Panduan Melegakan Bengkak Susu Beserta Demam Dengan Berkesan.

07:53 1 Comments A+ a-

Bengkak susu beserta demam dikenali sebagai mastitis. Ianya merupakan radang payudara yang disebabkan halangan tertentu di saluran susu., jangkitan atau alahan. Mastitis kebiasaannya berlaku pada minggu ke 2 hingga minggu ke 3 selepas proses kelahiran tetapi ianya juga boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja semasa sesi penyususan berlangsung. Ianya menyerang secara tiba-tiba dan biasanya pada sebelah payudara sahaja.


Simptomnya sama seperti saluran tersumbat tetapi kesakitan, kepanasan atau bengkak biasanya lebih menyakitkan. Berkemungkinan juga jalur-jalur merah akan jelas kelihatan dipermukaan kulit payudara yang sakit. Selain itu simptom seperti demam, menggigil, sakit seperti selsema atau sering berasa tidak selesa.

Punca Berlaku Mastitis.

Antara punca berlakunya bengkak susu beserta demam atau mastitis :

1. Milk stasis

Ini adalah punca utama. Ianya terjadi apabila payudara tidak dikosongkan sebaik-baiknya. Ini adalah berpunca daripada hisapan bayi yang jurang efektif, masalah lekapan, masalah anatomi pada lidah bayi seperti tongue-tie, masalah pada bahagian puting iaitu saluran tersumbat, susu dihasilkan terlalu banyak, penyusuan tidak kerap dan terlepas sesi penyusuan atau pengepaman.

Milk stasis ini mungkin berpunca daripada puting ibu yang sakit, ibu terlalu sibuk, bayi tidur terlalu lama, penggunaan puting kosong. Atau juga berpunca daripada kecederaan, jangkitan atau alahan. Sama juga halnya dengan tekanan pada saluran susu apabila anda memakai coli atau baju yang terlalu ketat, tidur meniarap atau kerap menggunakan beg galas yang memberi tekanan dibahagian dada.

2. Jangkitan.

Puting luka, merekah atau berdarah boleh memberi risiko kepada jangkitan. Atau jika masalah mastitis pernah berlaku dan tidak dirawat dengan baik boleh menyebabkan ianya berulang.

3. Keadaan Ibu.


Keadaan ibu yang tertekan, keletihan atau mempunyai system imun yang lemah.

Apapun puncanya, terus menyusukan bayi anda dengan kerap dan konsisten. Ini akan mengurangkan risiko saluran tersumbat serta mengelakkan terjadinya bengkak susu.

Panduan Mengelakkan Salur Susu Tersumbat.

Berikut merupakan panduan yang mungkin dapat membantu mengurangkan risiko dan mengelakkan salur susu tersumbat :

1. Elakkan memakai coli atau baju yang ketat mahupun korset.
2. Minum air mineral dengan lebih banyak. Dehidrasi juga boleh menyebabkan saluran susu tersumbat yang akhirnya menjadi mastitis.
3. Pastikan ibu mendapat rehat yang secukupnya.
4. Jika menggunakan pam payudara, pastikan anda konsisten dengan kekerapan dan tempoh penggunaannya setiap hari. Pilih saiz corong pam yang bersesuaian.

Kebanyakkan saluran susu yang tersumbat akan hilang sendiri tanpa memerlukan rawatan. Jika keadaannya teruk dan tiada perubahan selepas melakukan panduan yang diberikan silalah berjumpa Doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Set Menyusu Shaklee.


Jika anda mengalami bengkak susu, anda digalakkan menambah Lecithin didalam set menyusu Shaklee. Ini kerana, Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.


Untuk Sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar sah Shaklee.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

1 comments:

Write comments
2 January 2018 at 07:33 delete

Bengkak susu memang seksa sangat..2 orang anak sebelum ni memanag kena bengkak susu..ank sulong saya putus asa & gagal menyusukan..sediihh.. Terima kasih atas perkongsian..lepas ni blh cegah awal-awal..

Perasaan Saya Gagal Menyusu Anak Sulong

Reply
avatar