Anemia Ibu Hamil Serta Bagaimana Mengatasinya.

19:25 2 Comments A+ a-

Masalah kekurangan darah sering dilihat sebagai sesuatu yang dipandang remeh. Tapi tahukah anda, kekurangan darah atau anemia ini menyumbang kepada masalah sistem imun .


Kebiasaannya ibu mengandung yang mengalami anemia sepanjang kehamilan boleh berdepan dengan risiko kelahiran pra matang, kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran. Ianya juga memberi kesan kepada bayi seperti berisiko  menyebabkan tumbesaran yang terbantut, terencat akal dan psikomotor. Anemia kebiasaannya akan menyebabkan seseorangberasa lesu, mudah pitam, kurang cergas, mudah letih serta asyik mengantuk serta kurang daya tumpu.

Jom Kenali Apa Itu Anemia.

Anemia merujuk kepada suatu keadaan yang mana terjadi apabila darah tidak mempunyai cukup sel-sel darah merah yang sihat atau hemoglobin. Hemoglobin adalah bahagian utama sel-sel darah merah dan berfungsi untuk mengikat oksigen. Jika anda mempunyai terlalu sedikit sel-sel darah merah, atau hemoglobin anda tidak normal atau rendah, sel-sel dalam badan anda tidak akan mendapat oksigen yang mencukupi.

Jumlah hemoglobin normal untuk setiap orang adalah seperti berikut:
- Baru lahir : 17-22 gm/dl
- Usia seminggu : 15-20 gm/dl
- Usia sebulan : 11-15gm/dl
- Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
- Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
- Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
- Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
- Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl

Faktor-faktor penting tentang anemia yang perlu diketahui:
1. Sesetengah pesakit anemia adalah daripada factor keturunan dan bayi mereka juga mungkin dilahirkan sebagai pesakit anemia.
2. Wanita hamil sangat mudah terdedah kepada penyakit kekurangan zat besi atau anemia ini, kerana peningkatan permintaan bekalan darah semasa mengandung.
3. Orang dewasa juga mempunyai risiko yang tinggi mendapat anemia kerana diet yang lemah dan keadaan perubatan yang lain.

Kebiasaannya, simptom anemia adalah seperti:
- Mudah berasa letih dan kehilangan tenaga.
- Denyutan jantung yang luar biasa laju, terutamanya ketika melakukan senaman.


- Berasa sesak nafas dan sakit kepala, terutamanya ketika bersenam.
- sukar untuk menumpukan perhatian.
- berasa pening.
- kulit kelihatan pucat.
- kerap mengalami kejang kaki.
- Insomia iaitu sukar untuk tidur diwaktu malam.

Tips yang mungkin dapat membantu mengatasi Anemia:
1) Perbanyakkan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi , asid folik dan vitamin C.


2) Minum air 8 hingga 10 gelas sehari . Ini adalah bertujuan supaya dapat melancarkan darah dan mengimbangi kadar asid dalam badan .
3) Mengambil supplemen atau makanan tambahan yang mengandungi unsur zat besi serta asid folik.

Rujukan sumber makanan untuk mengatasi anemia?

Sumber Zat besi

Daging lembu, daging kambing, ikan, hati ayam, tempe, sayur –sayur kekacang, margarine dan sayuran hijau terutama bayam.

Sumber Vitamin B12

Daging, susu, hati ayam.

Sumber Vitamin C

Jambu Batu, epal, bayam.

Sumber Folat

Buah-buahan, sayur-sayuran yang berwarna hijau gelap.

Pengalaman Pengguna Shaklee Menyelesaikan Masalah Anemia Ketika Hamil.

Sepanjang proses hamil anak pertama hingga ketiga, beliau mempunyai masalah anemia atau Hb rendah. Namun masalah beliau berakhir ketika hamil anak keempat. Bagaimana masalah beliau dapat diselesaikan? Saksikan video di bawah.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Set Cadangan Shaklee Untuk Anemia Dan Masalah Kekurangan Darah.


Vitalea

Mengandungi zat besi dapat membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia daripada kekurangan zat ini adalah daripada kalangan kanak-kanak di bawah 2tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas.
Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan makanan yang kaya dengan sumber zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi akibat diet yang tidak betul.

Sustained Release Vit C

Vitamin C berfungsi membantu tubuh menyerap zat besi. Kajian menunjukkan vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali ganda lebih banyak.

Vitamin C Shaklee dicipta dengan teknologi sustained release iaitu vitamin c dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C adalah vitamin yang tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamin C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren.

Bcomplex

Merupakan suppemen yang lengkap dengan Vitamin B dan Asid Folik. Asid folik dan vitamin B12 berfungsi membantu mengawal dan mengelakkan anemia. Vitamin B5 dan B6 pula berfungsi membantu dalam penghasilan sel darah merah.


Untuk Sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar sah Shaklee.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan

Atau boleh terus membeli dengan hanya klik disini :


2 comments

Write comments
2 January 2018 at 07:22 delete This comment has been removed by the author.
avatar
2 January 2018 at 07:24 delete

Amenia masa hamil mmg merisaukan,lagi2 anak pernah lahir kecil..Terima kasih atas perkongsian Puan..

Pengalaman Induce Anak Pertama Kerana Kecil Dari Usia Kandungan

Reply
avatar