarnya yang bayi ingikan ketika itu.  Adakah ianya sedang lapar atau baru saja membuang air atau juga hanya ingin dipeluk ya? Kadangkala perkara tersebut menjadikan ibu dan ayah tertekan apabila tidak boleh meneka apa yang bayi inginkan. Sedih rasanya apabila melihat anak terus-menerus menangis tanpa mengetahui apa puncanya. 



Menurut Perunding, Uswatun Hasanah Mohd. Habib, terdapat beberapa jenis bunyi tangisan bayi. Secara ‘basic’ ia adalah bunyi ditambah dengan tindakan refleks badan yang membentuk sesuatu bunyi yang unik dan bersifat universal. Bayi tidak boleh memberitahu orang sekelilingnya dengan bercakap. Oleh itu, satu-satunya cara bayi berkomunikasi adalah dengan bergantung kepada tindakan refleks badannya untuk menghasilkan sesuatu bunyi. Bila bunyi-bunyian ini gagal difahami atau tidak diberikan perhatian, maka barulah bayi akan mula menangis.

Terdapat 5bunyi tangisan rutin yang dapat dikenalpasti menggunakan kaedah Dunstan Baby Language iaitu seperti:
- "Neh"- Ini tanda bayi kelaparan. Bunyi ini dihasilkan akibat ‘sucking reflex’
- "Heh"- Ini tanda bayi sedang tidak selesa. Mungkin kerana cuaca terlalu panas atau sejuk, ‘pampers’ penuh dan sebagainya. Secara amnya, ia akibat tindak balas kerengsaan terhadap kulit.
- "Owh"-Ini tanda bayi mengantuk dan ingin ditidurkan. Terhasil akibat refleks menguap (yawning reflex).
- "Eh"-Ini tanda bayi perlu disendawakan. Ia terhasil akibat kontraksi otot abdomen dalam cubaan menolak keluar angin.
- "Eairh"- Ini bunyi yang mewakili kembung perut. Ia terjadi bila angin terperangkap dalam perut bayi.


Dengan mengetahui apa yang ‘dituturkan’ oleh bayi membolehkan anda memberi ‘respons’ yang cepat dan tepat, ini dapat mengelakkan bayi menangis dengan kuat  dalam tempoh yang lama. Apabila ibu ayah dapat memahami jenis-jenis tangisan yang diluahkan oleh bayi anda, sudah tentu ibu akan kurang tertekan lagi-lagi semasa berpantang, seisi rumah lebih tenang dan dapat tidur dengan lebih lena.

Apabila bayi menyebut “Neh” Kita akan dapat memastikan tumbesaran bayi yang sihat. Ibu akan tahu bilakah waktu yang sesuai memberikan susu kepada bayi dan tidak mengagak dengan sendiri. Lebih penting, pembaziran susu terutama stok susu ibu dapat dielakkan bila pengasuh bayi anda juga memahaminya.

Menguasai ilmu pertuturan bayi ini tidaklah semudah ABC. Anda boleh mendengar sampel-sampel bunyi dalam DVD dan membandingkan dengan bunyi yang dihasilkan bayi anda, ini dapat membantu anda untuk memahami apakah yang diingini oleh bayi dengan lebih tepat lagi.

'Good Luck'.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan

1 comments:

Write comments
Cahaya Farah
AUTHOR
19 November 2017 at 22:59 delete

Bagus info 5 tanda tangisan bayi ini.

Baru saya tahu, balik ni nak belek-belek baby la :)
Macam mana nak sebut nie yer "Eairh" ?

Reply
avatar