8 Punca Kerosakan Saraf Dan Cara Mengatasinya.

08:36 0 Comments A+ a-

Sistem saraf adalah bermula daripada otak sehingga ke saraf tunjang. Sama seperti pendawaian elektrik yang membekalkan kuasa elektrik ke seluruh bangunan, saraf tugasnya menghantar isyarat maklumat ke seluruh tubuh badan manusia.



Jenis Saraf Dalam Tubuh.

Terdapat 3jenis saraf dalam tubuh badan kita:

Saraf deria

Saraf ini akan menyampaikan maklumat dari kulit dan otot ke saraf tunjang dan otak kita. Maklumat ini kemudian diproses untuk membolehkan kita berasa sakit atau merasa lain-lain lagi sensasi.

Saraf Motor

Saraf ini akan mengawal pergerakan dan tindakan kita dengan menyampaikan maklumat dari otak dan saraf tunjang ke otot kita.

Saraf autonomic

Saraf ini pula akan mengawal aktiviti seperti kadar denyutan jantung, tekanan darah, penghadaman, dan pengawalan suhu.

Tanda-tanda Kerosakan Saraf

1. Kerosakan pada saraf deria seperti:


- sakit mencucuk
- sangat sensitif pada sebarang sentuhan
- rasa kebas dan kesemutan

2. Kerosakan pada saraf motor seperti:
- hilang keseimbangan badan
- otot lemah dan hilang kawalan otot


- kekejangan otot

3. Kerosakan pada saraf autonomic pula seperti:
- rasa pening semasa dalam keadaan berdiri
- kadar denyutan jantung tidak normal/sesak nafas semasa melakukan aktiviti fizikal


- peluh berlebihan atau kurang berpeluh
- masalah penghadaman
- masalah pundi kencing
- masalah penglihatan

Punca Kerosakan Saraf

1. Penyakit autoimun spt sclerosis, sindrom Guillain-Barre (keadaan yang jarang berlaku di mana sistem imun menyerang saraf periferal), myasthenia gravis, lupus, dan penyakit radang usus.

2. Kanser boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf di dalam pelbagai cara. Terdapat beberapa jenis kanser yang menyebabkan kekurangan nutrisi yang secara tidak langsung memberi kesan kepada fungsi saraf.

3. Saraf terhimpit/trauma. Apa-apa sahaja yang menyebabkan trauma (termasuk pembedahan) atau saraf terhimpit akibat tumor atau masalah lain boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf. 

4. Diabetes. Hampir 70% daripada penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf.

5. Kesan sampingan ubat dan bahan-bahan toksik. Ubat-ubatan, seperti kimoterapi untuk kanser dan ubat-ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat HIV dan juga bahan-bahan toksik termasuk plumbum, arsenik dan merkuri, boleh menyebabkan kerosakan pada saraf.

6. Penyakit neuron motor. Neuron motor adalah saraf di dalam otak dan tulang belakang yang berkomunikasi dengan otot seluruh badan anda. Penyakit-penyakit yang menjejaskan saraf ini, termasuk sklerosis lateral amyotrophic, juga dikenali sebagai ALS atau penyakit Lou Gehrig, boleh menyebabkan kerosakan saraf menjadi semakin teruk.

7. Kekurangan nutrisi. Kekurangan nutrien tertentu, termasuk vitamin B6 dan B12, boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf.

8. Penyakit berjangkit. Penyakit berjangkit tertentu mempunyai keupayaan untuk memberi kesan kepada saraf dalam badan. Ini termasuk penyakit Lyme, virus herpes, HIV dan hepatitis C.

Kerosakan saraf adalah progresif. Jadi kita mmg kena rawat sebaiknya untuk mengelakkan kerosakan saraf kekal.

Cara Atasi Kerosakan Saraf

Bagi mengatasi kerosakan saraf serta mencegah ia dari bertambah teruk, disarankan untuk :
- bersenam secara konsisten.


- makan makanan yg berkhasiat
- kekalkan berat badan ideal
- boleh cuba rawatan akupunktur
- pengambilan suplemen yg sesuai.

Cadangan Supplemen Untuk Atasi Kerosakan Saraf

Vivix


Mengandungi resveratrol dan polifenol yang kaya dengan antioksidan di mana dapat bantu melindungi sel saraf dari kerosakan akibat radikal bebas. Ramuan Vivix juga dapat bantu memperbaiki sel-sel saraf yang rosak.

Bcomplex


mengandungi kesemua vitamin B termasuklah B6 dan B12 yang penting untuk kesihatan saraf. Kombinasi Vitamin B12 dan B6 dapat perbaiki simptom dan mengekalkan kesihatan saraf di bahagian tangan dan kaki.

Ostematrix



mengandungi Vitamin D yang dapat bantu melegakan sakit saraf.
Magnesium pula membantu dalam pembekuan darah dan fungsi otot dan saraf yang normal.

Omegaguard


membantu mengurangkan keradangan sel dan melegakan kesakitan. Juga membantu perbaiki aliran darah ke saraf.

Testimoni.



Untuk Sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, bolehlah terus menghubungi Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan