Tips Hamil Mudah Dan Berkesan Dengan Vivix Shaklee
Toleh kanan, kawan yang ini sudah mengandung. Toleh
kiri, kawan yang itu sibuk melayan anak-anak kecil. Alahai sedihnya rasa.
Padahal kahwin lebih kurang sahaja tarikhnya. Yang pernah mengalami pasti tahu
betapa rasa terhirisnya. Ya, mungkin ada yang kata sabarlah. Tapi kita manusia
kan?
Mari Cikta kongsikan tips hamil dengan mudah dan in
shaa Allah berkesan. Semoga bermanfaat untuk semua yang memerlukannya. Doa
Cikta semoga kalian kuat melalui detik-detik itu. Tapi jangan risau, sepupu
Cikta juga ada masalah sudah kahwin lebih kurang 6tahun tapi masih belum
dikurniakan rezeki anak. Tapi masuk tahun ke 7 dia pregnant dan sekarang
anaknya sudah masuk dua orang. Semua kuasa Allah. Kita hambanya jangan selalu
mengeluh, kita kena selalu berdoa meminta kepadaNya serta jangan lupa
berikhtiar.
Tips Hamil Dengan Mudah Dan Berkesan.
1. Mesti mempunyai ilmu tentang kehamilan
Sekiranya diri kita sendiri faham bagaimana kehamilan
berlaku, lebih mudah untuk kita merancang untuk hamil. Jika kita faham tentang
kitar haid. Ianya akan memudahkan kita untuk mengagak bila waktu subur akan
berlaku.
Waktu subur ini kebiasaannya berlaku ketika pertengahan
fasa kitaran haid. Sel pembiakan isteri akan dikeluarkan. Sekiranya hubungan antara
suami isteri berlaku ketika ini tinggilah peluang untuk hamil. Sebab itu kita
mesti cari gali ilmu tentang kesuburan. Jika kita faham, segalanya akan menjadi
lebiih mudah.
Cabaran pada zaman ini, terutamanya untuk suami isteri
yang sibuk bekerja atau badan selalu letih dan lesu. Ketahuilah kalian bahawanya
semasa ini badan anda kita memerlukan lebih nutrisi dan ianya mudah diperolehi
daripada makanan tambahan. Tapi pastikan makanan tambahan yang anda ambil bebas
bahan sintetik dan selamat untuk jangkamasa panjang.
2. Berjumpalah Dengan Doktor
Buatlah pemeriksaan doktor untuk memastikan anda bebas
daripada sebarang masalah kesihatan. Kita hidup di zaman dimana makanannya banyak
dicampur bahan perasa tambahan serta pengawet. Itu belum cerita yang campur
bahan kimia berbahaya. Jadi tak hairanlah banyak penyakit-penyakit pelik yang
muncul dan mengganggu peluang untuk hamil dengan cepat.
Masalah seperti cyst, endometriosis atau fibroid adalah
penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil. Wanita sering mengalami
masalah-masalah tersebut tanpa sebarang gejala dan jika dapat dikesan
diperingkat awal,mungkin akan ada rawatan atau ikhtiar yang berkesan akan dapat
diberikan serta mengelak daripada masalah sukar hamil.
3. Berat Badan Yang Tidak Ideal
Berat badan juga memainkan peranan penting di dalam
proses untuk hamil dengan cepat. Terlalu kurus atau terlalu obes juga tidak
baik. Sebaiknya anda dinasihati untuk mengawal berat badan dan cuba kira BMI
(Body Mass Index) anda. Keputusan BMI diantara 20-24 menunjukkan berat ideal
4. Ketahui Waktu Subur.
Hari subur kita cuma 4 hingga 5 hari dalam sebulan dan
dengan mengetahui secara tepat hari subur tersebut, akan meninggikan lagi peluang
untuk hamil.
Kadangkala ada wanita yang mengalami kitaran haid yang
tidak teratur, jadi macammana nak tahu waktu subur kalau sekejap keluar sekejap
tak keluar sampai berbulan-bulan.
Tanda ovulasi iaitu benih wanita dibebaskan semasa
waktu subur seperti :
a) Lendir serviks yang lebih licin
b) Senak perut ditengah bulan.
Atau mahu hasil yang lebih tepat anda boleh membeli kit
ovulasi di farmasi.
5. Lebih Kerap Melakukan Hubungan Suami Isteri.
Apabila kita sudah tahu bilakah waktu subur. Samada
dengan melakukan anggaran ataupun dengan kit ovulasi. Suami isteri boleh
meninggikan peluang untuk hamil cepat dengan melakukan hubungan dengan lebih
kerap. Berapa kerap? Dalam 3 hingga 4 kali seminggu pada hari hari subur,
berhubunganlah setiap hari.
6. Bantu Pulihkan Masalah Kesuburan Suami.
Menurut kajian 33% ketidaksuburan adalah daripada
lelaki. 33% lagi daripada wanita dan baki selebihnya adalah daripada faktor
luaran.
Antara sebab suami kurang subur adalah :
a) Tidak mengamalkan makanan seimbang
b) Berat badan berlebihan
c) Tidak bersenam
d) Merokok
e) Minuman keras.
7. Amalan Diet Yang Seimbang.
Menurut kajian, masalah PCOS akan dapat dikawal hanya
dengan mengawal diet harian. Haid pun akan kembali stabil dan waktu subur akan lebih
mudah di jangka. Makanan yang seimbang akan memastikan badan mendapat khasiat
yang secukupnya.
Elakkan daripada mengamalkan makan makanan segera dan
makanan yang diproses serta yang tinggi kandungan gula dan garam.
8. Mengambil Makanan Tambahan.
Doktor Pakar juga menyarankan pengambilan makanan
tambahan. Makanan tambahan memang diperlukan zaman buah-buahan disembur racun
perosak dan mengurangkan khasiatnya, ayam di suntik hormone, ikan diawet untuk
tahan lama dan kerana inilah supplement sangat-sangat bagus untuk bantu menangani
serangan radikal bebas yang merosakkan sel.
9. Bersenam.
Badan sihat dan cergas akan meningkatkan peluang hamil.
Lagipun dengan berat badan yang ideal, potensi untuk diserang penyakit yang
mengganggu kesuburan akan berkurangan.
10. Uruskan Tekanan Secara Sihat
Tekanan itu membuatkan kita bertindak untuk mengubah sesuatu
yang tidak kita gemari. Macam mana nak kawal tekanan dengan sihat? Cari hobi
yang bermanfaat dan habiskan masa bersama dengan insan tersayang.
11. Amalkan Gaya Hidup Sihat
Islam cukup cantikperaturannya mengharam penganutnya
menjauhi rokok, minuman keras dan perkara negatif yang lain. Gaya hidup tidak
sihat bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan
risiko keguguran dan masalah kehamilan.
Kurangkan minum minuman berkafein juga elok. Kafein
menghalang penyerapan zat dari makanan.
Supplement Cadangan Shaklee
Untuk Kesuburan Suami.
Penting untuk kita tahu, apa itu Vivix Shaklee. Vivix Shaklee adalah makanan tambahan yang mempuyai kandungan Resveratrol dan Polyphenol.
Resveratrol ini bertindak sebagai antioksidan yang kuat berbanding kandungan antioksidan yang lain. Ini bermakna, tinggi antioksidan maka semakin
berkuranglah “Oxidative Damage”.
Dengan kata yang lebih mudah, lebih banyak oxidative damage
lebih banyak sel yang menjadi rosak, begitulah sebaliknya.
Dan bagi suami yang merokok tahap kesuburannya adalah jauh
lebih rendah berbanding mereka yang tidak merokok. Vivix Shaklee juga mampu membantu
perokok tegar untuk mengurangkan ketagihan atau terus berhenti merokok.
Untuk Kesuburan Isteri.
Fungsi Resveratrol itu juga adalah melindungi Ovum
telur yang belum, hampir atau sudah matang daripada oxidate damage.
Apabila telur yang ‘dilindungi’ selamat daripada
menjadi rosak, ianya akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk ianya SURVIVE, MEMBESAR
dan DISENYAWAKAN. Vivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk
memperbaiki sel-sel yang rosak ataupun abnormal.
Kesimpulannya, Vivix Shaklee juga membantu dalam meningkatkan
kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, juga memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk
disenyawakan.
Testimoni Vivix Shaklee.
[PENANTIAN HAMIL CAHAYA MATA KEDUA SELAMA 10 TAHUN BERAKHIR]. Assalamualaikum. Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.. Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?. Fuh sabar je lah yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.. Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang”. Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.. Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.. Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.. Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.. Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya.Untuk terus membeli Vivix Shaklee :
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai
Vivix Shaklee atau tentang rangkaian produk Shaklee yang lain, Anda boleh terus
menghubungi Cikta. Cikta adalah pengedar Shaklee Malaysia yang sah.
Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp : +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan