Ke Melaka Kita.

09:27 2 Comments A+ a-

Hari ini hari kedua dalam tahun 2018, anak-anak dah masuk sekolah dah pon. Bukan main sibuk semua. Entry kali ini Cikta saja nak share pengalaman bercuti di Melaka pertengahan bulan december hari tu. Saja suka-suka bawa anak berjalan negeri orang.


Sebenarnya semuanya sebab Cikta terpengaruh beli voucher Melaka Wonderland di Facebook. Kalau tak, rasanya tak keluar dari JB la jawabnya. Lagipun cuti sekolah ni anak sulung Cikta si Umar awal-awal dah request nak tinggal dengan makcik dan pakciknya di Kedah. So hujung bulan November tu dah hantar dia ke KL. Dari KL dia ke Kedah dengan atuknya. Ibu dan Abah pun baliklah ke JB membawa hati yang lara. Cewah!

Dipendekkan cerita masa nak ambil dia tiba-tiba idea datang. Apa kata alang-alang pergi ambil dia tu, sekali pergi holiday. So sempatlah plan 4family. Dengan kakak-kakak angkat yang sporting habis. Angkut semua ahli family. Kita holiday!!! Sebelum tu jom telan Vit C dan ESP Shaklee sebelum gerak.


Sampai RNR Ayer Keroh berhenti makan. Kami sempat berportluck tau. Kenyang! Alhamdulillah. Lepas tu Alfalfa tidak dilupakan.

Tempat Menarik Dilawati Hari Pertama.

Melaka Taming Sari.




Hari pertama sampai di Melaka, hari isnin. Dapat tahu Melawa Wonderland tutup hari tu. Jadi kami ambil peluang ni untuk round Bandar Hilir, Melaka. Tempat pertama kami tuju Menara Taming Sari. Harga dewasa RM17, Kanak-kanak RM11. Dah naik kan?

Kota A Famosa.







Selepas tu kami decide untuk jalan area Kota A famosa melayan anak-anak. Jadi sempatlah Hiking sambil menggendong Emir. Tinggi kan? Nak tahu apa rahsia boleh sampai puncak dengan Emir yang nak dekat 9kg tu? Selain daripada supplement Shaklee yang Cikta dok hadap hari-hari. Cikta gunakan Baby wearing jenis SSC (Soft Structured Carrier) brand Jumpsac. Local je yang mampu. Itu pun dari kecilnya Zulaikha simpan elok-elok. Untuk yang masih mencari baby carrier yang best bolehlah cuba Jumpsac. So far sangat selesa. 

Cendol Tepi Sungai Melaka.



Dah naik bukan main tinggi dengan pemberat yang kus semangat tu. Kami singgah minum cendol di tepi Sungai Melaka. Sambil minum air tembikai dari buahnya. RM10 sahaja tau. Puas hati!

Jumpa Adik ipar dan angkut diorang sekali mandi pantai. Jom enjoy!

Pantai Puteri.

Dah borak dan berkumpul ramai-ramai sambil minum cendol tepi sungai Melaka yang bersih. Kami ke Pantai Puteri. Anak-anak memang excited bukan main. Terus mandi pantai petang tu. Kosnya Percuma. Masa ni tak ada gambar sebab abahnya yang handle anak. Ibu tidurkan Emir dalam kereta. Nampak tak ibu saja yang excited tangkap gambar semua orang. sob sob sob.

Homestay Murah Dan Selesa.

Seharian dah, jadi kami pon decide untuk check in homestay. Kami memang dah siap-siap cari homestay di sana. Dapatlah homestay yang sangat berpatutan. Harga untuk 3 hari 2 malam RM440. 4bilik dan 2bilik air. Siap dengan kelengkapan masak semua. Memasak ni aktiviti wajib, yalah pergi dengan family dan anak-anak sikit punya ramai. Kalau makan luar tu mahu bulan depannya puasa. So untuk menjimatkan kos mak-mak pon berkorbanlah masak. Lagipun 2orang chef yang joint. Best tau. Sebelum tidur ostematrix tidak dilupakan.

Nak tau pasal homestay ni boleh klik sini

Hari kedua.

Melaka Wonderland.






Yeayyyyy! Time to berendam. Kami gerak dalam pukul 10 lebih untuk sampai ngam-ngam tempat ni baru buka. Waktu operasi dari jam 11pagi hingga 6.30petang.

Tiket masuk dewasa RM37.90, kanak-kanak RM32, warga emas RM18.95. Tapi disebabkan kami ada voucher kami Cuma perlu bayar 4tiket dewasa 4tiket kanak-kanak dan 1tiket warga emas. Jimat sangat!

