Surirumah Ada Pendapatan Yang Kerja Dari Rumah

16:40 5 Comments A+ a-

Bila tengok kalender, tahun ni 2017. Dah dekat 4tahun lebih bekerja dari rumah. 'Work At Home Mom' orang putih kata. Kalau dulu masa Umar masih baby seriously rasa teragak-agak. Betul ke apa yang aku buat ni? Boleh ke hidup kalau suami seorang sahaja yang kerja? Astaghfirullahalazim. Nampak sangat tak percaya rezeki ada dimana-mana. Allah yang bagi, bukan manusia.


Sebenarnya sebelum dan semasa jadi Pengedar Shaklee ni, Cikta ada juga mencuba bisnes lain. Ada yang modal sampai cecah RM10k. Hangus macam tu saja. Ada yang modal tak sampai RM1k juga hangus terbakar. Dan hanya Shaklee ni saja yang Cikta terjatuh cinta, dengan modal masa tu Cuma RM65 Cikta dah merasa 3 ke 4angka bonus setiap bulan. Oklah kan Rm600-Rm700 dalam tangan, anak depan mata, siapa yang nak bagi?



Disebabkan anak-anak dah ada 3orang ni. Memang pilihan untuk bekerja semula tu memang tak ada. Suami pun memang tak bagi kerja. Biar anak-anak membesar depan mata katanya.



Cikta mula berkenalan dengan bisnes Shaklee ni pada tahun 2013 lagi. Masa itu Cikta pengguna product Shaklee untuk menyelesaikan masalah penyusuan Cikta. Dari pengguna jatuh cinta dengan produknya seterusnya dengan bisnesnya.

Marilah berkenalan serba sedikit dengan Shaklee, Orang kata tak kena maka tak cinta. Manalah tahu 1 hari nanti berjodoh macam Cikta sekrang ni ha, kan?

Shaklee itu apa ?

Jenama makanan tambahan popular yang sudah mencecah usia 100 tahun lebih. Jenama antarabangsa yang banyak mengubah tahap kesihatan manusia di dunia menjadi lebih baik. Shaklee adalah syarikat yang mencipta multi-vitamin pertama didunia pada tahun 1915. Lama bukan?

Shaklee Corporation adalah syarikat MLM pertama di dunia yang ditubuhkan pada tahun 1956. Shaklee pakar, pelopor dan peneraju dalam industri vitamin atau makanan tambahan dan produk yang berasaskan kesihatan dan kecantikan.

Shaklee telah melaburkan lebih daripada RM 1 billion untuk membuat penyelidikan dan pembangunan produknya. Dengan kos sebanyak ini, Shaklee dapat menjamin produk mereka adalah berkesan dan selamat digunakan. Jadi anda tidak perlu risau memilih produk Shaklee untuk diniagakan. Semuanya selamat dan berasaskan alam semulajadi.



Dan Cikta juga adalah salah satu daripada testimoni yang berpuas hati dengan keberkesanan produk Shaklee. 


Bisnes Shaklee.

Mungkin anda seorang pengguna atau juga pernah mendengar tentang keberkesanan produk Shaklee. Tapi sedarkah anda bahawa Shaklee memberi peluang untuk anda menjana pendapatan yang lumayan dan kukuh walaupun hanya berbisnes dari rumah.

Produk Shaklee dicipta bagi menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan yang amat diperlukan dizaman yang penuh pencemaran ini. Maka anda tidak perlu risau tentang sejauh mana produk Shaklee ini boleh dijual atau dipasarkan.



Selain itu Shaklee ialah bisnes masa hadapan kerana ia memiliki elemen seperti :
- Work from home.
- Produk kesihatan.
- Sumber semulajadi & selamat.
- Produk kecantikan.

Bagaimana Kita Boleh Menjana Pendapatan Dari Rumah?



Hanya dengan berkongsi melalui banyak medium Cikta dapat menyebarkan kebaikan produk yang dahulunya hanyaah produk yang Cikta amalkan. Kini surirumah seperti Cikta juga mampu mendapat pendapatan sehingga 5 – 6 angka dengan bisnes Shaklee.

Ramai yang mula sedar tentang kesan bahayanya ubat-ubatan untuk jangkamasa yang panjang maka mereka memilih untuk makan makanan yang sihat dan amalkan makanan tambahan untuk mengisi kekosongan pada nutrisi mereka. Ianya lebih selamat. Ada yang menjadikan vitamin keperluan untuk mereka sihat dan cantik. Ini lah peluang anda.

Kami menggunakan pemasaran Online. Untuk menjana pendapatan lumayan dari rumah anda hanya memerlukan smartphone atau laptop dan internet untuk berkongsi tentang kebaikan produk Shaklee.



Jika anda mendaftar bersama Cikta di bawah group Celikvitamin Group, anda akan diberi bimbingan secara percuma bagaimana untuk membuat perkongsian yang berkesan di laman sosial seperti FB dan IG mahupun di blog.



Kami akan menyediakan kelas, bimbingan, pengetahuan tentang produk dan banyak lagi hanya dihujung jari anda tanpa memerlukan anda untuk keluar dari rumah dan meninggalkan anak-anak serta pasangan anda. Senang bukan?
Kami juga akan mengajar bagaimana untuk membina tapak pemasaran yang kukuh supaya pelanggan yakin dengan anda dalam masa yang singkat dan semua teknik ini sudah diuji keberkesanannya untuk mendapatkan jualan.
Shaklee menyediakan laman web www.shaklee2u.com, untuk semua ahlinya bagi memudahkan kerja menjual produk secara online dan juga bagi memudahkan ahlinya untuk membeli waima untuk makan sendiri tanpa keluar dari rumah.

Pengedar Shaklee boleh kerja di rumah atau dimana- mana saja dengan kebebasan masa. 90% urusan bisnes diuruskan oleh Shaklee melalui laman web ini termasuklah packing barang dan mengeposnya.  Anda boleh order produk selepas itu menghantar produk itu ke mana- mana destinasi dalam Malaysia dan produk tersebut akan sampai ke penerimanya dalam 2-3 hari berkerja.
Dilaman web ini anda juga boleh melihat jumlah jualan dan pendapatan anda. Download nota, poster dan maklumat produk. Melihat promosi bulanan.
Walaupun Cikta sedang bercuti contohnya, Cikta masih boleh menguruskan bisnes menggunakan smartphone saja.

Pengedar Perlukan Latihan?

Anda tidak perlu mengambil sijil, diploma, ijazah mahupun PhD untuk melayakkan anda menjadi seorang Pengedar Shaklee yang berjaya.


Anda hanya perlu ikut langkah- langkah yang akan diajar setelah mendaftar kelak. Antara kemahiran yang akan diajar adalah teknik pemasaran online atau offline serta ilmu produk.

Antara bimbingan yang akan diberikan seperti :
- Perbincangan produk dalam group whatsapp (Text & Audio)
- Kelas santai ilmu bisnes dan produk (online/offline)
- Sesi coaching one by one.
- Kelas Nutrisi oleh Shaklee ( kanak- kanak dibenarkan ikut serta)
- FB Live Streaming
- Latihan praktikal berkaitan skin care seperti Facial
- Dan banyak lagi yang pastinya amat memudahkan anda.

Berapa Income Boleh Dapat ?



Mengikut pengalaman Cikta, seorang pengedar Shaklee yang aktif  pendapatan bulanannya diantara RM 1,500 hingga RM 2,000 sebulan selepas 2-3 bulan aktif berkongsi tentang produk Shaklee.

Jika anda terus berkongsi dan berusaha untuk membina empayar sendiri, pendapatan anda boleh mencecah RM 50,000 dalam masa 2 hingga 3 tahun. In shaa Allah.

Dan jangan risau kestabilan pendapatan anda disebabkan ramai pengguna setia terus menggunakan produk Shaklee yang berkesan ini.

Ada beberapa bentuk income dari bisnes Shaklee seperti :
- Keuntungan runcit ( 20% hingga 35%) – Harian
- Bonus komisyen ( 21% ) – Bulanan
- Insentif kereta – Bulanan
- Percutian 6 bintang – Tahunan

Pendapatan ini tidak terhad. Semuanya bergantung atas kerja keras anda. Anda boleh dapat jauh lebih banyak daripada itu kalau anda mahu.

Kenapa Anda Mesti Kena Joint Team Cikta ?



Kami di Celikvitamin Group mengamalkan system mentoring dan bukan sekadar coaching. Kami sebagai leader akan sedaya upaya akan memastikan anak-anak buah kami berjaya bersama-sama kami.  

Jadi anda tidak perlu risau dan membayangkan betapa susahnya untuk mencari orang dan menjual produk Shaklee ini. In shaa Allah pelanggan yang akan mencari anda. Dengan pemasaran yang baik serta dibantu dengan produk yang berkualiti tinggi, in shaa Allah kita semua boleh pergi lebih jauh.

Untuk sebarang pertanyaan tentang peluang menjana pendapatan atau mengenai produk Shaklee. Anda boleh terus menghubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan



5 comments

Write comments
Masita Hassan
AUTHOR
11 November 2017 at 20:05 delete

Tq Makndak. Doakan kita ye. 😘

Reply
avatar
Lulu Matzam
AUTHOR
12 November 2017 at 04:45 delete

Best kan jadi suri rumah...

Reply
avatar
Puan Deeba
AUTHOR
12 November 2017 at 05:18 delete

Goodluck.. btw deeba follow sini.. jom singgah blog deeba.. http://darikacamataseorangwanita.blogspot.com

Reply
avatar