Ikhtiar Memulihkan Leukemia Dengan Produk Yang Selamat Dan Berkesan.

10:02 2 Comments A+ a-

Semenjak kebelakangan ini kita sering mendengar perkhabaran seseorang yang kita kenal atau tidak menghidap penyakit Kanser atau Leukemia. Alangkah sedih, takut, risau dan macam-macam perasaan bercampur-baur. Jom kita cari jalan untuk membantu pesakit leukemia ini dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang cara membantu merawati penyakit tersebut.


Apa itu leukemia?

Leukemia adalah merupakan sejenis kanser darah yang berasal dari sum-sum tulang. Sum-sum tulang merupakan satu organ penghasilan darah yang terdapat di kesemua tulang dalam tubuh badan manusia. Sel-sel leukemia merupakan sel kanser yang luar biasa dan berupaya membiak dengan begitu cepat serta ianya hidup lebih lama bebanding sel-sel darah yang normal. Oleh sebab itu, sel-sel leukemia mampu menghapuskan fungsi sum-sum tulang dan ianya mampu menghalang penghasilan sel-sel darah yang normal.

Rawatan dan peluang sembuh untuk pesakit yang menghidapi leukemia yang berlainan jenis adalah berbeza. Terdapat pelbagai jenis leukemia dan adalah penting untuk mengenalpasti jenis-jenis leukemia yang dihadapi oleh setiap pesakit yang menghidapinya.

Terdapat 2 jenis leukemia yang utama iaitu:
1. “Acute Leukaemia”  
2. “Chronic Leukaemia”

Perbezaaan utama diantara kedua-dua jenis leukemia ini adalah tahap kematangan dan kepantasan sel-sel kanser itu membiak. “Acute Leukaemia” adalah sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pantas berbanding “Chronic Leukaemia” yang terdiri daripada sel kanser yang matang dan membiak dengan perlahan.

Setiap jenis leukemia ini pula dibahagikan kepada dua bentuk utama bergantung kepada sel darah asal dimana leukemia ini mula-mula terjadi iaitu dari jenis “myeloid” atau “lymphoid”.

Jadi terdapat 4 kumpulan penyakit leukemia yang utama iaitu ;
1. Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL)
2. Chronic Lymphocytic Leukaemia (CLL)
3. Acute Myeloid Leukaemia (AML)
4. Chronic Myeloid Leukaemia (CML)

Faktor Yang Menyumbang Kepada Risiko Leukemia.

Faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit leukemia. Seperti;
1. Pendedahan kepada radiasi
2. Pendedahan kepada ubat “chemotherapy” pada masa yang lampau
3. Pendedahan kepada bahan kimia tertentu contohnya benzene
4. Dilahirkan dengan penyakit genetik tertentu

Tanda-Tanda Leukemia.

Tanda-tanda penyakit leukemia adalah berpunca daripada kegagalan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel-sel darah yang normal.

Tanda-tanda utama adalah seperti:


a) keletihan disebabkan kekurangan darah merah
b) lebam-lebam atau tanda-tanda pendarahan disebabkan kekurangan sel darah platelet.
c) demam yang berpanjangan.


Tanda-tanda lain pula adalah seperti kurang selera makan, hilang berat badan secara mendadak serta berasa sakit dalam tulang dan sendi.

Leukemia Penyakit Yang Boleh Diubati.



Pesakit yang menghidapi leukemia kebiasaannya akan mendapat pemantauan dan perhatian pakar sepanjang masa.

Dan ketahuilah bahawasanya penyakit leukemia bukanlah penyakit yang tidak boleh diubati, cuma untuk menyembuhkannya memerlukan kesabaran, ketabahan, kekuatan mental dan fizikal serta kerja sama dari pesakit, keluarga, doktor dan orang sekelilingnya.

Ubat-ubatan Dan Kemoterapi Serta Kesannya.

Pada masa kini, perubatan untuk penyakit leukemia adalah melalui ubat-ubatan atau kemoterapi. Kemoterapi hanyalah digunakan sebagai salah satu cara rawatan lanjutan setelah kanser itu telah dikenalpasti merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Terdapat pelbagai jenis ubat-ubat kemoterapi yang kebiasannya diberikan melalui suntikan atau ubat tablet. Rawatan ini memerlukan pengawasan yang sangat rapi kerana ubat-ubatan kemoterapi ini bukan sahaja membinasakan sel-sel kanser, tetapi ia juga boleh merosakkan sel-sel normal.

Kesan-kesan sampingan daripada rawatan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada seseorang yang sedang mendapatkannya;
1) Boleh mengurangkan pertumbuhan sel-sel darah untuk melawan penyakit, menyebabkan pesakit mudah diserang penyakit, khususnya kuman.
2)Kadangkala, pesakit akan mengalami masalah keguguran rambut.
3) Ulser dan bibir mungkin pecah atau merekah.

Kesan-kesan ini disebabkan pendedahan sel-sel terhadap bahan radioaktif yang digunakan nertujuan untuk membunuh sel kanser tersebut. Tetapi dengan pengawasan dan rawatan daripada doktor pakar, In shaa Allah ianya akan dapat dikawal.

Rawatan kemoterapi ini kadangkala perlu diulang selepas satu atau dua bulan kemudiannya, jika didapati ada tanda-tanda bahawa penyakit kanser itu masih aktif lagi.

Set Cadangan Supplement Shaklee Untuk Membantu Penyakit Leukemia.

1) Nutriferon.


a) Memperkukuhkan Sistem Imun dalam masa yang singkat
– Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan makrofag.

b) Melawan Kanser & Tumor
– Interferon semulajadi mengandungi poliksakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglubalin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain itu, ianya juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

c) Formula unik Nutriferon juga merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.

2) Vivix


a) Bahan-Bahan aktif dalam Vivix seperti resveratrol bertindak membantu memperbaiki sel-sel di peringkat DNA lagi. Oleh itu Vivix dicadangkan bagi membantu pesakit kanser.
b) Membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain.
c) Membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dengan lebih baik dan membantu  meningkatkan peluang untuk sembuh.

d) Membantu meningkatkan sistem imun atau ketahanan badan bagi membolehkan pesakit melawan kanser.

Testimoni boleh klik disini

Untuk terus membeli Set cadangan ini klik disini :


Untuk sebarang pertanyaan dengan lebih lanjut lagi tentang Vivix Shaklee atau produk Shaklee yang lain serta 'Promotion' dan diskaun anda boleh terus menghubungi Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan

2 comments

Write comments
13 December 2017 at 19:27 delete

semoga mereka yg ada leukemia diberi kesihatan yg baik

Reply
avatar