Daripada 5bintang Cikta bagi 4bintang. Semua best kecuali jalan tar dia. Aduh. Sakit kaki tau. Yang lain semua ok. Makanan kat dalam tu pon boleh tahan murah. Tak adalah nak marah staff dia ambil roti dalam beg kitorang bawak keluar masa kat pintu masuk.

Dalam ni banyak game yang best dan yang paling penting dari baby sampailah ke mak bapak budak bukan main enjoy. Sewa pelampung RM25 tapi memang guna to the max lah. Tak bagi chance.



Ada Tornado Chase, Kamikaze Race, Wave Pool, Eh banyak lagilah. Boleh check semua info kat sini.

Yang voucher tu pula boleh google ‘voucher Melaka wonderland’ dapatlah murah korang nak berkubang kat situ kan? Lagi-lagi yang anak ramai. In shaa Allah mampu beli.

Hari ketiga.

Semalamnya dah terpengsan awal semuanya. So memang tak adalah nak merayau malam ke apa ke. Lagipon bawa anak kecil so malaslah keluar malam. Lepas makan masakan daripada Kakak-kakak Chef kita. Tidurlah. Heaven!

Kolam Air Panas Jasin.






So pagi ni siap-siap nak check out dari homestay. Mulanya nak pergi Taman Buaya pagi tu tapi ramai yang vote nak berkubang lagi. So hari ketiga ni aktiviti kami masih lagi ada kaitan dengan air. Kami ke kolam air panas Jasin.

Masa baru sampai nganga jap tengok harga pelampung yang makcik depan themepark tu jual. RM6 lebih kurang dengan pelampung RM35 kat Melaka Wonderland. So awal-awal memang semua bukan main memborong pelampung dan pistol air. Meriah!

Tiket masuk Dewasa RM10, kanak-kanak RM7 ni untuk kombo kolam air panas dan sejuk. Alang-alang dah sampai ambil kombo teruslah kan? Sudahlah murah, siap makanan luar dibenarkan masuk lagi. Konsep dia ala-ala picnic gitu. Serious best. Kebersihan tu agak kurang memuaskanlah. Tapi tak adalah kotor sangat. Biasa-biasa sahaja.

Rumah Terbalik.

Balik daripada kolam air panas tu kami kononnya nak ke Taman Buaya. Tapi berangan lebihlah kan kalau pukul 4petang dah time tu. So kami decide ke Bandar Hilir semula. Pergi rumah terbalik pula.






Sampai sahaja sana, MashaaAllah! Ramainya orang. Oh ya cuti sekolah kan? Haruslah ramai. Makinlah excited nak tengok macamana rumah terbalik ni. Tiket RM18 untuk dewasa RM12 untuk kanak-kanak.

Tapi yang ni seriously dispointed jugalah sebab tempat dia kecil sangat. Tak padan langsung dengan orang yang bersesak dalam tu. Kau terlanggar aku, aku terlanggar dia. Haaa macamtu la kaedahnya. So lepas snap-snap gambar kami cepat-cepat keluar. Anak pun meragam, rimas agaknya dengan keadaan sesak tu.

Perigi Hang Tuah.


Naik kereta baru decide nak ke perigi Hang Tuah pula. Bawa budak-budak kan. Jadi diorang request kenalah pergi. Sampai sana anak-anak behave je tapi mak-mak bershopping ole-ole tak ingat dunia. Adatlah kan? Namanya pon mak-mak.
Selepas itu, kami berangkat pulang. Itu pon sempat singgah makan di Muar. Dalam pukul 11malam baru sampai ke rumah. Sampai rumah baru perasan. Penatnya rasa.

Apa-apa pun holiday kali ini best! Melaka, nanti kami datang lagi tau. Tunggu!
Sepanjang di Melaka ni ostematrix, Vit C, Alfalfa dan ESP Shaklee sangat-sangat membantu. Bertenaga mak sambil menyusukan, layan anak meragam, berjalan tak ingat dunia. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik. Kesihatan itu anugerah. Jagalah ia.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau peluang menambah pendapatan sila hubungi Cikta.

Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan

2 comments

Write comments
2 January 2018 at 07:16 delete

Wahhh, menarik!! Selalu juga sampai ke melaka tp belum pernah ke Rumah terbalik..very nice pic!!

Seharian Di KL Bird Park,Pengalaman Pertama Dan Sangat Mengujakan

Reply
avatar
Masita Hassan
AUTHOR
3 January 2018 at 09:20 delete

ok lepas ni kena try tau. :)

Reply
avatar