Kisah Gastrik Kronik 10 Tahun Sembuh Tiba-tiba.

04:41 0 Comments A+ a-

Berpeluh-peluh menahan sakit perut dek kerana lambat makan sarapan pagi tadi. Perut dah masuk angin memang seksanya tak payah ceritalah, Tuhan sahaja tahu. Macam itulah bila gastrik menyerang. Yang mengalaminya sahaja yang faham betapa tak selesanya. Rasa mahu sahaja berguling menahan sakit.


Apa Itu Gastrik?

Gastrik atau Gastritis adalah merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Didalam perut kita, terdapat satu lapisan mukus yang fungsinya untuk melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan. Keradangan dinding perut ini berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Punca Gastrik

Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot. Ianya terletak di bahagian atas kiri abdomen, iaitu betul-betul dibawah rusuk. Panjang perut orang dewasa adalah lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan ianya boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

Ketika perut kosong, tisu perut akan kelihatan tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan melaluinya, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut makanan yang diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.

Daripada mulut, makanan akan melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum ianya sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang akan ‘menggodak’ makanan sehingga hancur. Pada masa yang sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan tersebut. Satu asid iaitu asid hidroklorik, ianya bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu. Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.

Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.

Gejala Gastrik

- Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh samada reda atau semakin sakit apabila makan.
- Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.
- Mual.
- Muntah.
- Hilang selera makan dan perut terasa sebu.
- Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas walaupun makan sedikit.
- Hilang berat badan secara mendadak.


- Pedih ulu hati.

Gastrik Ini Bahaya Atau Tidak?

jika keradangan ini dibiarkan sahaja tanpa rawatan, lama kelamaan ia boleh menyebabkan ulser perut. Ulser perut yang juga dikenali sebagai ulser peptik merupakan satu keadaan dimana selaput dalaman perut mengalami luka.

Set Cadangan Gastrik Shaklee.

ESP (Energyzing Soy Protein)


Protein merupakan makanan asas kepada sel. Untuk menggantikan sel yang rosak, pastinya memerlukan sumber protein yang baik dan mencukupi. Protein juga dapat meningkatkan ketahanan tubuh. Susu tidak digalakkan bagi pesakit gastrik kerana boleh mencetuskan angin. Ramai yang salah anggap.Mereka fikir ESP ini adalah susu dek kerana ESP ini berbentuk ‘powder’. Untuk pengetahuan semua, ESP bukalahn susu tetapi ianya serbuk soya. Ianya bukan sahaja dapat membantu memperbaiki sel malah minuman terbaik ketika perut kosong dan membantu kita untuk kenyang lebih lama jadi perut tidak mudah masuk angin.

Alfalfa Complex


Pengambilan alfalfa sangat membantu apabila perut gastrik, ada ulser atau inflamasi. Ianya dapat membantu mengurangkan keasidan dan inflamasi. Turut dikenali sebagai anti-toksin asli dan anti gas.

Peppermint Ginger Plus


Penting dalam proses pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Jika perut menghadapi masalah pencernaan, itu yang menyebabkan kita rasa kembung dan angin. Setiap kali rasa sebu, sepertinya angin penuh dalam dada dan perut, ini sangat membantu. Alfalfa boleh di ambil begitu sahaja atau dilarutkan dalam air panas.

Ostematrix


Kalsium sangat baik untuk pesakit gastrik kerana ianya bersifat alkali. Ia dapat membantu meneutralkan asid dalam perut.

BComplex


Bcomplex dapat membantu melegakan stress dan kesakitan (pengidap gastrik selalu bergantung kepada ubat tahan sakit, semakin anda sakit semakin tinggi dos yang anda perlukan dan anda kena tahu bahawa ubat itu memberi kesan sampingan) 


Testimoni.





Gastrik Kronik SEPULUH Tahun Tiba2 Sembuh.


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Anda boleh memilih menahan sahaja gastrik itu atau ikhtiar untuk merawatinya. Pilihan ditangan anda. Untuk Sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, bolehlah terus menghubungi Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan