Masalah Puting Tenggelam Dan Penyelesaian

17:19 0 Comments A+ a-

Heboh diperkatakan disana-sini kisah susu formula tiruan yang dijual diluar sana. Makin menakutkan ya dunia sekarang ni. Selepas beras, telur, dan banyak lagi barang telah di tiru, kini susu formula juga diciplaknya. Lebih sedih apabila ada bayi yang telah minum dan mendapat kesan sampingan daripadanya. Ada yang muntah sampai lembik, lepas tu cirit-birit berbelas kali. Alangkan perut dewasa sahaja kalau keracunan makanan sudah tidak boleh tahan. Inikan pula perut bayi. Allah!


Cikta harap ini menjadi salah satu faktor kenapa ibu-ibu yang mungkin sedang hamil atau merancang untuk hamil memasang niat dan azam untuk menyusukan anak secara eksklusif selama sekurang-kurangnya 6bulan atau sebaik-baiknya selama 2tahun. Ada sebab kenapa Allah suruh kita susukan bayi kita kan? Mungkin salah satu sebabnya ini.

Fikir Rezeki Bayi Setakat Ini Sahaja? Oh Tidak!


Menyusukan bayi sepatutnya sesuatu proses yang menyeronokan dan membuatkan kita rasa lebih ‘dekat’ dengan bayi kita. Tapi kadangkala menyusukan bayi tidak semudah selak dan bayi dapat minum. Ada yang mengalami berbagai masalah sehingga ada yang menganggap rezeki bayi setakat itu sahaja dan redha memberikan bayi susu formula.


Apa Yang Perlu Dilakukan Diawal Kehamilan?

Oleh itu, persediaan dari awal kehamilan adalah penting. Antara amalan yang Cikta sarankan kepada semua untuk cuba menjayakan program penyusuan ini dengan :

- Selalu berdoa minta rezeki menyusukan anak dengan susu ibu selama 2 tahun dipermudahkan. Ingat, Allah tak kejam. Cikta selalu berfikir mana mungkin Allah benarkan Cikta mengandung selama 9bulan 10hari, melalui proses kelahiran tapi tidak diberinya Cikta untuk menyusukan. Sentiasa ingat kita apa yang kita fikir. Betulkan mindset.


- Cuba cari ilmu penyusuan dari banyak sumber.Ini sangat penting. Cikta pernah dicop Ratu google oleh kawan-kawan. Dek kerana ingin tahu itu dan ini tentang ilmu penyusuan. Cikta pernah gagal semasa anak pertama. Jadi diawal kehamilan anak ke2 Cikta nekad untuk mencari sebanyak-banyaknya ilmu tentang penyusuan. Cikta yakin bukan susu yang tiada, tetapi ilmu.

- Cari kawan-kawan yang ada pengalaman menyusukan anak selama 2tahun dan minta nasihat daripada mereka. Jangan minta nasihat daripada orang yang gagal menyusukan, ini kerana ianya akan hanya membuatkan anda berfikir bahawasanya rezeki anak anda Cuma setakat itu sahaja tanpa perlu anda berusaha.

- Dapatkan alatan mengepam susu yang bagus serta memudahkan. Tidak salah rasanya mengeluarkan sedikit wang simpanan untuk membeli pam susu yang selesa dan tidak menyakitkan. Ianya akan jadi sangat berguna untuk anda dan bayi.


- Makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan makan seimbang sambil dibantu dengan vitamin atau makanan tambahan seperti set menyusu Shaklee. Ini adalah kerana jika kita mendapat nutrisi yang secukupnya badan kita akan lebih sihat dan cergas. Jadi susu boleh dihasilkan dengan banyak dan gembira.

Masalah Puting Tenggelam.

Ada ibu-ibu muda diluar sana yang mengalami masalah ini. Kadang tu sampai anak sudah masuk 3 atau 4orang pun masih menganggap masalah puting tenggelam ini adalah salah satu punca bayinya tidak dapat meneruskan penyusuan. Ini tidak betul!


Pada umumnya, setiap ibu mampu menyusukan bayinya. Masalah puting tenggelam atau leper bukanlah penghalang untuk ibu untuk meneruskan penyusuan, Cuma ianya mungkin akan jadi lebih mencabar. Perlu diingat bahawa apabila bayi menyusu, bayi akan melekap pada areola dan bukan pada puting semata-mata. Oleh itu sekiranya bayi berjaya melekap dengan betul dan mengambil sebahagian besar areola anda, puting tenggelam atau leper tidak akan menjadi masalah kepada anda dan bayi untuk meneruskan penyusuan. Mungkin anda akan mengalami masalah pada mulanya tapi percayalah berkat kesabaran, kesungguhan dan semangat serta teknik yang betul, itu bukanlah suatu masalah yang besar bagi anda dan bayi untuk berjaya.


Seawal dari kehamilan lagi ibu-ibu boleh memastikan samada dia mempunyai puting tenggelam atau leper dengan melakukan pinch test iaitu dengan memicit areola. Jika puting anda tidak timbul atau tegang, ianya dianggap sebagai leper. Jika puting anda berkeadaan sonsang masuk kedalam tisu kulit atau melekuk, ianya dianggap sebagai tenggelam. Ianya tidak akan tegang apabila diransang atau ketika cuaca sejuk.

Rawatan Untuk Masalah Puting Leper Dan Tenggelam.

Cangkerang Payudara (Breast Shells)


Ianya dipakai didalam coli. Jadi anda perlu memakai coli yang bersaiz besar sedikit. Elok dipakai di trimester akhir untuk beberapa jam setiap hari. Selepas bayi lahir, anda boleh memakainya selama 30minit sebelum sesi penyusuan untuk mengeluarkan puting. Alat ini tidak sepatutnya dipakai diwaktu malam. Salah satu produk dipasaran adalah Nipple Former.

Teknik Hoffman


Letakkan ibu jari dikedua-dua pangkal puting (bukannya ditepi areola). Tolak perlahan-lahan bertentangan tisu payudara dan pada masa yang sama tarik ibu jari jauh antara satu sama lain. Kaedah ini bertujuan untuk meregang keluarputing dan melonggarkan pangkal yang ketat iaini menjadikan puting terkeluar dan naik keatas.Lakukan sebanyak 5kali sehari mengikut putaran jam disekitar puting.

Pam Payudara


Selepas melahirkan anda boleh guna pam susu untuk masalah ini. Guakan sejurus sebelum sesi penyusuan untuk membolehkan bayi melekap dengan mudah.


Alat yang dikenali sebagai Niplette oleh Avent turut membantu mengeluarjan puting dengan menyedutnya secara sekata sama seperti pam susu. Cubalah!

Peransang Puting

Gulungkan puting diantara ibu jari dan jari telunjuk selama 1 atau 2 minit dan kemudian segera sentuh puting dengan kain lembab, sejuk atau dibalut dengan ais. (Jangan terlalu lama kerana ia boleh menyekataliran susu dan menyebabkan puting kebas)

Nipple Shield.


Alternatif terakhir. Ianya adalah puting fleksibel yang dihasikan daripada silicon yang ditempatkan diatas puting anda semasa sesi penyusuan. Bagi mengelakkan bayi ketagih menyusu dengan perisai tersebut dinasihatkan supaya mengalihkan perisai tersebut setelah bayi mula melekap dan menyusu dengan baik.

Teknik Menyusukan

Bagi yang bermasalah puting tenggelam atau leper perlu memastikan:

- Pelekapan dan posisi yang betul. Jadi bayi perlu belajar membuka luas mulutnya bagi mendapatkan puting dan merapatkan gusinya pada payudara.

- Elakkan bengkak susu. Jadi menyusu awal dan kerap sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam utk elak bengkak susu dan memberi peluang kepada bayi untuk berlatih menyusu ketika payudara masih lembut.

- Jika bayi meragam semasa ingin melekap. Berhenti dan pujuk seketika supaya dia tenang.Tawarkan jari anda (pastikan bersih) untuk dihisap, bawa dia berjalan-jalan, dodoi dan hayunkan dia sehingga kembali tenang.

- Elakkan sebarang puting tiruan.

Saya Kerja Dan Tidak Boleh Menyusukan Bayi Saya.

Zaman ini alasan ini tidak lagi boleh diguna pakai. Saksikan cerita wanita berkejaya sebagai jururawat ini. Berjaya menyusukan anaknya walaupun waktu bekerja yang tidak menentu.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Set Menyusu Shaklee.


Untuk Sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar sah Shaklee.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan