3 Tips Memilih Diapers Atau Lampin Pakai Buang Bayi Elak Ruam
Dikalangan rakan-rakan Cikta ada juga yang baru
bergelar ibu dan ayah. Maka pasti ramai yang masih tercari-cari ilmu tentang
dunia bayi anda. Dari hujung rambut bayi sampai la ke hujung kaki pasti
terjaga. Anak kita kan? Pastilah kita mahu yang terbaik. Ye tak?
Zaman dah serba canggih dan membangun. Semuanya ingin
dilakukan dengan pantas. Tidak ada masa untuk perkara yang remeh –temeh katanya.
Maka ramai ibu dan ayah membuat keputusan untuk menggunakan lampin pakai buang
atau diapers untuk simanja. Jadi tidak perlulah ibu dan ayah menyengkang mata
bangun di tengah malam dek kerana bayi kencing malam dan tidak perlulah lagi
berhempas-pulas menyental najis bayi di kain lampin biasa. Ini lebih
menyenangkan bukan?
Namun adalah penting untuk anda ingat, bahawa
penggunaan diapers atau lampin pakai buang dalam jangkamasa yang lama,lagi-lagi
dalam keadaan basah dan lembab akan menimbulkan masalah terhadap si kecil
seperti masalah ruam dan masalah alahan terhadap kulit.
3Tips Memilih Diaper.
1. Daya serapan diapers tersebut.
Diapers kebiasaannya memiliki daya serapan yang tinggi
supaya keadaan permukaannya tetap dalam keadaan kering. Ini mengelakkan daripada
masalah alahan ruam yang boleh mengganggu keselesaan simanja.
Semasa anda memilih diaper atau lampin pakai buang, maka
pilihlah yang memiliki anti-bakteria yang memiliki permukaan lembut serta anti
bocor.
2. Ukuran diapers tersebut.
Jika diapers dalam keadaan terlalu longgar atau terlalu
ketat boleh membuatkan bayi rasa tak selesa, begitu juga jika diapers digunakan
dalam jangkamasa yang lama. Jadi sekiranya anda memilih diapers yang terlalu
kecil, keadaan kulit akan lembab serta boleh melecet pada bahagian sekitar
peha, atau jika anda memilih diapers yang terlalu longgar, akan jadi senang
berlaku kebocoran.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memilih yang sesuai
dengan usia atau mengikut berat badan simanja supaya tidak timbul masalah. Kebiasaannya
dibelakang atau ditepi ‘pakaging’ diapers tersebut akan disertakan maklumat
yang tepat tentang size dan umur serta berat yang sesuai.
3. Jenis pelekat atau seluar.
Terkadang pening untuk memilih diapers jenis pelekat
atau jenis seluar. Sebaiknya anda menggunakan jenis pelekat bagi bayi yang baru
lahir, ini kerana jenis ini lebih nipis jika dibandingkan dengan jenis seluar
dan ketika bayi umur sebegini bayi tidak pandai untuk berdiri jadi lebih mudah
menggunakan diapers jenis pelekat.
Anda boleh menggunakan jenis seluar jika tubuh bayi
memiliki berat badan yang besar, dan untuk bayi yang sudah pandai merangkak
atau berjalan jenis seluar mudah untuk di gunakan juga akan membuat simanja
selesa.
3tips ini mudah-mudahan dapat membantu ibu dan ayah
untuk membuat pilihan diapers atau lampin pakai buang jenama atau jenis apa
yang patut digunakan oleh simanja anda.
Mengikut pengalaman Emir Cikta masih pakaikan jenis
pelekat kerana Emir baru pandai meniarap. Sebelum ini Cikta hanya menggunakan
Drypers Wee Wee Dry selepas dibandingkan harganya dengan jenama Drypers
Classic, Cikta bertukar kepada Drypers Classsic. Selepas beberapa bulan
menggunakan jenama itu sekali lagi Cikta tukar. Kali ini jenama Tesco Love
Baby. Ini kerana, ianya lebih tebal dan harganya juga lebih murah berbanding
yang lain. Permukaannya juga lembut dan tebal. Ada yang kata kualiti Tesco Love
Baby ini setanding Mamypoko. Wallahualam kerana Cikta tidak pernah menggunakan
jenama itu atas factor harga. Lain orang lain pandangannya kan? Selagi anak
selesa dan punggungnya tidak melecet atau naik ruam. In shaa Allah ‘Okay’ bagi
Cikta.
Untuk mengelakkan ruam lampin anda boleh menggunakan krim serbaguna daripada Shaklee ini. Harganya juga berpatutan iaitu serendah RM37.50 sahaja dan tahan lama.
Jika anda masih tercari-cari makanan tambahan yang
terbaik untuk anak-anak anda yang mungkin kerap demam, selsema, kurang makan
makanan berkhasiat seperti buat dan sayur atau mungkin anak anda menghidapi
kulit yang sensitive. Bolehlah hubungi Cikta.
Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :
+6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan
2 comments
Write commentsTq atas info yang bermanfaat..
ReplyWelcome. Thanks singgah.��
Reply