Tips Merawat Hidung Berdarah Dengan Mudah Dan Berkesan.

07:49 0 Comments A+ a-

Cuaca sejuk kebelakangan ini. Rasa duduk di Cameron Highland padahal ada saja ini di Gelang Patah, Johor. Kipas pun tak di pasang. Jimat elektrik bulan ni. Seronok! Tapi dalam seronok layan cuaca sejuk ni, boleh pula hidung Zulaikha anak kedua Cikta tiba-tiba berdarah pagi tadi. Mari kita tambah ilmu.


Bagaimana boleh terjadi hidung berdarah?

Hidung berdarah biasanya berlaku apabila seseorang itu mengalami trauma (luaran atau dalaman), hidung tidak tahan kepada cuaca sejuk, keradangan pada salur pernafasan akibat kerap memicit dan ketidakupayaan darah untuk membeku yang mungkin akibat oleh pengambilan ubat contohnya warfarin.

Hidung berdarah juga boleh berlaku disebabkan oleh penyakit pada organ hati, salur darah yang tidak normal seperti ada sel kanser atau juga mungkin kerana masalah tekanan darah tinggi.

Kategori Hidung Berdarah.

Di bahagi kepada 2kategori iaitu:
1. Anterior - Kekerapannya sehingga 90%. Pendarahan akan bermula daripada bahagian hadapan hidung. Ianya selalu tidak sukar untuk di kawal.
2. Posterior - Kerap berlaku pada golongan dewasa atau berusia. Pendarahan akan bermula daripada salur darah arteri, ianya berada di bahagian belakang hidung. Lebih rumit untuk di kawal dan perlu di rujuk ke hospital dengan kadar segera.

Apabila ianya berlaku, kemungkinan besar pesakit akan berasa pening, kepala pusing, keliru, pitam atau pengsan. Darah kebiasaannya akan keluar daripada satu rongga hidung sahaja dan bukan daripada kedua-dua belah hidung.

Tips Yang Perlu Dilakukan.

Apa yang perlu dibuat apabila hidung berdarah?
1. Bawa bertenang
2. Duduk dengan posisi tegak
3. Sandarkan kepala ke hadapan. Ini kerana, jika kebelakang boleh menyebabkan tertelan darah.
4. Cuba picit hidung yang berdarah menggunakan ibu jari selama 10 minit.
5. Ludah atau buangkan semua darah yang ada di dalam mulut.

Apa yang perlu dibuat apabila pendarahan telah berhenti?
1. Cuba elakkan radang pada hidung contohnya bersin selama 24 jam.
2. Cuba elakkan keadaan persekitaran yang sejuk dan kering.

Jika pendarahan hidung berlaku secara berterusan, ianya perlu dirujuk terus ke hospital kerana dikhuatiri mungkin boleh berlaku kes-kes yang lebih serius.
Cara Mencegah Atau Mengatasi Hidung Berdarah.


Hidung berdarah juga mungkin boleh terjadi disebabkan masalah sinus dan resdung yang tidak dirawat dengan baik. Beberapa nutrisi diperlukan untuk mencegah dan mengurangkan masalah hidung berdarah.

1. Pottasium – Ianya penting untuk regulasi bendalir dalam badan kita. Tanpa pottasium kita boleh mengalami dehidrasi pada sel, termasuk pada tisu di bahagian hidung. Untuk pengetahuan semua tubuh kita memerlukan sehingga 2000mg pottasium untuk mencegah masalah dehidrasi.


Sumber potassium boleh didapati dengan mengamalkan makan pisang, avocado dan tomato.

2. Vitamin C - Sangat penting untuk mencegah keadaan hidung berdarah kerana ianya mempunyai fungsi pembekuan darah dan menghalang tisu daripada mudah berdarah. Vitamin C membantu meransang kolagen oleh itu ianya dapat menguatkan sel dan tisu termasuk pada salur darah hidung.

Anda disarankan untuk mengamalkan makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C atau boleh juga dapatkannya melalui suplemen.

3. Zat besi - Kekurangan zat besi juga kadangkala boleh menyebabkan anemia. Keadaan ini selalunya menyebabkan kesan lebam pada tubuha akibat darah hilang dengan banyak apabila hidung berdarah.

Anda digalakkan makan sumber zat besi seperti daripada daging, makanan laut, bijirin gandum dan suplemen.

Kebanyakan kes hidung berdarah ini adalah disebabkan oleh cuaca sejuk dan kering. Jadi itu, anda mestilah sentiasa melembabkan kawasan se keliling dan cuba untukelakkan berasa sejuk secara berlebihan. Elakkan juga daripada memicit hidung dengan kerap dan kasar.

Set Shaklee Yang Dicadangkan.



Performance Drink - mengandungi pottasium. Mengelakkan masalah dehydrated.


Sustained Release Vit C Shaklee.


Vitalea Shaklee merupakan multivitamin yang terkandung zat besi didalamnya.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan pengedar Shaklee yang sah.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan