Penyakit Vertigo Dan Cara Merawatnya
Vertigo adalah keadaan yang sangat mengganggu. Ini
adalah kerana, ianya sering menyebabkan yang mengalaminya harus lebih banyak
berehat buat sementara waktu. Vertigo akan menyebabkan yang mengalami akan
merasa seperti berpusing dan bergegar sehingga seolah-olah semua objek atau
benda disekelilingnya seperti bergerak dan berputar. Jika terjadi dalam waktu
terus menerus maka boleh menyebabkan seseorang itu sakit kepala yang teruk,
mual, muntah dan pengsan. Untuk merawat vertigo anda harus mengetahui apakah
puncanya.
Apa Punca Vertigo?
Vertigo terjadi apabila terdapat gangguan kepada sistem
keseimbangan badan. Untuk pengetahuan kita bersama, keseimbangan tubuh manusia
dikendalikan oleh otak. Apabila otak menerima maklumat ianya akan memproses maklumat
tersebut dan terus menghantar mesej kepada anggota tubuh untuk digerakkan.
Gangguan vertigo ini akan menyerang apabila terdapat
gangguan pada bahagian dalam telinga serta penglihatan. Gangguan dalam telinga
dipercayai berlaku disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan
dalam telinga. Ianya boleh menyebabkan pekak serta tidak boleh berdiri dengan
betul, akibat hilang keseimbangan.
Hakikatnya, perkara ini juga mungkin berlaku disebabkan oleh
pengaruh berikut;
- Pola makan yang tidak sihat (tinggi kolesterol, gula,
dan lemak) serta tabiat buruk merokok.
- Migrain akibat perubahan tekanan darah (hipertensi)
akibat kurang tidur dan pengambilan alkohol yang berlebihan.
- Gangguan fungsi otak akibat kurangnya aliran darah
menuju otak. Ini menyebabkan oksigen yang tak cukup untuk diangkut ke seluruh
tubuh. Akhirnya sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.
- Terjadinya radang dan jangkitan telinga oleh bakteria
sehingga menyebabkan gangguan kepekatan cairan pada organ telinga. Lalu
akibatnya tubuh tidak dapat keseimbangan.
- Gangguan saraf di sekitar mata. Ini akan menyebabkan sistem
keseimbangan tubuh terganggu.
- Mungkin terjadi akibat mabuk darat atau mabuk laut.
Pergerakan persekitaran yang mengganggu keseimbangan tubuh.
- Gangguan neurologis yang disebabkan oleh sklerosis,
tumor otak atau tumor yang menyerang saraf. Perlu segera berjumpa doktor untuk
memastikannya.
Apakah Gejala Vertigo?
- Merasakan ruang atau diri anda berpusing-pusing atau
bergoyang.
- Merasakan hilang keseimbangan. Ianya boleh berlaku
dalam sesaat, seminit, sejam atau sehari. Perasaan ketidakseimbangan itu boleh
datang dan pergi.
- Menjadi seorang yang sensitif pada cahaya, bunyi
serta merasa sakit kepala.
- Merasakan penglihatan bertindih
- Merasakan kesukaran bernafas, berpeluh
- Merasakan pergerakan jantung yang cepat.
- Tiba-tiba mempunyai masalah untuk menelan dan
bercakap serta deria merasa menjadi lemah.
Dapatkan Rawatan.
Anda perlu mendapatkan rawatan jika:
- pening kepala yang teruk
- demam yang tinggi
- penglihatan menjadi bertindih atau kurang jelas
- masalah bercakap atau mendengar
- kelemahan kaki dan tangan
- ketidakupayaan untuk berjalan
- pitam, kebas, sakit dada
- muntah-muntah tanpa henti.
Vivix Untuk Masalah Vertigo.
Vivix Shaklee adalah tonik yang dirumuskan secara
teliti. Dan ianya telah pun banyak disiarkan di media massa. Ianya dapat membantu
memulihkan kesihatan tubuh hingga ke peringkat sel. Kajian makmal yang
dijalankan telah menunjukkan ramuan utama dalam Vivix melindungi dan
membaikpulih sel-sel DNA.
- Dalam satu ujian klinikal yang dijalankan oleh
saintis Shaklee, ramuan utama dalam Vivix telah melindungi tubuh daripada
tindakbalas keradangan yang berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat juga
menyebabkan tubuh menjadi semakin tua daripada usia sebenar.
- Di samping itu, melalui ujian klinikal itu juga telah
menunjukkan tindakbalas Vivix melambatkan pembentukan protein AGE yang
merosakkan sel-sel badan.
- Vivix membantu mempertingkatkan fungsi otak. Ianya supplemen
yang semulajadi selamat dan berkesan untuk mengatasinya.
- Jika pesakit mempunyai gejala hipertensi, kurangkanlah
pengambilan garam dan anda boleh mengamalkan diet yang sihat. Vivix juga
terbukti dalam membantu pesakit darah tinggi kembali stabil. Anda juga disarankan
memperbanyakkan makan buah-buahan dan sayuran demi menghalang pertumbuhan
radikal bebas dalam tubuh anda.
- Aktiviti bersenam seperti aerobik, jogging atau
berjalan selama 30 minit perlu diatur sekurangnya 4-5 hari dalam seminggu.
Aktiviti ini bukan sahaja menghindari vertigo malah menyihatkan jantung dan
paru-paru sekaligus melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
- Faktor stress juga merupakan salah satu punca terjadinya
vertigo. Stress juga adalah salah satu punca yang membawa kepada kanser. Ini
disebabkan oleh peningkatan hormon kortisol dalam darah sehingga dapat
menyumbat dan mengganggu peredaran darah. Pengambilan vivix yang membaiki dan
melindungi sel akan mencegah tubuh kita dari diserang radikal bebas iaitu
penyebab kanser.
- Anda juga perlu memastikan tubuh mendapat rehat
secukupnya. Hindari gangguan tidur. Tidur yang berkualiti adalah seawal jam 10
malam.
Testimoni.
Untuk terus membeli Vivix Shaklee :
Untuk Sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar sah Shaklee.
Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp : +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan
1 comments:
Write commentsalamak. selalu jugak tiba2 je pening.
Reply