Mengenali Punca Ekzema Dan Cara Mengurangkan Risiko Ekzema.

09:13 0 Comments A+ a-

Ekzema merupakan keadan di mana kulit menjadi merah, kering, gatal, seperti ruam dan merekah. Mengikut kajian, salah satu factor yang menyumbang kepada penyakit ekzema adalah genetik di mana sekiranya salah seorang sama ada ibu atau ayah merupakan penghidap ekzema maka ianya akan memberi kesan genetik kepada anak-anak.


Ekzema juga dikenali dengan nama atopik dermatitis (eczema atopik) yang sering berlaku kepada kanak-kanak juga orang dewasa (usia lanjut). Hampir 30% keputusan diagnosis simptom kulit melibatkan eczema otopik.
Perkataan Ekzema (eczema) adalah berasal dari Greek iaitu ekzein yang membawa maksud “mendidih” dan perkataan Ek bermaksud “keluar”. Dalam bahasa Yunani pula zema bermaksud “mendidih”.

Ekzema terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
1. ACUTE ECZEMA
- Erythema : kulit akan berasa panas, bergelojak dan gatal serta keradangan
- Papules : perbentukan tompok-tompok merah
2. ECZEMA KRONIK
- Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
- Kulit menebal kasar dan berkedut.

Simptom-simptom Penyakit Ekzema.

Ekzema atopik biasanya berlaku berterusan dalam tempoh waktu yang sangat panjang. Merupakan gelaja penyakit kronik yang datang sepanjang masa di mana sepanjang tempoh itu akan berlaku pelupasan dan perluapan yang mungkin teruk sehingga memerlukan rawatan intensif.

Antara simptom utama penyakit ini adalah:
- Kulit akan pecah dan merekah
- Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak
- Kulit terasa sangat kering
- Rasa gatal yang selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
-mMenggaru akan menyebabkan kulit terasa seperti menebal
- Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan mengandungi cecair
- Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu.

Punca Penyakit Eczema.

Untuk pengetahuan anda semua, sehingga kini punca sebenar penyakit ekzema masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya. Berdasarkan kajian dan diagnosis yang telah dilakukan, terdapat beberapa punca atau faktor eczema dikenalpasti antaranya :
- Sejarah penyakit ini di dalam keluarga
- Perubahan emosi (resah dan stress)
- Allergik kepada makanan dan bahan pengawet
- Cuaca yang panas dan terik
- Alergik kepada persekitaran (asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk)
- Kuat berpeluh
- Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun dan detergen
- Air berklorin tinggi
- Alahan kepada pemakaian barang kemas dan bahan kosmetik
- Alahan kepada fabric tertentu.

Kebiasaannya, bagi orang dewasa ekzema menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali, leher dan lutut. Sementara bagi bayi pula, tanda-tanda ekzema jelas kelihatan pada bahagain pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit kepala. Penyakit ini menyerang tidak mengira masa, ada yang menghidap eczema sejak bayi dan ada juga yang mendapat ekzema semasa telah dewasa.

Ekzema terjadi apabila kulit gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan “allergens” atau alahan dimana ia menyebabkan kulit sangat kering dan mengakibatkan kulit menjadi gatal dan pesakit akan menggaru. Tabiat menggaru ini akan menyebabkan kulit semakin kering, lapisan kulit akan terkoyak dan ruam akan mula muncul.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko eczema adalah:

Pakaian
Pakai pakaian yang longgar serta fabric yang selesa seperti kain kapas.
Elakkan memakai pakaian yang ketat dan tidak menyerap peluh.

Pemakanan
Makan makanan berkhasiat dan mampu mengekalkan daya tahan badan.
Elakkan makanan yang pernah mendatangkan kesan-kesan alergik sebelum ini seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya.

Persekitaran
Wujudkan persekitaran dengan udara yang baik.
Pastikan tahap kelembapan adalah sederhana.
Sentiasa menukar cadar dan selimut untuk memastikan kebersihannya.
Gunakan sarung tangan sekiranya perlu.

Sikap
Elakkan terdedah terus dengan matahari secara kerap
Elakkan mandi dengan air panas
Kerap memotong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru.
Mematuhi arahan doktor.

Set Cadangan Untuk Penyakit Kulit Ekzema.

Cadangan cara merawat ekzema dan sakit kulit dengan Shaklee mengikut peringkat umur:

Bayi Berusia 1 tahun dan kebawah


- Kepada ibu yang menyusukan anak eczema, anda dicadangkankan mengambil Omega Guard dan Energizing Soy Protein (ESP). Khasiat dan kebaikannya akan disalurkan terus kepada bayi melalui penyusuan susu ibu.

- Krim serbaguna Herbal Bland juga boleh disapu kepada kulit bayi bagi mengurangkan rasa gatal dan pedih.

- Untuk luka-luka pada kulit, anda boleh menyapu Vitamin E (Gunting sedikit di hujung kapsul) pada bahagian luka.

Kanak-Kanak Berumur 1 Tahun Ke Atas

- Boleh mengambil Omega Guard bagi mengawal dan merawat ekzema, ianya menguatkan membrane sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan.

- Selain itu, anda boleh memberi anak anda Mealshakes yang diperkaya dengan mineral dan multivitamin untuk kesihatan tisu kulit serta menghilangkan parut eczema pada kulit.

- Kombinasi Herbal Bland dan vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka akibat eczema.

Remaja dan dewasa

- Vivix dapat membantu memulihara sel badan hingga ke peringkat DNA.

- Energizing Soy Protein (ESP) adlah sangat bagus untuk membantu penghasilan sel kulit baru yang rosak akibat eczema. Ia akan menjadikan kulit lebih anjal,sihat dan gebu.
- Omega Guard berfungsi mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mmencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. Hal ini kerana penghidap ekzema mempunyai kulit yang sensitif.
- Gabungan Omega Guard dan ESP memastikan ekzema tidak merebak dan memelihara kulit dari dalam.
- Vitamin E berkhasiat untuk merawat kulit yang rosak serta membantu memudarkan parut dengan berkesan. Ia juga mampu meningkatkan daya tahan (sistem imunisasi) bagi melawan eczema sekaligus mempercepatkan proses pemulihan kulit.
- Krim Herbal Bland semestinya krim herba semulajadi yang bagus untuk melegakan kegatalan dan pedih akibat luka eczema.
Pengambilan Alfalfa Complex yang bertindak sebagai penyahtoksin adalah digalakkan bagi mempertingkatkan lagi kekuatas sistem dalam tubuh badan.

Testimoni

[MASALAH ECZEMA DAN ASMA BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
.

Saya Fadzilah binti Haji Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya bersama shaklee dari tahun 2012. So sejak kenal shaklee banyak sangat perubahan dalam kehidupan peribadi saya. Tapi kat sini saya nak share satu. Perubahan ketara lepas amalkan VIVIX SHAKLEE.
.

Saya ada masalah eczema dari kecil. Masa umur 4 tahun mak cerita memang ulang alik hospital jumpa pakar. Bila dah masuk alam persekolahan kene asma pulak. Tapi gatal-gatal eczema masih ada, cuma tak seteruk masa kecil.
.

Saya alah dengan habuk dan seafood. Memang kalau makan udang, kerang, sotong, ketam memang nikmat sangat menggaru lepas tu. Telur pun saya alah jugak. Kalau makan kat kedai memang kene order specific.. Hihiii.. contohnya nasi goreng taknak telur dan nak ayam je. Sebab ada kedai/restoran yang masak letak udang sotong kan even nasi goreng biasa je pun.
.

Memang kena memilih dan berpantang makan. Seksa sangat bagi saya yang kuat makan ni. Kalau teringin sangat, saya makan je, tapi lepas tu layan gatal dan menggaru la jawabnya. Dan kalau kene habuk pulak asma menyerang. Makanan pun banyak jugak kene pantang orang yang ada asma.
.

Eczema dan asma(lelah) doktor cakap adik beradik. Saling berkaitan. Tapi ada je yang ada eczema tapi takde asma manakala ada asma takde eczema. Dan saya insan special sebab dua-dua ada. Hihiii... Eczema ni banyak penyebab antaranya berpunca dari darah. Saya memang ada keturunan eczema dan asma.
.

Orang yang ada eczema dan asma ni tau la macam mana azabnya kalau tersilap makan. Lain orang lain makanan yang dia alah. Ada yang alah ayam dan daging pun tak boleh makan.
.

Kemuncak masalah eczema saya masa mengandungkan anak ketiga, eczema agak teruk jugak kat bahagian kaki. Dan berlarutan sampai selepas bersalin. Mungkin hormon mengandung dan umur dah masuk 30an, menjadi-jadi gatal dia tu. (boleh tengok gambar sebelum).
.

Sebab kene dekat jari kan. Nak makan susah kene pakai sudu garfu dah macam mat saleh dah rasanya. Hihiii.. Tambah plk kita ibu nak kene buat kerja-kerja rumah tu semua guna air kan. Tangan yang gatal ni bila kene air lagi menjadi-jadi gatalnya. Memang derita sangat. Nak membasuh kene pakai glove. Kadang masak pun tak. Sedih sangat.
.

Lama-lama tak tahan try add on vivix sebab vitamin lain tu memang dah makan. Bila konsisten set yang macam dalam gambar (vivix, vitalea, vita c, bcomplex, garlic) secara konsisten dan amik nutriferon 3x sehingga serta sapu krim Herbal Bland alhamdulillah tanpa sedar saya dah boleh makan tanpa sudu. Dah boleh masak tanpa risaukan tangan yang pedih dan gatal-gatal. Alhamdulillah syukur sangat. Asbab dengan shaklee masalah kat jari dan kaki dah sembuh. #shakleeeffect
.

Cuma pesanan saya kepada yang ada masalah macam saya, selain teruskan makan suplemen, kawal pemakanan kita juga. Sebab eczema yang berkait dengan darah akan kekal dengan kita sampai mati. Tapi bila kita kawal makan dan amal suplemen akan mengurangkan simptom yang sebelum ni selalu kene hadap dan tak mustahil akan sembuh juga. Sekarang dah berani makan seafood dan kalau gatal-gatal datang pun cepat recover.
.

Saya sangat-sangat sarankan yang ada masalah macam saya cuba konsisten dengan vivix sebab vivix ni bantu sel-sel yang tak sihat. Manakala Set Asas (vitalea, vita c dan bcomplex) pula membantu mencukupkan nutrisi yang kurang dalam diet kita. Bila sel badan kita sihat dan badan kita cukup nutrisi in shaa Allah masalah kesihatan kita cepat baik. Semuanya dengan izin Yang Maha Esa.




Untuk Sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, bolehlah terus menghubungi Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan