3 Senaman Menegangkan Payudara Kendur Dengan Mudah Dan Berkesan.

20:33 0 Comments A+ a-

Benarkah penyusuan bayi akan menyebabkan payudara menjadi kendur? Ramai wanita yang beranggapan begini. Hakikatnya, penyusuan bayi tidak akan menyebabkan payudara mengendur. Ianya juga tidak akan mempengaruhi bentuknya.


Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr. Brian Rinker dari University of Kentucky yang juga merupakan ahli American Society of Plastic Surgeons (ASPS) dan penulis kajian The Effect of Breastfeeding Upon Breast Aesthetics, beliau mendapati sejarah penyusuan bayi, bilangan anak yang disusukan, tempoh setiap anak menyusu badan atau berat badan yang ditambah sepanjang proses kehamilan bukanlah penyebab utama payudara mengendur. Sebaliknya BMI, bilangan kehamilan, saiz coli sebelum hamil yang besar, sejarah merokok dan umur adalah factor penting yang boleh menyebabkan payudara mengendur.
Oleh itu, ibu menyusu dinasihati agar memakai coli yang direka khas serta dapt member sokongan yang baik sepanjang tempoh kehamilan dan penyusuan. Juga dinasihati untuk mengikut posisi penyusuan yang betul.

Bersenam Boleh Menegangkan Payudara Yang Kendur.

Untuk mengatasi masalah ini, cara terbaik ialah anda digalakkan untuk bersenam. Perlu diingatkan teknik pernafasan adalah sangat penting ketika bersenam supaya otot-otot akan bekerja secara optimum. Hembus nafas selepas setiap pergerakan dilakukan dan tarik nafas sewaktu kembali ke posisi permulaan.

3 bentuk senaman yang berkesan menegangkan kembali bentuk payudara:

1. Half Press Up.

Set – bertinggung sambil tangan dan lutut ditekan ke lantai. Pastikan kedudukan tangan anda diregangkan lebih sedikit dari lebar bahu dan lutut pula jauh sedikit dari punggung.
Pergerakan – Bengkokkan siku perlahan-lahan kemudian tolak semula ke posisi permulaan.
Tip – Cuba gerakkan tangan anda lebih jauh apabila anda sudah agak mahir. Pergerakan ini memang agak sukar tetapi kesannya lebih bagus.

2. Oblique Sit-Up


Set – Berbaring sambil lutut dibengkokkan. Kaki diregangkan sedikit. Letakkan tangan di belakang kepala.
Pergerakan – Badan diangkat ke atas dan halakan siku kanan sehingga mencecah lutut kiri. Kemudian pusing tubuh dengan siku kiri mencecah lutut kanan pula. Kemudian berbaring semula dan lakukan pada arah bertentangan.
Tip – Ulangi langkah ini sebanyak mungkin.

3. Flat Fly


Set – Berbaring sambil lutut dibengkokkan. Pegang pemberat seperti dumbel di setiap tangan dan depakan tangan anda.
Pergerakan – Dalam kedudukan lengan sedikit melengkung, angkat tangan melepasi kepala. Kemudian perlahan-lahan turunkan tangan kebawah. Regangkan dada anda setinggi dan seluas mungkin.
Tip – Ketika menurunkan tangan, jangan sesekali biarkan ianya mencecah lantai.

Set Menyusu Optimum Shaklee.




 Testimoni.




Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Shaklee, pembelian atau mendapatkan konsultasi percuma sila hubungi Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan