Cara Dapat Menjana Pendapatan Dengan Mudah dalam Jangkamasa Panjang
Zaman kian mencabar. Bermacam jenis jenayah mula
berlaku. Daripada menjual tubuh hinggalah kisah ibu menjual anak. Nauzubillahhiminzalik!
Ini semua berlaku kerana ekonomi yang menghimpit dan desakan hidup. Ramai yang
merungut tentang hidup mereka, tapi diakhir hari tersebut tiada apa pun yang
mereka lakukan untuk mengubah hidup mereka di keesokkan harinya. Betul kan?
Buat Keputusan Untuk Berniaga.
Alhamdulillah. Sekarang ramai yang terbuka untuk
menjana pendapatan dengan berniaga. Tetapi ramai juga yang masih termanggu
memikirkan apa jenis perniagaan yang mahu dipilih, modal yang ingin dilaburkan
dan mungkin memikirkan tentang modal, dimanakah duit modal itu ingin
diperolehi.
Catatan ini ditujukan khas kepada mereka yang sanggup
mengeluarkan modal sebanyak RM68.90 iaitu untuk yuran keahlian Shaklee
sekaligus anda dapat membeli produk Shaklee yang berkualiti, yang terbukti
berkesan, yang diuji secara klinikal, mempunyai banyak testimony yang berpuas
hati dengan produknya dan yang peling penting mempunyai Landmark Study pada
harga ahli serta dapat jimat sehingga 5% sehingga 20%.
Pihak Shaklee tidak perlu melantik mana-mana artis untuk
menjadi duta, cukup sekadar pengalaman pengguna atau testimony pengguna sendiri
untuk mempromosikan produk Shaklee, Jualannya seperti goreng pisang panas. Komisyen
yang diberikan atas kegigihan pengedarnya juga lumayan.
Terkenal Secara Online Dan Offline.
Shaklee kini terkenal baik secara atas talian (online)
atau offline. Google sahaja apa jenis tips berkaitan kesihatan, kehidupan,
kehamilan, penyusuan, kecantikan dan banyak lagilah tentu akan dikaitkan dengan
produk Shaklee.
Kadangkala satu pejabat pun ada yang menggunakan dan
menjual Shaklee. Ada juga yang satu keluarga menjadi pengedar Shaklee. Apabila
keadaan begini terjadi persaingan semakin sengit terutama bagi yang menjalankan
perniagaan.
Ini semua tidaklah membuatkan kami sebagai pengedar Shaklee mahu
termenung mengenangkan nasib. Ini semua kisah rezeki dan rezeki ini datangnya
dari Allah S.W.T yang Maha Esa. Kita kena yakin. Itu adalah kunci utama dalam
perniagaan ini. Kenapa kita harus fokus kepada orang-orang sekeliling kita
sahaja, sedangkan rakyat Malaysia berjuta bilangannya. Setuju?
Sistem Yang Maju Untuk Memasarkan Produk.
Kini dengan adanya system Shaklee yang baik serta
internet yang serba maju pengedar senang untuk mempromosikan produk Shaklee.
Sebut sahaja Shaklee orang sudah pun tahu, tak perlu kita hendak terangkan sangat.
Tetapi kita mestilah menjual dengan ilmu. Maknanya
pengedar kena tahu tentang kebaikan produk, set cadangan untuk pelbagai jenis masalah
dan penyakit, fungsi untuk setiap vitamin serta bagaimana untuk menjaga hati para
pelanggan.
Setiap pembelian produk Shaklee pengedarnya perlulah
tahu tentang produk dan masalah pelanggan. Supaya pelanggan akan lebih selesa
dan senang serta percaya dengan kita.
Jom Daftar Menjadi Pengedar Di Bawah Celikvitamin
Group.
Jadi pada mereka yang baru mengambil keputusan untuk
menjadi ahli Shaklee untuk memulakan perniagaan, tidak perlu risau. Jika anda
mendaftar dengan Cikta. Inshaa Allah Cikta akan pandu dan ajar anda daripada
zero to hero.
2 comments
Write commentsrajin betul pengedar shaklee ni.. diorang ada kat mana2 je.. hehe
Replybetul! Zaman sekarang memang kena rajin. hehe
Reply