Petua Merawat Sakit Gigi Semasa Hamil Atau Menyusukan Secara Semulajadi Dengan Mudah Dan Berkesan

17:25 0 Comments A+ a-

Orang kata sakit gigi ni antara sakit yang paling menyakitkan di dunia kan. Tolonglah percaya. Sebab sakit gigi ni sakit dia bukan main hebat. Pernah terbaca sakit gigi ni sakit ke 3 selepas sakit semasa dicabut nyawa dan sakit bersalin. Boleh bayangkan tak betapa sakitnya sakit gigi?


Kalau keadaan biasa kita sakit gigi bolehlah kita gigih telan ubat tahan sakit. Tapi cuba bayangkan sakit gigi semasa hamil. Aduhai! Berguling tahan sakit. Nak makan ubat pon risau tentang kesan ubat pada anak dalam kandungan.

Punca Sakit Gigi Pada Ibu Mengandung

Gigi reput memang lebih cenderung berlaku ketika hamil dan antara tandanya seperti gusi bengkak dan gigi sakit. Ada beberapa sebab antaranya:
1. Perubahan Selera Makan.
Semasa hamil kebiasaannya ibu hamil cenderung mempunyai perubahan selera makan. Ibu juga akan lebih kerap minum susu dan dalam susu kebiasaannya ada gula tambahan. Kadangkala ibu mengidam nak makan makanan yang manis. ianya salah satu punca menyumbang kepada kaviti penyebab sakit gigi.
2. Gingivitis Semasa Hamil.
Perubahan hormon dalam badan juga boleh jadi antara penyebab terjadinya bengkak gusi dan seterusnya menyumbangkan kepada sakit gigi. Gingivitis semasa hamil ni bukan menyebabkan gusi bengkak, malah boleh timbul juga sakit gigi. Ada kes sampai bernanah gusi.
3. Morning Sickness/ Alahan Semasa Hamil
Ibu yang selalu muntah semasa hamil, tekak kita rasa pedih kerana terlalu kerap muntah. Itu berlaku disebabkan asid dari perut naik dan keluar sama, terkena gigi. Ianyajuga boleh jadi punca kaviti pada gigi.
4. Kekurangan Kalsium.
Wanita memang memerlukan kalsium lebih berbanding dengan lelaki. Apabila wanita datang bulan pun akan kehilangan kalsium. Semasa hamil apatah lagi.
Kalsium amat diperlukan untuk membantu pertumbuhan tulang fetus anda. Walaupun anda sudah mengambil pil kalsium, jangan pelik benda ni masih lagi kurang. Lebih lebih lagi kalau ambil pil kalsium yang semata mata kalsium tu. Kalsium yang ingin diserap dengan baik memerlukan magnesium, vitamin D dan mineral lain seperti boron serta mangan.
5) Oral Hygiene/ Kebersihan Dalam Mulut
Semasa hamil kadangkala nak gosok gigi pun sengsara dek alah dengan rasa atau bau ubat gigi.. Maka, ada ibu terpaksa kurang kerap memberus gigi berbanding biasa. risiko kaviti lagi tinggi.

Petua Hilangkan Sakit Gigi Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung Atau Menyusukan.

1. Air garam


Anda boleh cuba melegakan kesakitan gigi tersebut menggunakan air garam, caranya berkumur dengan air garam yang suam. In shaa Allah anda akan rasa sedikit lega.

2. Rebusan daun serai


Ambil daun serai dan tumbuk sehingga hancur. Selepas itu tambahkan air suam serta campurkan sedikit garam. Kemudian, berkumur sehingga sakit semakin kurang.

3. Tomato muda


Ambil sebiji tomato muda dan potong nipis. Cuba masukkan hirisan tomato tadi ke bahagian gigi yang berlubang atau sakit. Jika gigi anda sememangnya berulat, ulat akan keluar ke arah tomato tadi. In shaa Allah, anda akan rasa lebih lega.

4. Habbatussauda


Habbatussauda memang terdapat banyak kebaikannya. Juga untuk gigi yang sakit. Caranya ambil serbuk habbatussauda dan lumurkan atau sumbatkan ke bahagian gigi yang sakit. In shaa Allah sakit anda akan berkurang.

5. Bunga cengkih


Bunga cengkih boleh jadi penawar untuk masalah ini. Caranya ambil 3 hingga 5kuntum bunga cengkih, kemam dalam beberapa tempoh. Jika gigi anda berlubang, sila tumbuk bunga cengkih dan masukkan serbuknya ke dalam lubang tersebut. In shaa Allah sakit anda akan beransur lega.

Petua di atas menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur rumah anda, Senang bukan? Boleh cuba legakan kesakitan dengan hanya cara alami. Jika sakit anda melarat dan berterusan adalah lebih baik anda pergi ke klinik gigi untuk bertemu dengan doctor gigi.

Set Cadangan Shaklee.

Nutriferon


Mengandungi biji plantago yang bagus bagi meredakan sakit gigi. Ia juga bertindak sebagai antibiotic atau anti bakteria untuk membantu melawan punca sakit gigi. Bagi yang mempunyai anak kecil wajib simpan nutriferon ni di rumah. Seisi keluarga demam pun boleh makan. Untuk tingkatkan system imun badan supaya tak mudah dijangkiti demam, lelah dan penyakit berjangkit lagi-lagi untuk anak yang ditinggalkan di pusat asuhan.

Ostematrix


Pil kalsium yang lengkap dengan magnesium, vitamin D dan mineral boron serta mangan. Jika sakit gigi anda berpunca dari masalah kekurangan kalsium ianya boleh diatasi segera kerana sumber kalsium dalam OsteMatrix mudah diserap. Ibu juga boleh menggunakannya untuk mengatasi masalah sembelit semasa hamil, berpantang atau menyusukan.

BComplex


Memang terkenal sebagai vitamin untuk saraf. Ianya lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan. Ianya juga boleh membantu meredakan masalah mual dan loya ibu ketika hamil.

Untuk membeli terus set ini :


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, masalah ketika hamil dan penyusuan atau peluang menjana pendapatan dengan Shaklee. Sila hubungi Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan