Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering Dengan Mudah Dan Berkesan.

09:08 0 Comments A+ a-


Ramai yang risau tentang kulit mereka yang menghasilkan minyak secara berlebihan sehingga mudah timbul jerawat. Namun mungkin ramai orang tidak tahu tentang masalah kulit kering yang tidak kurang juga hebatnya. Kulit kering adalah keadaan yang menjengkelkan kerana ianya menganggu penampilan kulit Anda. Kulit kering menyebabkan Anda rasa kurang yakin. Kulit akan kelihatan lebih kusam dan tidak bermaya. Mari kita ambil tahu penyebab kulit kering, gejalanya dan cara mengatasinya.


Simptom Masalah Kulit Kering

Masalah kulit kering terjadi dengan simptom sebagai berikut :
- Permukaan kulit terasa kasar
- Permukaan kulit terasa sangat tegang
- Muncul seperti bintik merah dan rasa gatal
- Kulit bersisik dan boleh dikupas
- Muncul garis halus pada kulit. Jika sudah dalam keadaan yang lebih teruk, rekahan lebih dalam boleh menyebabkan perdarahan dan rasa pedih.

Punca Masalah Kulit Kering

Masalah kulit kering boleh berpunca daripada banyak perkara seperti :

1. Penggunaan sabun yang salah
Sabun merupakan alat untuk membersihkan kulit yang sering digunakan. Namun pemilihan sabun yang tidak tepat boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Hal ini boleh terjadi akibat ketidaksesuaian pada unsur kimia yang terkandung dalam sabun tersebut, atau keadaan kulit yang sensitif akibat perbezaan pH yang tidak sesuai dengan kulit Anda.

2. Bertambahnya usia


Semakin bertambahnya usia, maka kelembapan kulit juga mula berkurangan. Kulit menjadi lebih kering dan muncul garis-garis halus.

3. Perubahan cuaca atau suhu
Perubahan cuaca atau suhu juga boleh mempengaruhi tahap kelembapan kulit. Pada suhu yang panas ketika Anda melakukan aktiviti di luar iaitu dibawah terik matahari, kulit Anda akan berasa kering. Begitu juga ketika Anda berada di dalam ruangan yang berhawa dingin dengan suhu yang cukup dingin, kulit Anda juga akan terasa tegang dan kering.

4. Alahan terhadap produk pewangi.
Alahan yang diakibatkan oleh bahan kimia juga boleh menyebabkan masalah kulit kering. Aahan yang kerap berlaku adalah ketika Anda sedang mencuci baju, Anda akan merasa kulit tangan Anda kering dan panas selepas aktiviti tersebut.

5. Kurang minum air masak
Kurang minum air dapat menyebabkan dehidrasi pada sel kulit. Hal ini menyebabkan kulit menjadi semakin kering.

6. Tidak menggunakan pelembab kulit
Terdapat jenis kulit yang memang bersifat cenderung kering sehingga Anda yang memiliki kulit jenis ini harus mengamal dan menggunakan pelembab kulit.

Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering

Masalah kulit kering menganggu kehidupan seharian Anda. Mengatasi masalah kulit kering ternyata tidak susah. Anda tidak perlu pergi berjumpa pakar kecantikan dan mengeluarkan modal yang banyak. Anda boleh mengatasi kulit kering dengan melakukan seperti dibawah ini :

1. Minum air masak secukupnya


Dehidrasi tubuh sangat penting. Air merupakan komponen paling besar dalam tubuh. Penuhi keperluan Anda setiap hari minimum 1.5 liter sehari. Tambahkan lagi ketika Anda sedang melakukan aktiviti.

2. Ubah kekerapan dan tempoh mandi
Kekerapan mandi dan tempoh mandi yang terlalu lama boleh membuatkan  kulit Anda semakin kering.

3. Gunakan sabun berpelembab
Sabun berpelembab akan membantu memberi kelembaban ekstra pada kulit Anda.

4. Gunakan losyen pelembab selepas mandi
Lotion pelembab membantu melembabkan kulit dan mengatasi kulit kering. Jika konsumsi air minum merupakan proses hidrasi tubuh dari dalam, maka penyapuan losyen pelembab pada kulit merupakan hidrasi tubuh dari luar.

5. Hindari daripada terdedah dengan cahaya matahari secara langsung


Cahaya matahari secara langsung mengandungi sinar Ultra Violet (UV) yang memberi kesan buruk kepada kulit. Selain ianya boleh membuat kulit kering, sinar UV juga boleh menjadi penyebab penyakit pada kulit seperti kanser kulit.

6. Lakukan senaman
50% daripada orang yang mengalami kulit kering kurang melakukan senaman. Pengeluaran peluh ketika melakukan senaman membantu melembabkan kulit secara semulajadi.

7. Amalkan makan buah-buahan dan sayuran secara teratur


Buah-buahan dan sayuran hijau adalah baik untuk kelembaban kulit kerana mengandungi air yang cukup banyak. Selain itu kandungan vitamin dan mineral yang tinggi membantu memberikan kesegaran pada sel kulit Anda.

Set Sesuai Untuk Masalah Kulit Kering


ESP~ build


Esp sesuai untuk tujuan mencantikkan kulit, halus dan menghilangkan parut,  Ianya juga membekalkan tenaga dan mengurangkan rasa letih serta meratakan tona warna pada kulit muka.

GLA ~ moisturize

Ianya membantu mengekalkan kelembapan kulit dengan membekalkan asid lemak yang sangat diperlukan oleh kulit.

Sustained Release Vitamin C ~ protector

Ianya bertindak sebagai antioksidan yang membantu melindungi kerosakan kulit akibat radikal bebas( daripada sinaran matahari) dan mampu mencerahkan kulit lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengalami masalah kulit terbakar ataupun sunburn.


Testimoni.


Set Skincare Youth


Testimoni.




Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan produk Shaklee. Sila hubungi Cikta. Cikta adalah pengedar shaklee yang sah sejak 2013.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan