Simptom-simptom Tekanan Darah Tinggi Dan Cara Merawatnya.

21:19 0 Comments A+ a-

Seringkali kita mendengar tentang penyakit 3serangkai. Kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi. 3penyakit ini seolah-olah perkara yang sinonim bagi rakyat Malaysia. 3 penyakit ini sering berkaitan antara satu sama lain. Dalam entry kali ini Cikta nak kita semua berkenalan dengan 1 daripadanya iaitu darah tinggi.


Masalah tekanan darah tinggi adalah antara penyakit yang serius di kalangan rakyat Malaysia hari ini. Mengikut kajian pada 2010, kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia merupakan mereka yang menghidapi tekanan darah tinggi. Ini adalah berdasarkan kajian 7 tahun yang lalu. bayangkan sekarang ini sudah pun masuk 2017, bagaimana agaknya bilangan pesakitnya. Berkurangan atau sebaliknya.

Tekanan darah tinggi merupakan pembunuh senyap kerana ianya jarang menunjukkan simptom-simptom yang ketara. Perkataan lain bagi tekanan darah tinggi adalah Hipertensi. Seseorang akan didiagnos mengalami hipertensi apabila tekanan darah tinggi melebihi 140/90 secara berterusan.

Simptom-simptom Tekanan Darah Tinggi.

Di antara tanda-tanda mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi ialah:

- Kerap sakit kepala.
- Mudah penat atau keliru.
- Masalah penglihatan.
- Sakit dada.
- Sukar bernafas.
- Degupan jantung luar biasa.
- Darah di dalam air kencing.

Jika anda mempunyai salah satu daripada simptom di atas, dinasihatkan agar segeralah berjumpa doktor. Ini kerana, anda berkemungkinan menghadapi krisis hipertensi yang mengakibatkan serangan jantung ataupun strok.

Untuk pengetahuan semua, masalah hipertensi yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius seperti strok, kegagalan jantung, serangan sakit jantung, menjejaskan penglihatan mata, serta kegagalan buah pinggang. Jangan ambil mudah!

Siapa Yang Berpotensi Menghidapi Masalah Tekanan Darah Tinggi.

Mereka yang berpotensi mengalami masalah hipertensi ialah:

- mempunyai keturunan yang ada masalah hipertensi, jantung, diabetes
- berumur lebih 55 tahun
- berat berlebihan
- mereka yang tidak aktif


- perokok
- makan makanan tinggi kandungan garam
- mengambil ubat-ubatan

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada risiko tekanan darah tinggi atau hipertensi?

- Anda perlu mengekalkan berat badan ideal. Ini kerana, berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko anda kepada 2 hingga 6 kali untuk mengalami tekanan darah tinggi.
- Sentiasa bersenam walaupun hanya melakukan senaman ringan. Aktiviti bersenam mampu menurunkan risiko 20 hingga 50% berbanding mereka yang kurang aktif.
- Mengurangkan pengambilan garam dalam masakan/makanan.
- Mengurangkan atau mengelakkan pengambilan alkohol.
- Elakkan stress.

Supplement Cadangan Untuk Masalah Hipertensi Atau Tekanan Darah Tinggi.

Vivix


- Mengandungi kandungan resveratrol. Menurut kajian ianya dapat mengawal tekanan darah terutama bahagian sistolik. Selain itu, kandungan resveratrol juga membantu mengurangkan iritasi dan membantu melancarkan perjalanan darah melalui saluran darah.

Garlic Complex


- 2 tablet mengandungi 1,000mg khasiat bawang putih tulen iaitu bersamaan dengan 2 ulas bawang putih. Ianya dapat membantu menurunkan paras tekanan darah dan mengawal kolesterol.

Ostematrix


- Kalsium dalam bentuk pil yang lengkap dengan kebaikan vitamin D dan magnesium.

Omegaguard


- Mengandungi EPA, DHA, Omega-3. Ianya merupakan kapsul minyak ikan yang paling tulen, mengandungi 3 kali lebih tumpat dari hati minyak ikan biasa.

Testimoni.







Untuk Sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar sah Shaklee.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan