Cara Berhenti Merokok Dengan Selamat Dan Mudah Untuk Selama-lamanya.

14:30 0 Comments A+ a-

Tahun 2018 ini tentu ada yang berazam untuk berhenti merokok. Jom ambil tahu kenapa anda wajib menjayakan azam tersebut.




Mengapa Anda Perlu Berhenti Merokok?

1. Merokok boleh memberi kesan buruk kepada semua orang di sekeliling anda terutamanya ahli keluarga. Bahkan merokok boleh menyebabkan ibu yang mengandung melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas kelahiran.


2. Kanak-kanak yang sering terdedah kepada asap rokok juga akan sering sakit dan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung serta tekak. Juga berisiko mengalami perkembangan paru-paru yang lemah dan mendapat penyakit asma iaitu lelah.

Faedah-faedah Jika Anda Berhenti Merokok.

Faedah-faedah jika anda nekad untuk berhenti merokok adalah seperti :

a) Panjang umur. Ini adalah kerana mengikut kajian yang dijalankan dianggarkan satu daripada dua orang perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Rokok membunuh hampir 5 ribu rakyat di Malaysia setiap tahun.

b) Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik. Anda kena tahu bahawasanya asap rokok itu mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan penyakit kanser.

c) Mencegah penyakit kronik. Ini kerana, hampir 40 jenis penyakit dikaitkan dengan tabiat merokok. Antaranya kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik, strok, ulser di bahagian lapisan kulit dan banyak lagi.
d) Kehidupan akan menjadi lebih sihat kerana mereka yang tidak merokok kurang berisiko mendapat penyakit pernafasan seperti batuk, selsema dan lain-lain berbanding dengan perokok.

e) Mengelakkan perkara yang mendatangkan keburukan kepada orang lain. Ini kerana apabila anda merokok, ianya juga akan memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok anda berisiko mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan kepada orang lain.
f) Jika anda seorang ayah. Anda akan menjadi contoh yang baik terutama untuk anak-anak anda.

g) Anda akan memiliki badan serta minda yang sihat dan cergas.

h) Meningkatkan deria bau dan rasa anda.

i) Anda akan memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.

j) Penampilan anda juga akan terjaga. Rambut dan pakaian juga bebas daripada asap rokok yang busuk.

k) Anda boleh menjimatkan wang. Rokok sekarang sudah mahal. Jika anda berhenti merokok, wang yang anda selalu belanjakan untuk membeli rokok itu boleh dikumpulkan untuk perkara yang berfaedah.

l) Anda dapat membantu melindungi alam sekitar daripada pencemaran asap rokok.

m) Anda juga kena sedar yang puntung rokok dibuangmerata-rata oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.

Jika dikaji tentang rokok semua tahu rokok memang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pon kepada si perokok dan orang yang berada disekelilingnya. Jadi kenapa mahu diteruskan lagi perkara yang tidak berfaedah itu? Merugikan diri dan menyusahkan orang lain.

Tips Berhenti Merokok 12M.

Jika anda nekad untuk berhenti merokok sebagai satu daripada banyak lagi azam baru anda. Apa kata anda cuba tips 12M dibawah :

1. Melengah-lengahkan. Iaitu jika anda terasa ingin merokok cuba cakap pada diri sendiri untuk tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasakan ketagihan merokok.
2. Menarik nafas panjang secara perlahan-lahan sebanyak 3kali.


3. Minum air masak putih dengan kuantiti yang mencukupi. Elakkan  minum minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.
4. Menyibukkan diri dengan perkara lain untuk mengalihkan fikiran serta untuk melupakan rokok.
5. Menjauhkan diri daripada perokok lain. Cuba untuk jauhkan diri dengan rakan yang merokok  sehinggalah anda benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok 100%
6. Mengelakkan diri daripada suasana yang mendorong kepada aktiviti merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan-kawan yang merokok.
7. Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan makan buah-buahan.
8. Membasuh tangan dengan kerap.
9. Mandi dengan lebih kerap.
10. Meregangkan otot dengan melakukan senaman ringan apabila terasa mengantuk.
11. Meditasi iaitu dengan cuba menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional.
12. Memohon doa kepada Allah agar dikuatkan semangat, azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.

Berhenti merokok tidaklah semudah kata. Tapi ianya tidak mustahil. Ini kerana ramai yang berjaya melakukannya. Jika mereka boleh kenapa tidak anda?

Bagaimana Vivix Shaklee Dapat Membantu Perokok Tegar Untuk Berhenti Merokok?


Vivix Shaklee bertindak dengan cara membantu memulihkan semula struktur DNA dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang lebih sihat. Sel-sel yang telah rosak akan dibaiki daripada peringkat DNA iaitu peringkat paling asas.

Apabila anda mengamalkan Vivix Shaklee, ianya akan membuatkan anda tak suka atau kurang rasa lagi pada rokok kerana Vivix akan membuatkan rokok anda terasa pahit. Ini bermakna sel-sel badan anda sedang menolak rasa rokok tersebut.

Vivix Shaklee sebenarnya membantu proses berhenti merokok dengan cara membuang nikotin yang ada pada DNA. DNA yang tercemar dengan nikotin akan dipulihkan apabila nikotin yang melekat padanya ditanggalkan. Hasilnya, DNA anda akan kembali kepada keadaan asal dan menyebabkan perokok akan merasa pahit apabila dia cuba untuk merokok. Yang mana akhirnya perokok akan berhenti dengan sendirinya ekoran dari rasa yang mereka alami tersebut.

Vivix Shaklee mengandungi kandungan resveratrol dan polifenol serta bertindak sebagai antioksidan yang sangat berkuasa. Antioksidan ini adalah sebagai agen pembersihan di dalam tubuh manusia. Apabila kita merokok, ianya akan menyebabkan banyak toksin akan terkumpul didalam badan kita. Jadi antioksidan ini berfungsi untuk membersihkan tubuh kita dari toksin tersebut sehingga satu tahap, apabila toksin-toksin tersebut sudah hilang atau berada pada tahap minima, antioksidan tersebut akan terus membersihkan toksin-toksin baru daripada memasuki tubuh. Jadi, sekiranya anda mengamalkan pemakanan sihat dengan antioksidan yang tinggi serta dalam masa yang sama anda adalah seorang perokok, rokok tersebut tidak akan memberi sebrang kenikmatan. Anda tidak lagi merasa ketagih untuk terus merokok. Lama kelamaan anda akan berhenti dengan sendirinya secara semulajadi.

Vivix Shaklee juga berfungsi untuk membantu memulihkan sel-sel anda yang rosak akibat radikal bebas daripada tabiat merokok itu tadi dan menjadikan anda lebih sihat serta memberikan bonus kulit yang berseri-seri.

Testimoni.






Ramai juga yang nak berhenti merokok tetapi gagal. Jadi inilah cara paling selamat & mudah untuk berhenti merokok selama-lamanya. Ikuti Video ini.

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Untuk Sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, promosi Shaklee atau mungkin peluang menjana pendapatan yang Shaklee tawarkan. Bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar sah Shaklee.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan