Peluang Perniagaan Untuk Jana Pendapatan 5 Angka Tanpa Modal

16:01 0 Comments A+ a-

Setelah berhempas pulas menamatkan pengajian di Universiti akan bermulalah episod menghantar resume kepada banyak syarikat serta menghadiri pelbagai temuduga untuk bekerja. Namun kadangkala tiada satu pun syarikat yang menerima permohonan anda untuk mengisi jawatan kosong. Maka menganggurlah sudahnya.


Pernah tak anda terfikir mungkin anda adalah insan terpilih untuk merebut peluang dengan memulakan perniagaan. Sepertinya sia-sia sahaja segulung diploma atau ijazah yang anda miliki. Tapi ketahuilah bahawa tiada satu pun yang sia-sia di atas dunia ini. Semuanya dengan kuasa Allah swt.

Suka atau tidak, dunia disekeliling kita telah banyak terjadinya perubahan. Kerja makan gaji bukanlah lagi satu-satunya cara yang stabil untuk mendapatkan pendapatan. Anda terpaksa bersaing dengan jutaan orang yang juga mempunyai ijazah seperti anda dengan grade yang lebih tinggi. Ada pula mereka yang kaya dengan pengalaman. Tak kurang juga yang mempunyai kenalan dalaman dalam sesebuah syarikat besar.

Memulakan Perniagaan.


Memulakan perniagaan bukanlah begitu susah sehingga anda tidak mampu melakukannya. Ada sahaja kisah budak belasan tahun yang mampu memulakan perniagaan, ada kisah ibu tunggal yang telah berjaya dalam perniagaan serta ada juga kisah pesara kerajaan yang menjadi jutawan setelah membuka perniagaan.

Jika dilihat semua kisah ini, tidak mustahil anda juga mampu dan akan berjaya dalam dunia perniagaan jika anda mempunyai keinginan, kerajinan dan keazaman yang tinggi. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Memulakan Perniagaan Shaklee Tanpa Modal Yang Tinggi.

Tercari-cari cara memulakan perniagaan? Mari Cikta cadangkan perniagaan yang mampu menjana 4 atau 5 angka dengan modal yang sangat rendah serta masa yang fleksibel.

Ada orang yang menggemari perniagaan secara atas talian (online), ada juga yang lebih meminati perniagaan secara offline. Perniagaan Shaklee adalah perniagaan yang fleksibel ianya boleh dijalankan dengan kedua-dua cara sama ada secara online mahupun offline. Semuanya terpulang kepada anda.

Perniagaan Shaklee Yang Mudah.


Shaklee telah menjadi satu fenomena besar dalam pasaran makanan tambahan di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang semakin menyedari kepentingan menjaga kesihatan dengan mengambil makanan tambahan dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, masa terbaik untuk menjalankan perniagaan Shaklee adalah sekarang kerana permintaan terhadap produk Shaklee semakin meningkat.

Peluang anda untuk membantu meningkatkan kesihatan anda, keluarga dan orang sekeliling sambil menjana pendapatan sampingan dengan banyak adalah lebih besar. Contohnya 1 produk Shaklee anda boleh untung dalam RM20 sebotol. Jika anda menjual 10botol anda akan mendapat keuntungan sebanyak RM200. Itu tidak termasuk bonus yang Shaklee akan bayar kepada anda mengikut point di setiap pembelian sesuatu produk dengan Shaklee.

Modal Yang Sangat Rendah.


Mesti anda tertanya-tanya berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan Shaklee? Perlukah anda untuk membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan Shaklee ini? Jawapannya TIDAK!

Modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan Shaklee sangatlah rendah. Jika anda hanyalah seorang lepasan ijazah atau surirumah atau mungkin pesara, anda mampu memulakan perniagaan Shaklee ini kerana hanya dengan RM68.90, anda boleh memulakan perniagaan Shaklee tanpa perlu membuat pinjaman dengan pihak bank.

Cara Menjadi Pengedar Shaklee Yang Sah.

RM68.90 adalah modal yang diperlukan untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee serta anda boleh memilih untuk menjadi pengedar Shaklee yang sah.

Tiada masa untuk ke pejabat atau cawangan Shaklee untuk mendaftar? Anda sebenarnya tidak perlu ke mana-mana untuk mendaftar. Pendaftaran sebagai pengedar Shaklee boleh dilakukan secara online. Caranya anda hanya perlu menghubungi Cikta untuk mendaftar sebagai Pengedar Shaklee yang sah. Mudah bukan? Walaupun di negeri mana anda berada di Malaysia ini, ianya bukanlah satu halangan untuk Cikta mendaftarkan anda. Segalanya di hujung jari, proses pendaftaran sebagai pengedar Shaklee boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua. Mudah bukan?

Cara kedua untuk menjadi pengedar Shaklee adalah dengan membuat pembelian mana-mana produk Shaklee dengan jumlah point sebanyak 200point. Nilai produk yang berjumlah 200point adalah lebih kurang RM680. Produk-produk ini dibeli dengan harga ahli. Anda juga boleh menjual produk-produk ini kepada pelanggan dengan harga runcit.

Kelebihan Menjadi Sebahagian Dari Kumpulan Kami (Celikvitamin Group)


Mengapa ya anda perlu mendaftar sebagai pengedar Shaklee dengan Celikvitamin Group? Mungkin anda akan rasa daftar dengan siapa pon sama sahaja. Tapi tahukah anda untuk memulakan bisnes Shaklee anda memerlukan satu kumpulan yang boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar. 

1. Dr Azizan Osman iaitu Pakar Motivasi terkenal, Untuk berjaya dalam perniagaan kita mestilah mempunyai satu mentor. Jika anda menyertai Celikvitamin Group, anda akan mendapat tunjuk ajar sepenuhnya tentang cara untuk memulakan perniagaan Shaklee yang betul. Kumpulan kami mempunyai ramai leader yang hebat-hebat belaka. Mereka juga telah menjana pendapatan sehingga 5 angka setiap bulan. Dengan tunjuk ajar dan teknik perniagaan daripada leader-leader ini, anda juga boleh menjana pendapatan 3,4 atau 5 angka sebulan.

2. Anda akan dimasukkan ke dalam Group FB dan Whatsapp khas yang hanya boleh diakses oleh ahli yang berdaftar. Yang didalamnya terdapat pelbagai tips perniagaan yang akan dikongsi dan didedahkan.

3. Anda akan diajar ilmu pemasaran secara online dengan betul melalui Intagram, blog, Facebook personal dan Facebook Page. Jika anda tidak tahu untuk membuat blog dan facebook Page sekalipun,  Jangan risau. Anda akan diberi tunjuk ajar cara-cara membangunkan blog dan Facebook Page dari A hingga ke Z. Tinggal mahu atau tidak sahaja.

4. Kami juga mementingkan ukhwah. Anda tidak akan malu bertanya sehingga anda berjaya. Ini kerana kami semua adalah seperti sebuah keluarga yang besar.

Jika berminat menyertai kami (Celikvitamin Group) anda boleh menghubungi Cikta. Jangan risau jika anda bukan dari Johor. Kerana system perniagaan Shaklee kami sangat meluas hingga ke seluruh Malaysia, In shaa Allah.



Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan