Saturday, 13 January 2018

Cara Menghilangkan Jeragat Yang Degil Dengan Selamat Dan Berkesan

Bila berganjak usia, tengok cermin ada sahaja yang tak kena. Kalau dulu jerawat malu-malu nak keluar sebab kulit bukan jenis berminyak. Bahagia rasanya. Tapi bila dah meningkat usia kulit tak berminyak  yang menjadi pujaan itu tiba-tiba naik jeragat. Mulalah cari cara untuk menghilangkannya.Stress kan? 


Tapi ingat jangan pula dek kerana nak kulit cantik. Sampai sanggup menggunakan krim-krim yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri dan hydroquinone. No! No! No!

Nanti cantiknya 2 atau 3 bulan tapi merana seumur hidup. Banyak sebenarnya cara yang lebih selamat dan berkesan. Kan pepatah ada kata ‘biar lambat asal selamat’. Nak cepat-cepat sangat nak pergi mana?

Punca-punca Terjadinya Jeragat.

Jom kita berkenalan serba sedikit dengan punca-punca terjadinya jeragat. Dengan sedikit ilmu ini mungkin boleh membantu anda mengelakkan kulit daripada risiko jeragat yang degil ini. Jika memang sudah mempunyai jeragat mungkin kita boleh pudarkan dan hilangkan sedikit demi sedikit. In shaa Allah. Antara puncanya ialah:

1. Matahari
Sinaran matahari memang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Tapi jika kita terlalu terdedah dibawah terik sinarannya ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sel kulit.

Sinar matahari mengandungi sinar Uv A, B dan C.
  • ·     Uv A (Aging) – Ianya akan membuatkan kulit kita akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
  • ·       Uv B (Burn) – Ianya akan menyebabkan melanin keluar bagi melindungi lapisan kulit dari sinaran uv itu tadi.
  • ·      Uv C (Cancer) – Jika terlalu terdedah dengan sinaran uv kita juga berisiko untuk mendapat kanser kulit.

Penghasilan melanin untuk melindungi lapisan kulit daripada terlalu terdedah daripada sinaran uv yang mengakibatkan masalah kanser itu tadi yang menyebabkan terjadinya jeragat. Jadi perlulah kita mengelakkan dari terlalu terdedah dengan cahaya matahari jika ingin mengelakkan masalah jeragat.

2. Kehamilan


Kebiasaannya ibu hamil akan mengalami banyak masalah berkaitan kulit. Ini adalah disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu. Jadi ibu hamil disarankan untuk mengambil nutrisi secukupnya dalam pemakanan seharian untuk memastikan kulit sentiasa sihat. Masalah yang biasa dihadapi oleh ibu hamil adalah seperti kegatalan, rekahan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat.

Sesetengah orang, jeragat yang timbul demasa hamil akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga yang terus mengalami masalah jeragat dan payah untuk pudar dan hilang.

3. Rawatan berkait dengan hormon
Menurut kajian yang dijalankan, kebanyakkan wanita yang menjalani rawatan hormon tidak kira diambil dalam bentuk pil, suntikkan atau tanaman banyak mengalami masalah jeragat.

Jeragat ini disebabkan hormon yang tidak stabil. Ramai yang mengalami masalah jeragat selepas mereka mengambil perancang kehamilan.

4. Ubat- ubatan
Pengambilan pelbagai jenis ubat yang memberi kesan sampingan pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel baru yang sihat dan aktif.

5. Wangian dalam produk.
Wangian dalam produk seperti dalam pewangi badan, kosmetik atau pewangi pakaian misalnya yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic‘. Ianya juga adalah diantara punca terjadinya masalah jeragat.

6. Hypothyroidism


Ianya dikenali sebagai keadaan dimana paras hormon tiroid rendah. Masalah ini akan berlaku apabila kelenjar tiroid tidak lagi berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Boleh baca mengenai hipotiroid disini

Cadangan Set Untuk Memudarkan Serta Menghilangkan Jeragat.



Energizing Soy Protein (ESP)
Untuk mencantikkan kulit dari dalam. Daripada soya Non-GMO iaitu sumber protein berkualiti yang berfungsi membantu dalam pembinaan sel yang sihat. Bila sel baru yang sihat dihasilkan jeragat akan memudar dan hilang.

GLA Complex
Untuk membantu kulit bebas dari cela. Ianya membantu melembabkan kulit dan menyelesaikan masalah berkaitan hormon.

Collagen Powder
Untuk membantu menjadikan kulit lebih muda. Apabila usia telah meningkat collagen yang dihasilkan dalam badan akan makin berkurangan jadi ianya membantu memberi kesan kepada kulit supaya lebih anjal dan tegang.

Sustained Release Vitamin C
Untuk menjadikan kulit lebih berseri . Ianya membantu melindungi kulit daripada pencemaran serta kerosakan akibat radikal bebas disekeliling kita.

Untuk terus membeli Set Radiant 4 ini. Sila klik :


Untuk sebarang pertanyaan mengenai Set Radiant 4 Shaklee atau produk lain yang sesuai dengan masalah kesihatan anda. Sila hubungi Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...