Cara Mengawal Penyakit Psoriasis Dari Rumah Dengan Mudah Dan Berkesan

18:10 0 Comments A+ a-

Psoriasis adalah merupakan masalah keradangan pada kulit dan ianya dikatakan berkaitan dengan gangguan sistem autoimun. Kira-kira 2 hingga 3 peratus penduduk di Malaysia mengalami masalah psoriasis. Ini termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.


Kulit akan menjadi seakan-akan bersisik dan berkerak tebal dikebanyakkan bahagian tubuh badan terutamanya di bahagian kaki, bawah punggung, lutut, siku, tangan serta kulit kepala.

Punca Berlakunya Penyakit Psoriasis


Tidak dapat diketahui punca utama secara spesifik setakat ini mengapa penyakit psoriasis boleh berlaku. Banyak kajian yang mengatakan punca kepada penyakit psoriasis ini adalah daripada faktor genetik. Ini bermakna jika kita mempunyai penyakit ini, anak atau cucu cicit kita juga kemungkinan besar akan menghidapinya. Hanya yang membezakannya adalah keadaannya antara teruk atau tidak sahaja

Kajian yang terbaru menunjukkan bahawa pesakit Psoriasis ini memiliki risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetis, dan penyakit darah tinggi atau hipertensi.

Rawatan Bagi Mengatasi Penyakit Psoriasis

Rawatan mengatasi psoriasis adalah bergantung kepada:
1. Tahap psoriasis
2. Jenis psoriasis
3. Kawasan kulit terjejas akibat psoriasis
4. Tindakbalas pesakit terhadap rawatan psoriasis

Setiap jenis rawatan bagi penyakit psoriasis adalah berbeza bagi setiap individu pesakit. Ianya bergantung pada tahap penerimaan terhadap rawatan, jika reaksi psoriasis jadi lebih buruk, mungkin kaedah rawatan terpaksa ditukar atau dihentikan buat sementara waktu.

Antara rawatan pesakit psoriasis yang biasa dilakukan adalah termasuk penggunaan krim sapu pada kulit, preskripsi ubat-ubatan tertentu dan terapi cahaya.

Cara Mengawal Penyakit Psoriasis Dari rumah

Walaupun masih belum ada cara yang dijamin berkesan untuk menyembuhkan penyakit psoriasis, tapi terdapat cara untuk mengawal simptom-simptom ringan psoriasis yang boleh di buat hanya dari rumah. Seperti :

1. Pengambilan Supplement Untuk Meningkatkan Tahap Kesihatan


Amalkan pengambilan supplement bagi mengurangkan simptom psoriasis secara nutrisi dari dalam.

Menurut National Psoriasis Foundation antara yang dikenalpasti boleh meredakan simptom ringan penyakit psoriasis adalah Minyak ikan omega-3, vitamin D, milk thistle (tumbuhan herba), aloe vera, anggur oregon dan EPO.
Ianya boleh didapati secara terus daripada makanan seharian kita atau dalam bentuk supplement. Namun ianya memerlukan nasihat dan saranan pakar dermatologi sebelum pengambilan. Ini untuk mengelakkan kesan awal psoriasis daripada menjadi lebih buruk. Ianya bergantung kepada tindakbalas dan penerimaan seseorang individu.

2. Mengelakkan kulit daripada menjadi kering

Gunakan perkakasan pelembab udara (humidifier) di dalam rumah. Ianya boleh mengawal kelembapan udara persekitaran yang menyebabkan kulit kering.
Penggunaan krim pelembab bagi kulit sensitif atau moisturizer juga adalah digalakkan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ianya boleh mengelakkan atau melambatkan pembentukan plak iaitu kulit tebal, bersisik atau berkuping.
Disamping kaya dengan vitamin E yang mesra untuk melembabkan kulit. Minyak zaitun dan minyak kelapa juga bagus untuk kulit. Ianya boleh dijadikan sapuan untuk mengekalkan kelembapan kulit lebih lama.

3. Mengelakkan bahan pewangi

Kebanyakkan sabun wangi dan minyak wangi adalah mengandungi bahan kimia yang mana boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Memang ianya digunakan untuk mewangikan tetapi dalam masa yang sama ianya  menyebabkan keadaan psoriasis menjadi lebih teruk.

Jangan cuba-cuba hendak menggunakan produk sembarangan atau anda boleh memilih produk yang sesuai untuk kulit sensitif. Elakkan daripada menggunakannya pada kawasan kulit yang terdedah kepada psoriasis.

4. Menjaga pemakanan


Setiap individu akan mempunyai karakter psoriasis yang mungkin tidak sama berkaitan dengan alahan makanan tertentu. Fahami keadaan alahan kulit anda sendiri. Elakkan makan daging merah dan snek berlemak atau apa sahaja makanan yang boleh mencetus  psoriasis.
Pilih makanan yang sesuai dan sihat seperti buah-buahan dan sayuran, ikan (yang tidak mendatangkan alahan), biji-bijian, kekacang yang kaya dengan omega-3 untuk mmengurangkan keradangan pada kulit.

5. Mandi dengan air suam

Mandian hangat air suam bercampur garam epsom, minyak zaitun, herba dan sebagainya juga boleh membantu meredakan kegatalan dan melegakan kulit. Gunakan pelembab kulit selepas mandi kerana ianya boleh menambahkan kesan baik pada kulit terjejas.

6. Cuba Kawal stress dengan baik

Simptom psoriasis kadangkala ringan dan kadangkala tiba-tiba ianya boleh menjadi berat apabila sampai masa yang tertentu. Jadi menahan diri daripada kegatalan serta tidak menggaru kulit terjejas psoriasis sering meningkatkan tahap stress.

Pada tahap ini, kesedaran dan kesabaran serta bijak mengawal situasi mungkin boleh menyelamatkan keadaan dan meredakan gangguan emosi. Berkongsilah masalah dan maklumat dengan rakan-rakan psoriasis lain dalam Persatuan Psoriasis Malaysia. Ianya mungkin boleh membantu.

7. Berhenti merokok segera


Merokok sememangnya memberikan lebih banyak kesan negatif kepada perokok derta orang disekelilngnya. Merokok juga boleh menyebabkan ubat atau nutrisi pemakanan yang baik untuk mengawal psoriasis tidak dapat diserap dengan sempurna. Ianya boleh menyebabkan kulit menjadi mudah kering kerana mengurangkan keberkesanan vitamin C dalam badan.

8. Berjumpalah dengan pakar dan minta nasihatnya.


Sukar untuk memilih cara yang sesuai untuk menangani masalah psoriasis bagi setiap orang. Mungkin ya, untuk orang tertentu tetapi mungkin langsung tidak memberi kesan kepada orang lain.

Rujuk dan berbincang dengan doktor pakar dermatologi terlebih dahulu. Ianya adalah lebih baik. Biar mereka mendiagnosis masalah dengan lebih teliti sebelum anda bertindak untuk menanganinya sendiri di rumah.

Set Shaklee Yang Dicadangkan Untuk Pesakit Psoriasis.

Set Detox


Ini adalah set paling baik sebelum mengambil suplemen lain. Pesakit psoriasis digalakkan mengambil set detox ini terlebih dahulu. Ini adalah bagi membantu mengeluarkan toksin daripada dalam badan di samping membantu proses penyerapan vitamin lain yang lebih berkesan. Set detox Shaklee ini mengandungi:

Vivix Shaklee

Vivix Shaklee merupakan minuman campuran botani dan ianya revolusi terbaru di dalam pemakanan. Mengandungi polifenol dengan gabungan unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu.
Polifenol pula adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  Vivix Shaklee membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat sel-sel keperingkat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membantu memperbetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah satu punca psoriasis iaitu genetik.

DTX Complex

DTX Complex mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu merangsangkan pembaikan dan regenerasi sel hati di samping mengekalkan pengaliran hempedu yang normal serta mengeluarkan toksin daripada tubuh badan.

Herblax

Ianya berfungsi untuk pembersihan secara lembut dalam proses pembuangan harian untuk penyerapan vitamin lain menjadi lebih mudah serta berkesan. Herblax membantu proses detox pada organ usus besar.

Alfalfa Complex

Alfalfa adalah merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ianya berfungsi mencuci hati, darah dan usus. Sebagai detoks harian bagi membantu memulihkan dan mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersih hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Juga berfungsi mengurangkan alahan dan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan. Ianya juga membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol , alfalfa bertindak seperti ‘span’ untuk menyerap lemak degil dan dinyahkan dari tubuh melalui proses pembuangan yang lancar.

Peppermint Ginger Plus

Mengandungi bahan seperti pudina yang kaya dengan vitamin c bagi membantu membunuh kuman serta membantu mengurangkan rasa loya dan mual.
Selain itu ianya mengandungi halia yang baik untuk sistem penghadaman dan mengelakkan angin atau kembung. Ramuan lain pula adalah seperti jintan manis yang bagus untuk mencuci usus dan perut. Justeru ianya baik untuk perut berasid dan berangin.

Selain supplement diatas, pesakit psoriasis juga disarankan untuk mengambil dan mengamalkan produk berikut:

Sustained Released Vitamin C


Ianya bersifat antioksidan dan sangat baik untuk meningkatkan sistem imun. Nutriferon adalah pencetus, manakala vitamin c adalah askar yang bekerja untuk menjaga sistem imun kita. Jadi selain Nutriferon, vitamin C juga penting untuk sistem imun yang kuat. Selain itu vitamin C juga terbaik untuk kesihatan kulit.

Omega Guard


Omega Guard Shaklee adalah merupakan minyak ikan omega 3 yang 99.99% tulen. Minyak ikan membantu meningkatkan imunisasi badan dan bersifat anti radang justeru dapat mengawal keradangan kulit. Minyak ikan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE seperti psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun.

Nutriferon


Nutriferon telah dicipta oleh pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dengan lebih daripada 40 tahun penyelidikan. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells, makrofag.

Bagi psoriasis, Nutriferon dapat membantu merangsangkan pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat. Selain itu Nutriferon juga membantu memerangi virus dan seterusnya mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti, kembung perut, rasa mual, muntah.

Bcomplex


Bcomplex membantu dalam proses penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan anti kemurungan (stress). Ia adalah nutrien anti-kemurungan. Memandangkan salah satu sebab psoriasis menjadi merebak adalah disebabkan oleh stress, maka bcomplex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis. Selain itu, bcomplex juga sangat baik untuk memperbaiki kesihatan saraf.

Energizing Soy Protein (ESP)
  

ESP Shaklee diperbuat daripada soya non-GMO. Justeru itu ianya selamat untuk diamalkan. Memandangkan ianya adalah sumber protein, ianya membantu dalam proses pembinaan sel. Ia berupaya membantu menghasilkan sel yang sihat dan memperbaiki sel yang rosak.

Anda boleh memilih supplement diatas mengikut yang perlu diambil, tetapi jika diambil semua dan bermula dengan set detox, hasilnya in shaa Allah lebih optimum dan berkesan.


Testimoni Psoriasis dan Shaklee.





Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah Psoriasis serta vitamin yang sesuai, anda bolehlah menghubungi Cikta. 


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan