Punca Susu Ibu Berkurangan Dan Cara Banyakkan Susu Ibu Dengan Mudah Serta Berkesan.

09:52 1 Comments A+ a-


Percaya atau tidak jika Cikta katakan, menyusukan bayi juga memerlukan ilmu. Mungkin ada yang beranggapan ianya tidak perlu. Selak sahaja dan suakan ke mulut bayi, confirm boleh menyusukan. Ya betul tiada siapa yang boleh menafikannya. Tapi ada juga ibu-ibu muda yang mengalami masalah seperti puting tenggelam, puting pendek, susu tidak keluar dan banyak lagi. Masalah-masalah seperti ini memang bukan semua ibu-ibu muda mengalaminya. Tapi kebanyakkan gagal disebabkannya.


Ada juga yang pernah bertanyakan kepada Cikta, “ Betulkah susu kurang ini mengikut keturunan?” Pada mulanya Cikta ingat beliau hanya bergurau. Tetapi rupa-rupanya soalan itu diajukan dengan serious. Cikta juga pernah mendengar cerita daripada kawan-kawan, yang Cikta rasa sebenarnya juga tidak pasti tentang kesahihan cerita tersebut.

Apabila menjalani tempoh berpantang di kampung, kesedaran tentang kepentingan susu ibu untuk bayi juga tidak banyak membantu.Apabila bayi menangis sahaja mulalah Cikta mula gelabah dan mula mempercayai tentang susu ibu Cikta kurang dan bayi menangis kerana lapar. Dan akhirnya penyusuan anak pertama Cikta gagal. Cikta sempat mengepam dan memberi anak susu melalui botol selama lebih kurang 4bulan sahaja. Nampak tak ilmu penyusuan itu sangat penting, lagi-lagi bagi ibu muda yang baru melahirkan anak pertama. Tapi jangan terkejut jika ada juga ibu yang sudah beranak 4 pun masih gagal menyusukan bayinya dek kerana ketiadaan ilmu penyusuan itu tadi.

Fakta sebenarnya ialah kemungkinan untuk Anda menghadapi masalah fizikal yang menghalang untuk menyusukan bayi adalah sangat kecil peratusannya. Apatah lagi faktor keturunan yang sebenarnya hampir tiada kena mengena langsung dengan penyusuan susu ibu. Jelas?

Oleh kerana kegagalan menyusukan anak pertama, maka Cikta pun mencari ilmu penyusuan semasa hamil anak kedua. Alhamdulillah anak kedua Cikta berjaya susukan selama 2tahun setengah. Dan kini Cikta meneruskan penyusan untuk anak ketiga Cikta. Doakan ya.


Masalah susu kurang di awal penyusuan adalah perkara biasa dan bersifat sementara sahaja. Semua orang mengalaminya termasuklah Cikta sendiri. Ia terjadi kepada semua terutamanya bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak. Masalah ini dapat di selesaikan apabila aktiviti menyusu anak menjadi stabil. Jadi, elakkan berasa stress kerana ianya adalah hal yang sangat normal.


Kita Cuma perlu secara konsisten menggalakkan bayi untuk menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Pengeluaran susu akan berkurangan sekiranya bayi kurang disusukan, kedudukan penyusuan yang tidak betul dan menghadkan masa menyusu anak juga merupakan penyebab susu menjadi kurang. Penyusuan berkait rapat dengan konsep DEMAND dan SUPPLY. Jika permintaan oleh bayi meningkat, pengeluaran susu akan menjadi semakin bertambah.

Fakta Yang Perlu Diketahui Oleh Ibu.


Bayi yang baru lahir perlu dan akan menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam sehari. Kebiasaannya, bayi akan menyusu lebih daripada jumlah tersebut. Ini adalah kerana saiz perut bayi kecil dan susu ibu adalah mudah dihadam.

DEMAND Dan SUPPLY. 

Semakin kerap bayi menyusu, semakin cepat payudara ibu akan dikosongkan dan susu akan dihasilkan dengan lebih banyak. Ini adalah kerana apabila payudara ibu kosong, ianya akan menghantar isyarat atau signal kepada otak yang ‘DEMAND’ sangat tinggi dan ‘SUPPLY’ perlu ditingkatkan bagi memenuhi permintaan selaras dengan konsep DEMAND dan SUPPLY dalam teori ekonomi. Kebanyakan bayi akan menyusu dalam tempoh 30 hingga 40 minit untuk setiap sesi penyusuan susu ibu.

Berikanlah bayi anda kebebasan untuk mengawal penyusuan sehingga mereka betul-betul puas dan akhirnya melepaskan sendiri puting susu apabila sudah kenyang.

Punca Susu Kurang

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kekurangan penghasilan susu ibu termasuklah:
- Pengambilan kafein secara berlebihan. Secara berlebihan disini bermaksud mengambil lebih dari lima cawan kopi dalam sehari.
- Amalan merokok oleh ibu. Amat jarang sekali berlaku dalam masyarakat Malaysia.


- Penggunaan ubat penenang, antihistamin atau pil perancang keluarga.
- Bayi juga boleh menjadi penyumbang kepada faktor kurangnya susu ibu. Ini kerana berkemungkinan menghadapi masalah menghisap puting susu ibu. Biasanya ini adalah bersifat sementara. Harus Anda ingat bahawasanya bayi anda juga sedang belajar seperti anda. Berikan masa kepadanya.

Pengalaman Menggunakan Penggalak Susu Atau ‘Milk Booster’.

Cikta adalah salah seorang yang memerlukan support disebalik kejayaan menyusukan anak kedua dan ketiga. Sebenarnya penghasilan susu ibu juga sangat berkait rapat dengan keadaan si ibu. Semangat sahaja mungkin boleh berjaya dalam proses penyusuan ini tetapi ibu mestilah sihat, cergas dan tidak lesu. Barulah susu akan terhasil dengan kuantiti yang banyak. Percaya tak?

Jempulah tonton video dibawah.


Cikta pun sama juga seperti ibu-ibu muda yang lain ketika mengandungkan anak pertama, serba-serbi ingin memberikan yang terbaik untuk mengenyangkan anak dengan susu Cikta sendiri. Tapi, apabila anak pertama selamat dilahirkan, pengetahuan yang kurang tentang ‘breastfeeding’ ditambah pula dengan kurangnya sokongan persekitaran menyebabkan Cikta tidak berjaya menyusukan.

Keadaan Cikta masa itu sangat tertekan tau. Percaya tak Cikta pernah menangis bila Cikta baca tulisan poster di klinik kesihatan ‘ Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi’. Cikta rasa Cikta bukan ibu yang terbaik untuk anak Cikta masa itu.
Oleh kerana itu, semasa mula-mula dapat tahu Cikta mengandungkan anak kedua, Cikta siap-siap buat persedian rapi dengan mendalami pengetahuan tentang penyusuan susu ibu dan bergaul dengan kumpulan yang menyokong penyusuan susu ibu.


Cikta ingat lagi buku Hebatnya Susu Ibu inilah sampai sekarang jadi bahan rujukan Cikta. Alhamdulillah setelah anak dilahirkan, Cikta berazam untuk menyusukan anak dan telah berjaya untuk anak kedua dan ketiga. Syukur!

Sebab itu Cikta akan cakap kepada pelanggan yang bertanya tentang susu mereka yang kurang, walaupun macam-macam milkbooster telah dimakan. Sebenarnya bukan susu yang kurang, tapi ilmu.

Antara Vitamin Yang Dicadangkan Untuk Meningkatkan Kecergasan Ibu Dan Membantu Membuatkan Susu Ibu Menjadi Banyak.


Bagi memastikan badan Anda menerima khasiat yang mencukupi semasa dalam tempoh penyusuan, Anda perlulah mengetahui keperluan badan untuk seorang ibu yang menyusukan.

Ibu yang sedang dalam tempoh menyusukan perlu memastikan pengambilan kalsium tidak kurang dari 1000mg dalam sehari. kekurangan kalsium dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan risiko seperti masalah sakit sendi dan tulang.

Pastikan juga pengambilan multivitamin (Vitalea), Vitamin C dan B Complex untuk mengembalikan kesihatan selepas melahirkan, meningkatkan imunisasi ibu dan mengembalikan kecergasan. Sentiasa ingat, apabila ibu sihat, susu yang dihasilkan juga sangat berkualiti.

Tip : Ibu yang dalam keadaan cergas dan sihat akan menghasilkan susu yang lebih banyak dan pekat, bayi juga akan kurang meragam. Pengambilan Protein dan Omega juga penting dalam tempoh penyusuan.  Apa yang ibu ambil akan sampai kepada bayinya melalui susu. Jadi pastikan jika Anda mengamalkan supplement untuk penyusuan sekalipun jangan abaikan pemakanan yang seimbang dan sihat. Alfalfa diperlukan sebagai penggalak susu atau milkbooster bagi ibu yang mempunyai masalah susu merundum. Dan bonus untuk ibu pula jika konsisten mengamalkan vitamin-vitamin ini, berat badan in shaa Allah akan senang dikawal.

Testimoni.








Amalkan Dan Sebarkan.



Anda digalakkan mencuba suplemen penyusuan Shaklee. Ianya sangat baik sekali, susu bukan sahaja lebih pekat dan banyak, malah badan ibu juga lebih cergas bertenaga. Cikta merupakan testimony yang mengamalkannya. Cikta makan dan Cikta sebarkan kebaikkannya kepada semua.

Untuk terus membeli Set Penyusuan yang dicadangkan :


Sekiranya Anda mempunyai kemusykilan tentang masalah penyusuan dan ingin berkongsi cerita bersama Cikta. Jangan malu-malu. Boleh terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan pengedar yang sah sejak 2013 lagi.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan






10 Faktor Penyebab Jerawat Dan Tips Mengatasinya Dengan Mudah, Berkesan Dan Selamat

14:24 1 Comments A+ a-


Jerawat timbul dengan banyak memang boleh mengurangkan keyakinan diri dan boleh buat kita jadi stress dengannya. Itu belum cerita bab parut-parut jerawat yang ada pun tidak mahu hilang lagi, boleh pula datang yang baru. Runsing memikirkannya. Bagus bukan sekiranya kita boleh mencegahnya. Mari kita lihat apa sebenarnya penyebab yang membuatkan kulit kita ini senang sangat berjerawat dan susah nak hilang.


Kita bolehlah atasinya sekiranya kita tahu punca sebenar timbulnya jerawat-jerawat tersebut.

Faktor-faktor Penyebab Jerawat.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya jerawat adalah seperti:

1. Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormon jerawat akan timbul. Ini adalah disebabkan hormon yang ada dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone). Ianya ada dalam badan lelaki dan wanita. Contohnya semasa akhil baligh remaja, proses kehamilan, datang  haid ataupun menopause bagi wanita.

Kebiasaannya, seminggu sebelum kedatangan haid sehingga seminggu setelah habis period, jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa.

Ketidakstabilan hormon ini kadangkala terkawal tetapi sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoriti yang menghadapinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20an sehinggalah 40an. Selain daripada itu, penyumbang kepada perubahan hormone berlaku adalah seperti penggunaan pil perancang, ubat steroid dan vitamin B12.

2. Tekanan (Stress)


Ada masalah jerawat berpunca daripada ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin stress menyebabkan penghasilan minyak dan sebum dikulit bertambah.

Tekanan  terbahagi antara tekanan emosi atau tekanan fizikal:

a) Tekanan fizikal adalah seperti bersukan tanpa rehat yang mencukupi, masa tidur yang tidak teratur, jadual harian yang sangat padat, tabiat merokok serta pengambilan dadah.

b) Tekanan emosi pula adalah seperti perasaan bimbang atau kerisauan yang berlebihan, dibuli, masalah rumah tangga atau kekasih, kerja yang banyak.

3.Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang seperti makanan yang diproses, makanan ringan yang mempunyai banyak garam dan MSG dan lain-lain lagi.

4.Toksin


Cuba bayangkan macamana gaknya toksin didalam badan kita, jika kita tidak pernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal sehingga umur kita kini mencecah 30 tahun. Ini bermakna sudah setebal manalah sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni.

Sekiranya sistem semulajadi tubuh kita tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semulajadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah nampak kusam, berjerawat dan banyak lagi. Ingat, apa yang anda lihat diluar bermula daripada dalam.

5. Faktor Genetik

Ada keturunan kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak. Manakala kebiasaannya jerawat menghantui golongan asia. Oleh sebab itu ubat anti jerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6. Allergic atau alahan


Alergic atau alahan yang terjadi apabila menggunakan kosmetik, foundation, krim muka atau pencuci muka yang mempunyai kandungan bahan kimia tertentu dan tidak sesuai dengan kulit. Cara pembersihan mekap yang tidak betul juga menyumbang kepada liang roma tersumbat.

7. Perubahan biologi badan

Terdapat golongan individu yang kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada juga golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8. Persekitaran dan pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan tersebut menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9. Jangkitan pada kulit dan Resdung

Kuman (bakteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum pada kulit kita dan menyebabkan jerawat.  Jadi jika anda mempunyai masalah jerawat  dinasihatkan supaya tidak memicitnya. Ini kerana apabila dipicit, kuman didalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.

10. Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah merupakan factor masalah jerawat. Iklim negara kita ini hujan dan panas sahaja kan. Iklim yang tidak menentu ini pun boleh menjadi penyebab timbulnya masalah jerawat.

Jika anda telah mengetahui punca sebenarnya bagaimana terjadinya masalah jerawat, maka bolehlah anda cuba elakkan kemunculannya secara mudah dan selamat serta berkesan.

Set Radiant 4 Membantu Menyelesaikan Masalah Jerawat.


1. Energizing Soy Protein (ESP)

Untuk makluman semua, badan kita adalah dihasilkan daripada protein. Oleh itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri adalah penting pengambilan protein yang mencukupi kerana ianya:

- Membantu membekalkan asid amino yang penting yang  tidak dihasilkan oleh tubuh untuk fungsi kulit yang optimum
- Membantu menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat
- Terlibat dalam membantu pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit
- Membantu dalam penghasilan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit
- Membantu menyokong pengeluaran asid amino glutation yang mana dapat membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari.

2. Collagen Powder Shaklee

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit Anda. Ianya membantu mengekalkan keanjalan kulit dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur.

Badan Anda boleh menghasilkannya sendiri tetapi apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan akan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:

- Kulit yang lebih anjal
- Mengurangkan kedutan
- Mengurangkan parut

3. Sustained Release Vitamin C

Vitamin C bertindak sebagai antioksida dan menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas disekeliling kita. Badan Anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dengan sendiri. Maka pengambilan vitamin C adalah penting bagi membantu:

- Membantu mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar
- Membantu menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit
- Membantu dalam penyembuhan luka
- Membantu mempertahankan kulit daripada radikal bebas

4. GLA Complex

Kulit yang sihat adalah bergantung kepada jumlah lemak pada bahagian kulit terutamanya asid gamma linolenic (GLA). Asid lemak ini adalah berperanan penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan juga:

- Membantu mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik
- Membantu mengekalkan kelembapan kulit
- Membantu melawan keradangan

Testimoni.





Set skincare Youth Menyelesaikan Masalah Jerawat Daripada Luar.


Skincare Youth adalah penjagaan wajah yang sangat selamat dan berkesan kerana ianya hanya mengandungi kandungan semulajadi, tanpa sebarang bahan pengawet, bebas daripada bahan kimia dan dijamin 100% BERKESAN. Kajian menunjukkan 100% orang yang telah mencuba Youth ini akan mengalami perubahan dalam 3 hingga 7hari. Dan 2/3 daripada mereka yang mencuba nampak muda 10tahun dari usia sebenar.

"100% PROVEN WITHOUT COMPROMISE"

Testimoni Youth.





Sekiranya anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan produk Shaklee. Sila hubungi Cikta. Cikta adalah pengedar shaklee yang sah sejak 2013.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan

10 Petua Moden Menghilangkan Kerutan Di Dahi Dan Muka Serta Menjadikan Anda Awet Muda Dengan Cara Yang Selamat Dan Berkesan.

12:54 0 Comments A+ a-


Apabila munculnya kerutan pada wajah merupakan salah satu tanda penuaan.Kerutan pada wajah terjadi adalah kerana kekurangan kolagen pada lapisan kulit manusia. Kolagen adalah merupakan protein yang menyumbang kepada 75% berat untuk kulit yang sihat.Apabila usia kita semakin meningkat,paras kolagen akan berkurangan.


Antara faktor-faktor yang menyebabkan kerut di dahi dan muka adalah seperti tabiat merokok, kulit sering terdedah kepada sinaran matahari tanpa perlindungan, tekanan atau stress, keresahan, ketegangan, kekurangan nutrisi, radikal bebas dari pencemaran disekeliling dan banyak lagi.

Suntikan Botox.


Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah kerut di dahi dan muka yang paling biasa adalah suntikan Botox. Botox boleh mengurangkan kedutan, garisan halus pada muka dalam tempoh yang singkat dan cepat. Tetapi ianya hanya tahan beberapa bulan sahaja.

Suntikan Botox tidak kekal, ianya akan melumpuhkan otot-otot dan berfungsi juga untuk menghilangkan kedut-kedut. Ianya hanyalah untuk kecantikan dalam tempoh yang sekejap. Adakah anda hanya ingin cantik dalam tempoh yang sekejap?

Petua Cara Islam


1. Urut wajah – Sejurus bangun dari tidur pagi,sebelum mandi dan gosok gigi,lakukan urutan wajah dengan air dari bawah dagu sehingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3kali. Amalkan setiap hari.

2. Tapak tangan – Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkannya setiap pagi.

3. Surah Yusuf – setiap kali selepas solat subuh amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak 3 teguk sahaja. Wajah anda akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

4. Khasiat surah Al-Waqiah – Hafalkan ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah. Bacalah didalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua Cara Moden

1. Set Skincare Youth


Produk penjagaan kulit yang mengambil masa 8tahun untuk dihasilkan keselamatan dan keberkesanannya. Bebas dari bahan kimia bahaya termasuk paraben yang biasa digunakan dalam produk skincare atau kosmetik sebagai pengawet. Kajian yang dijalankan mendapati 100% yang menggunakan skincare Youth ini akan mengalami perubahan yang baik 3 hingga 7 hari dan 2/3 daripadanya mendapat kulit yang 10tahun lebih muda daripada sebelum menggunakannya.


2. Air Mineral – minum sebanyak 2-3 liter air kosong setiap hari

3. Berhenti merokok – Ianya telah terbukti bahawa tabiat merokok adalah berbahaya kepada kesihatan sama ada perokok aktif mahupun perokok pasif serta orang disekelilingnya. Kedutan juga boleh disebabkan oleh aktiviti merokok.

4. Senaman – Lakukan senaman kerana ianya bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu kita mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.

5. Buah-buahan – Pastikan kulit kita mendapat ‘makanan’ serta vitamin yang terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar yang diamalkan.


6. Tidur yang cukup – Pastikan Anda dapat tidur yang cukup iaitu 8 jam sehari.


7. Stress – Elakkan kemarahan dan stress kerana ianya boleh menyebabkan kerosakan pada kulit kita. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.

8. Rehatkan kulit – Jangan sentiasa mengenakan solekan. Biarkan kulit berehat seketika. Dan paling penting tanggalkan solekan terlebih dahulu sebelum tidur.

9. Elakkan makanan ringan – Berhenti pengambilan makanan ringan kerana ianya tidak baik untuk kesihatan dan boleh merosakkan kulit kita.


10. Pengambilan vitamin – Makanan tambahan seperti vitamin sangat penting bagi memastikan kesihatan kulit. Namun begitu, tidak bermakna jika Anda mengamalkan makanan tambahan, Anda tidak perlu makanan yang berkhasiat lagi. Ianya hanya sebagai tambahan, asasnya juga Anda perlu jaga.

Vivix Membantu Menjadikan Kita Awet Muda


Mengamalkan Vivix Shaklee akan membantu anda untuk mempercepatkan proses awet muda sekaligus menghilangkan kedut di dahi dan muka. Ini adalah kerana Vivix Shaklee membantu memberi impak pada 4 mekanisma utama berlakunya penuaan pada tahap selular iaitu :

- Membantu melindungi dan membaiki selular DNA
- Membantu memberi impak positif kepada pengawalan genetik
- Membantu melambatkan biognesis (pembentukan baru mitochondria)
- Membantu melambatkan pembentukan protein AGE ( Advance Glycation End Product)

Vivix Shaklee mampu membantu menganjalkan kulit wajah dan menjadikan kulit kita 25 tahun lebih muda daripada usia sebenar. Ini adalah kerana khasiatnya yang sangat tinggi. Vivix juga pantas dalam memperbaiki kerosakan DNA dalam badan kita.

Kandungan ramuan didalam sebotol Vivix Shaklee juga merangkumi pelbagai jenis vitamin yang mampu memperbaiki seluruh sel dan DNA yang rosak dalam badan kita.

Kandungan utama Vivix Shaklee adalah dari buah anggur liar Muscadine yang mengandungi 20 kromosom dan ianya memberikan fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Saiz buah anggur liar ini adalah sebesar bola golf dan pertumbuhan alamnya yang sangat unik , cahaya matahari yang kuat menjadikan anggur liar ini mengandungi banyak polifenol dan resveratrol.

Testimoni Youth Dan Vivix Shaklee.








Sekiranya Anda berminat bertanyakan lebih lanjut tentang skincare Youth Shaklee. Boleh terus menghubungi Cikta. Cikta adalah pengedar Shaklee Malaysia yang sah sejak 2013 lagi



Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan