6 Tips Memulakan Perniagaan Walaupun Masih Bekerja Sepenuh Masa.

08:09 0 Comments A+ a-

Di Malaysia kini ekonomi negara semakin berkembang, ianya memberi impak yang kepada semua golongan. Ramai yang mencari peluang perniagaan untuk menambah pendapatan, dan masyarakat kini juga semakin berkira-kira untuk berbelanja. Ramai Memilih memulakan perniagaan sendiri walaupun mempunyai kerja dan gaji tetap. Ianya dilihat sebagai salah satu cara mudah untuk menaikkan taraf hidup seseorang. Bagi mereka yang tiada pengalaman dalam bidang perniagaan namun berminat membuka perniagaan sendiri, sebaik-baiknya pilihlah perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar.


6 Tips Memulakan Perniagaan Walaupun Masih Bekerja Sepenuh Masa.

1. Mulakan Berniaga Sesuatu Yang Anda Minati.

Yang ni sangat penting. Jika anda minat fashion rambut, bukalah Salon kecil sebagai permulaan. Jangan buka syarikat IT walaupun anda tahu membuat programming. Kemahiran penting, tapi minat anda akan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi.

2. Mulakan Perniagaan Secara Online.


Buat jualan secara online di Internet dan lihat penerimaan pelanggan yang anda sasarkan. Perniagaan online dilihat lebih sesuai dijalankan sekiranya anda masih mempunyai kerja tetap. Anda perlu bijak membahagi masa.

3. Sila Semak Kontrak Majikan Anda.

Ada syarikat yang tidak membenarkan pekerjanya mempunyai pekerjaan kedua atau perniagaan sampingan. Untuk mengelakkan masalah, sila pastikan perniagaan sampingan anda tidak ada melanggar mana-mana polisi syarikat majikan anda. Semak semula kontrak dan jika anda tidak faham terma-terma yang digunakan, dapatkan nasihat peguam atau pakar perunding. Bersifat terbuka dengan majikan anda.

4. Tetapkan Modal Perniagaan


Sila tetapkan berapa banyak modal yang anda sanggup laburkan ke dalam perniagaan baru anda. Ini kerana anda masih mempunyai pendapatan tetap, mungkin anda boleh menggunakan sebahagian daripadanya sebagai modal perniagaan anda. Buat kira-kira kos yang diperlukan, berapa banyak yang anda perlukan setiap bulan untuk membeli stok, menyewa ruang perniagaan, dan mengiklankan produk atau perkhidmatan anda.

5. Rancang Waktu Kerja Dan Perniagaan Serta Tetapkan Matlamat.

Anda juga mesti tahu menentukan berapa banyak jam yang anda ingin luangkan untukmenjalankan perniagaan anda. Jika anda bekerja daripada pukul 8 hingga 5, cubalah luangkan sedikit masa pada waktu petang iaitu selepas waktu kerja untuk mengembangkan perniagaan anda. Tetapkan matlamat perniagaan secara harian atau mingguan yang realistik. Cuba untuk memenuhi matlamat tersebut kerana ianya akan membantu anda untuk kekal fokus.
Jangan sesekali mencuri tulang dalam waktu kerja. Jika anda terasa penat keesokkan harinya di pejabat, jangan bekerja lagi pada waktu petang. Cuba luangkan masa pada hujung minggu untuk perniagaan anda.

6. Cuba Cari Rakan Kongsi


Memulakan perniagaan baru memang mencabar. Jadi, cubalah cari rakan kongsi dalam perniagaan. Ia membantu anda untuk  mendapatkan ilham dan dapat menyelesaikan segala masalah yang akan datang. Ianya juga sangat penting jika anda sibuk dengan kerja sepenuh masa. Rakan kongsi akan mengurangkan beban dan ianya membolehkan anda membahagikan masa antara pekerjaan dan perniagaan dengan lebih baik.

Hargailah Pekerjaan dan Jadikannya Keutamaan Anda

Akhir sekali, bezakan di antara pekerjaan dan perniagaan anda. Bersifat jujurlah dan jangan ambil sumber daripada majikan anda dalam apa sebarang bentuk sekalipun. Bekerjalah dengan penuh minat dan jangan lupa untuk menikmati masa anda di pejabat. Bergaullah dengan bos dan rakan sekerja anda secara baik. Buatkan ia sesuatu yang menyeronokkan dan memotivasikan.

Perniagaan Shaklee Yang Mudah.


Shaklee telah menjadi satu fenomena besar dalam pasaran makanan tambahan di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang semakin menyedari kepentingan menjaga kesihatan dengan mengambil makanan tambahan dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, masa terbaik untuk menjalankan perniagaan Shaklee adalah sekarang kerana permintaan terhadap produk Shaklee semakin meningkat.

Peluang anda untuk membantu meningkatkan kesihatan anda, keluarga dan orang sekeliling sambil menjana pendapatan sampingan dengan banyak adalah lebih besar. Contohnya 1 produk Shaklee anda boleh untung dalam RM20 sebotol. Jika anda menjual 10botol anda akan mendapat keuntungan sebanyak RM200. Itu tidak termasuk bonus yang Shaklee akan bayar kepada anda mengikut point di setiap pembelian sesuatu produk dengan Shaklee.

Modal Yang Sangat Rendah.

Mesti anda tertanya-tanya berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan Shaklee? Perlukah anda untuk membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan Shaklee ini? Jawapannya TIDAK!

Modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan Shaklee sangatlah rendah. Jika anda hanyalah seorang lepasan ijazah atau surirumah atau mungkin pesara, anda mampu memulakan perniagaan Shaklee ini kerana hanya dengan RM68.90, anda boleh memulakan perniagaan Shaklee tanpa perlu membuat pinjaman dengan pihak bank.

Cara Menjadi Pengedar Shaklee Yang Sah.

RM68.90 adalah modal yang diperlukan untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee serta anda boleh memilih untuk menjadi pengedar Shaklee yang sah.

Tiada masa untuk ke pejabat atau cawangan Shaklee untuk mendaftar? Anda sebenarnya tidak perlu ke mana-mana untuk mendaftar. Pendaftaran sebagai pengedar Shaklee boleh dilakukan secara online. Caranya anda hanya perlu menghubungi Cikta untuk mendaftar sebagai Pengedar Shaklee yang sah. Mudah bukan? Walaupun di negeri mana anda berada di Malaysia ini, ianya bukanlah satu halangan untuk Cikta mendaftarkan anda. Segalanya di hujung jari, proses pendaftaran sebagai pengedar Shaklee boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua. Mudah bukan?

Cara kedua untuk menjadi pengedar Shaklee adalah dengan membuat pembelian mana-mana produk Shaklee dengan jumlah point sebanyak 200point. Nilai produk yang berjumlah 200point adalah lebih kurang RM680. Produk-produk ini dibeli dengan harga ahli. Anda juga boleh menjual produk-produk ini kepada pelanggan dengan harga runcit.

Kelebihan Menjadi Sebahagian Dari Kumpulan Kami (Celikvitamin Group)


Mengapa ya anda perlu mendaftar sebagai pengedar Shaklee dengan Celikvitamin Group? Mungkin anda akan rasa daftar dengan siapa pon sama sahaja. Tapi tahukah anda untuk memulakan bisnes Shaklee anda memerlukan satu kumpulan yang boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar.

1. Dr Azizan Osman iaitu Pakar Motivasi terkenal, Untuk berjaya dalam perniagaan kita mestilah mempunyai satu mentor. Jika anda menyertai Celikvitamin Group, anda akan mendapat tunjuk ajar sepenuhnya tentang cara untuk memulakan perniagaan Shaklee yang betul. Kumpulan kami mempunyai ramai leader yang hebat-hebat belaka. Mereka juga telah menjana pendapatan sehingga 5 angka setiap bulan. Dengan tunjuk ajar dan teknik perniagaan daripada leader-leader ini, anda juga boleh menjana pendapatan 3,4 atau 5 angka sebulan.

2. Anda akan dimasukkan ke dalam Group FB dan Whatsapp khas yang hanya boleh diakses oleh ahli yang berdaftar. Yang didalamnya terdapat pelbagai tips perniagaan yang akan dikongsi dan didedahkan.

3. Anda akan diajar ilmu pemasaran secara online dengan betul melalui Intagram, blog, Facebook personal dan Facebook Page. Jika anda tidak tahu untuk membuat blog dan facebook Page sekalipun,  Jangan risau. Anda akan diberi tunjuk ajar cara-cara membangunkan blog dan Facebook Page dari A hingga ke Z. Tinggal mahu atau tidak sahaja.

4. Kami juga mementingkan ukhwah. Anda tidak akan malu bertanya sehingga anda berjaya. Ini kerana kami semua adalah seperti sebuah keluarga yang besar.

Jika berminat menyertai kami (Celikvitamin Group) anda boleh menghubungi Cikta. Jangan risau jika anda bukan dari Johor. Kerana system perniagaan Shaklee kami sangat meluas hingga ke seluruh Malaysia, In shaa Allah.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan