Tips Banyakkan Susu Ibu Dengan Berkesan.

23:33 4 Comments A+ a-

Boleh dikatakan semua ibu yang baru melahirkan anak berhajat untuk menyusukan anak mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya dalam tempoh 6bulan atau jika mempunyai rezeki sehingga 2tahun. Tetapi menjayakan penyusuan susu ibu bukanlah semudah yang kita fikirkan. Adakala menuntut pengorbanan dan kesabaran si ibu dan ayah serta orang disekelilingnya.



Mari Cikta kongsikan tips untuk memperbanyakkan susu. In shaa Allah berkesan. Dan semoga dapat membantu ramai ibu-ibu diluar sana.

Berikan Susu Badan Langsung (Direct Feeding) Dari Ibu, Bukan Susu Formula.

Petua yang memang terbukti berkesan. Tahu tak bahawasanya otak kita yang merangsang penghasilan susu. Jadi sekiranya anak minum secara langsung dari badan, makanya signal akan dihantar daripada otak ibu ialah untuk merangsang payudara kita menghasilkan lebih banyak susu.


Tips : Susu ibu yang dihasilkan adalah berdasarkan konsep permintaan dan penawaran (Demand dan Supply). Selagi anak menyusu secara langsung dari badan walaupun hanya pada sebelah malam iaini bagi ibu yang bekerja. Susu akan ada In shaa Allah.

Bagi ibu yang bekerja, perlu dipastikan anda mengepam payu dara sehingga kosong pada waktu bekerja, jangan dibiarkan payudara kita bengkak. Ini adalah agar signal yang dihantar ke otak kita adalah supaya payu dara sentiasa menghasilkan lebih banyak susu.

Beri Anak Susu Badan Sahaja.


Memperkenalkan susu formula di awal kelahiran anak akan menyebabkan permintaan kepada susu ibu menjadi semakin berkurangan. Ini terjadi kerana anak akan merasa cepat kenyang dan anak juga tidak mahu menerima rasa susu yang berbeza.


Sekiranya ibu ingin menyusukan secara ekslusif paling singkat dalam tempoh 6 bulan pertama, dinasihatkan supaya tidak memberikan anak susu formula. Teruskanlah penyusuan sehingga anak anda berusia 2 tahun kerana susu ibu adalah susu yang terbaik di alam semesta ini untuk anak.

Beri Anak Menyusu Awal Dan Secara Kerap.

Ini ilmu baru yang perlu ibu ketahui dan belajar. Iaitu bagaimana ibu ingin tahu masa bila anak ingin menyusu? Apakah tanda-tandanya?


Jangan biarkan anak anda dalam kelaparan, seelok-eloknya beri anak menyusu pada awal sewaktu anak menunjukkan signal bahawa dia ingin menyusu. Kerapkan masa penyusuan. Ini kerana, lebih kerap anak anda menyusu, lebih banyak susu badan yang akan dihasilkan.

Jika anda merasakan ada susu yang berlebihan, bolehlah dipam dan disimpan dalam peti sejuk untuk kegunaan masa depan. Sekiranya anda bekerja, pastikan anda mempunyai stok susu yang mencukupi untuk anak.

Tidak Memberikan Anak Anda Susu Melalui Botol Dan Elakkan Penggunaan Puting Tiruan

Perlu anda ketahui, sekiranya anda menggunakan botol untuk menyusukan anak anda, lama- kelamaan susu akan berkurangan. Ini terjadi kerana tiadanya hubungan penyusuan dari badan secara langsung. Oleh itu signal akan dihantar ke otak yang anak tidak memerlukan susu lagi. Dan pengeluaran susu akan semakin berkurangan, jika ianya berterusan boleh menyebabkan susu kering.


Pengunaan botol boleh mengundang kepada masalah keliru puting. Anak anda mungkin akan menjadi "keliru puting"  kerana menyangka puting tiruan adalah puting susu ibunya. Pengunaan puting tiruan akan menyebabkan anak menghisap susu dengan lebih cepat berbanding dengan menyusu secara langsung dengan ibu. Oleh itu, anak akan mengelak untuk minum secara langsung dari badan ibu. Ini kerana, jika menyusu secara langsung memerlukan anak untuk berusaha  menghisap berulang kali untuk mendapatkan susu ibu. 

Kebiasaannya ia akan menjadi 'malas' dengan penyusuan langsung dari badan ibu. perkara ini akan mengundang kekecewaan dari pihak ibu sekiranya mahukan bayi anda menyusu secara ekslusif.

Tip : Anda boleh menggunakan sudu atau botol yang mempunyai puting sudu atau stringe untuk menyusukan bayi semasa ketiadaan kita. Ini akan mengurangkan risiko bayi keliru puting. Selain itu, kerjasama daripada pihak pengasuh juga adalah sangat penting untuk menyusukan anak anda dengan cara tersebut.

Kerap Meluangkan Masa Bersama Anak Dan Tidur Bersama.


Tidur dengan anak akan memudahkan sesi penyusuan badan. Anda boleh menyusukan pada bila-bila masa sahaja. Ianya akan membantu mengurangkan rasa letih ibu dan juga dapat memastikan anak akan berasa lebih selamat.
Jangan hadkan Anak Menyusu Mengikut Jam.

Bayi perlu diberi susu apabila ia lapar paling kurang dalam tempoh 2 jam. Kebiasaannya setiap 2 jam kebanyakkan bayi akan menyusu semula. Tetapi bukan bermakna anda hanya perlu menyusukan anak pada setiap 2 jam. Adakalanya bayi akan cepat lapar dan ingin menyusu kerana susu ibu senang dihadam, jadi perhatikan corak penyusuan anak anda bukanlah jam penyusuan.

Minum Banyak Air Masak Putih Atau Mineral

Anda perlu memastikan pengambilan air putih sekurang-kurangnya 3 Liter sehari bagi membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ibu menyusu memerlukan banyak air. Hampir sebahagian keperluan air dalam badan ibu akan disalurkan kepada bayi. Kekurangan air boleh  menyebabkan penghasilan susu ibu terganggu. Jadi minumlah air kosong, air susu atau jus buah. Ibu juga perlu elakkan pengambilan  air berkarbonat dan berkafein tinggi.

Selalu Berfikiran Positif

Sentiasa berfikiran positif mengenai proses penyusuan. Sentiasa fikir susu kita banyak dan anak kenyang bila menyusudengan kita. Sebab kita apalah apa yang kita fikir. Fikir baik-baik, baiklah yang akan datang kepada kita.

Amalkan Pengambilan Supplement Atau Makanan Tambahan.


Untuk memastikan badan anda menerima khasiat yang mencukupi semasa sedang menyusukan anak, anda perlulah mengetahui keperluan badan untuk seorang ibu yang menyusukan.

Ibu yang menyusukan perlu memastikan kalsium yang diambil tidak kurang dari 1000mg sehari. kekurangan kalsium dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan masalah sakit sendi dan tulang.

Pastikan juga pengambilan multivitamin (Vitalea), Vitamin C dan B Complex untuk mengembalikan kesihatan selepas melahirkan, meningkatkan imunisasi ibu dan mengembalikan tenaga. Apabila ibu sihat, susu yang dihasilkan juga sangat berkualiti.

Tip : Ibu yang sihat menghasilkan susu yang lebih banyak dan pekat, bayi juga akan kurang meragam. Pengambilan Protein dan Omega juga penting pada waktu penyusuan.  Apa yang ibu ambil akan sampai kepada bayinya melalui susu. Jadi pastikan anda mengamalkan supplement untuk penyusuan dan jangan abaikan pemakanan sihat. Alfalfa diperlukan sebagai penggalak susu atau milkbooster untuk ibu yang mempunyai masalah susu merundum.

Anda boleh mencuba suplemen penyusuan Shaklee. Sangat baik sekali, susu bukan sahaja lebih pekat dan banyak, malah badan ibu juga lebih cergas bertenaga.

Testimoni.








Jika anda mempunyai masalah berkaitan penyusuan atau ingin bertanyakan tentang produk Shaklee yang lain. Bolehlah menghubungi Cikta. Cikta merupakan pengedar Shaklee yang sah di Malaysia.

Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru

Facebook : Masita Hassan

4 comments

Write comments
23 January 2018 at 04:20 delete

malas nak baca, sebab I memang tahu dah shaklee punya supplement memang banyak membantu ibu yang menyusukan anak.. anti betul orang yang kondem supp, hehhe apa pun shaklee punya vita lea memang ohsem eh

http://www.syafierayamin.com/2018/01/esl-one-genting-2018-dota2-kejohanan.html

Reply
avatar
Auni Sofea
AUTHOR
23 January 2018 at 06:23 delete

Hai, bagus produk Shaklee ni. Saya pun suka. Saya tag sis untuk blogwalking segmen ye. Kalau sis nak remove tag, inform saya. Thanks and sorry.
https://herlittlehome.blogspot.my/2018/01/segmen-blogwalking-by-misskepeng.html

Reply
avatar
Masita Hassan
AUTHOR
24 January 2018 at 00:53 delete

Thanks sudi singgah blog I. Betul lah kenapa nak kondem2 tak baik tau. Hihi...

Reply
avatar
Masita Hassan
AUTHOR
24 January 2018 at 00:55 delete

Thanks sudi singgah sini. Seriously saya sudi untuk segmen blogwalking tu.thankssss...😘

Reply
avatar