Punca Susu Ibu Berkurangan Dan Cara Banyakkan Susu Ibu Dengan Mudah Serta Berkesan.

09:52 1 Comments A+ a-


Percaya atau tidak jika Cikta katakan, menyusukan bayi juga memerlukan ilmu. Mungkin ada yang beranggapan ianya tidak perlu. Selak sahaja dan suakan ke mulut bayi, confirm boleh menyusukan. Ya betul tiada siapa yang boleh menafikannya. Tapi ada juga ibu-ibu muda yang mengalami masalah seperti puting tenggelam, puting pendek, susu tidak keluar dan banyak lagi. Masalah-masalah seperti ini memang bukan semua ibu-ibu muda mengalaminya. Tapi kebanyakkan gagal disebabkannya.


Ada juga yang pernah bertanyakan kepada Cikta, “ Betulkah susu kurang ini mengikut keturunan?” Pada mulanya Cikta ingat beliau hanya bergurau. Tetapi rupa-rupanya soalan itu diajukan dengan serious. Cikta juga pernah mendengar cerita daripada kawan-kawan, yang Cikta rasa sebenarnya juga tidak pasti tentang kesahihan cerita tersebut.

Apabila menjalani tempoh berpantang di kampung, kesedaran tentang kepentingan susu ibu untuk bayi juga tidak banyak membantu.Apabila bayi menangis sahaja mulalah Cikta mula gelabah dan mula mempercayai tentang susu ibu Cikta kurang dan bayi menangis kerana lapar. Dan akhirnya penyusuan anak pertama Cikta gagal. Cikta sempat mengepam dan memberi anak susu melalui botol selama lebih kurang 4bulan sahaja. Nampak tak ilmu penyusuan itu sangat penting, lagi-lagi bagi ibu muda yang baru melahirkan anak pertama. Tapi jangan terkejut jika ada juga ibu yang sudah beranak 4 pun masih gagal menyusukan bayinya dek kerana ketiadaan ilmu penyusuan itu tadi.

Fakta sebenarnya ialah kemungkinan untuk Anda menghadapi masalah fizikal yang menghalang untuk menyusukan bayi adalah sangat kecil peratusannya. Apatah lagi faktor keturunan yang sebenarnya hampir tiada kena mengena langsung dengan penyusuan susu ibu. Jelas?

Oleh kerana kegagalan menyusukan anak pertama, maka Cikta pun mencari ilmu penyusuan semasa hamil anak kedua. Alhamdulillah anak kedua Cikta berjaya susukan selama 2tahun setengah. Dan kini Cikta meneruskan penyusan untuk anak ketiga Cikta. Doakan ya.


Masalah susu kurang di awal penyusuan adalah perkara biasa dan bersifat sementara sahaja. Semua orang mengalaminya termasuklah Cikta sendiri. Ia terjadi kepada semua terutamanya bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak. Masalah ini dapat di selesaikan apabila aktiviti menyusu anak menjadi stabil. Jadi, elakkan berasa stress kerana ianya adalah hal yang sangat normal.


Kita Cuma perlu secara konsisten menggalakkan bayi untuk menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Pengeluaran susu akan berkurangan sekiranya bayi kurang disusukan, kedudukan penyusuan yang tidak betul dan menghadkan masa menyusu anak juga merupakan penyebab susu menjadi kurang. Penyusuan berkait rapat dengan konsep DEMAND dan SUPPLY. Jika permintaan oleh bayi meningkat, pengeluaran susu akan menjadi semakin bertambah.

Fakta Yang Perlu Diketahui Oleh Ibu.


Bayi yang baru lahir perlu dan akan menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam sehari. Kebiasaannya, bayi akan menyusu lebih daripada jumlah tersebut. Ini adalah kerana saiz perut bayi kecil dan susu ibu adalah mudah dihadam.

DEMAND Dan SUPPLY. 

Semakin kerap bayi menyusu, semakin cepat payudara ibu akan dikosongkan dan susu akan dihasilkan dengan lebih banyak. Ini adalah kerana apabila payudara ibu kosong, ianya akan menghantar isyarat atau signal kepada otak yang ‘DEMAND’ sangat tinggi dan ‘SUPPLY’ perlu ditingkatkan bagi memenuhi permintaan selaras dengan konsep DEMAND dan SUPPLY dalam teori ekonomi. Kebanyakan bayi akan menyusu dalam tempoh 30 hingga 40 minit untuk setiap sesi penyusuan susu ibu.

Berikanlah bayi anda kebebasan untuk mengawal penyusuan sehingga mereka betul-betul puas dan akhirnya melepaskan sendiri puting susu apabila sudah kenyang.

Punca Susu Kurang

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kekurangan penghasilan susu ibu termasuklah:
- Pengambilan kafein secara berlebihan. Secara berlebihan disini bermaksud mengambil lebih dari lima cawan kopi dalam sehari.
- Amalan merokok oleh ibu. Amat jarang sekali berlaku dalam masyarakat Malaysia.


- Penggunaan ubat penenang, antihistamin atau pil perancang keluarga.
- Bayi juga boleh menjadi penyumbang kepada faktor kurangnya susu ibu. Ini kerana berkemungkinan menghadapi masalah menghisap puting susu ibu. Biasanya ini adalah bersifat sementara. Harus Anda ingat bahawasanya bayi anda juga sedang belajar seperti anda. Berikan masa kepadanya.

Pengalaman Menggunakan Penggalak Susu Atau ‘Milk Booster’.

Cikta adalah salah seorang yang memerlukan support disebalik kejayaan menyusukan anak kedua dan ketiga. Sebenarnya penghasilan susu ibu juga sangat berkait rapat dengan keadaan si ibu. Semangat sahaja mungkin boleh berjaya dalam proses penyusuan ini tetapi ibu mestilah sihat, cergas dan tidak lesu. Barulah susu akan terhasil dengan kuantiti yang banyak. Percaya tak?

Jempulah tonton video dibawah.


Cikta pun sama juga seperti ibu-ibu muda yang lain ketika mengandungkan anak pertama, serba-serbi ingin memberikan yang terbaik untuk mengenyangkan anak dengan susu Cikta sendiri. Tapi, apabila anak pertama selamat dilahirkan, pengetahuan yang kurang tentang ‘breastfeeding’ ditambah pula dengan kurangnya sokongan persekitaran menyebabkan Cikta tidak berjaya menyusukan.

Keadaan Cikta masa itu sangat tertekan tau. Percaya tak Cikta pernah menangis bila Cikta baca tulisan poster di klinik kesihatan ‘ Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi’. Cikta rasa Cikta bukan ibu yang terbaik untuk anak Cikta masa itu.
Oleh kerana itu, semasa mula-mula dapat tahu Cikta mengandungkan anak kedua, Cikta siap-siap buat persedian rapi dengan mendalami pengetahuan tentang penyusuan susu ibu dan bergaul dengan kumpulan yang menyokong penyusuan susu ibu.


Cikta ingat lagi buku Hebatnya Susu Ibu inilah sampai sekarang jadi bahan rujukan Cikta. Alhamdulillah setelah anak dilahirkan, Cikta berazam untuk menyusukan anak dan telah berjaya untuk anak kedua dan ketiga. Syukur!

Sebab itu Cikta akan cakap kepada pelanggan yang bertanya tentang susu mereka yang kurang, walaupun macam-macam milkbooster telah dimakan. Sebenarnya bukan susu yang kurang, tapi ilmu.

Antara Vitamin Yang Dicadangkan Untuk Meningkatkan Kecergasan Ibu Dan Membantu Membuatkan Susu Ibu Menjadi Banyak.


Bagi memastikan badan Anda menerima khasiat yang mencukupi semasa dalam tempoh penyusuan, Anda perlulah mengetahui keperluan badan untuk seorang ibu yang menyusukan.

Ibu yang sedang dalam tempoh menyusukan perlu memastikan pengambilan kalsium tidak kurang dari 1000mg dalam sehari. kekurangan kalsium dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan risiko seperti masalah sakit sendi dan tulang.

Pastikan juga pengambilan multivitamin (Vitalea), Vitamin C dan B Complex untuk mengembalikan kesihatan selepas melahirkan, meningkatkan imunisasi ibu dan mengembalikan kecergasan. Sentiasa ingat, apabila ibu sihat, susu yang dihasilkan juga sangat berkualiti.

Tip : Ibu yang dalam keadaan cergas dan sihat akan menghasilkan susu yang lebih banyak dan pekat, bayi juga akan kurang meragam. Pengambilan Protein dan Omega juga penting dalam tempoh penyusuan.  Apa yang ibu ambil akan sampai kepada bayinya melalui susu. Jadi pastikan jika Anda mengamalkan supplement untuk penyusuan sekalipun jangan abaikan pemakanan yang seimbang dan sihat. Alfalfa diperlukan sebagai penggalak susu atau milkbooster bagi ibu yang mempunyai masalah susu merundum. Dan bonus untuk ibu pula jika konsisten mengamalkan vitamin-vitamin ini, berat badan in shaa Allah akan senang dikawal.

Testimoni.








Amalkan Dan Sebarkan.



Anda digalakkan mencuba suplemen penyusuan Shaklee. Ianya sangat baik sekali, susu bukan sahaja lebih pekat dan banyak, malah badan ibu juga lebih cergas bertenaga. Cikta merupakan testimony yang mengamalkannya. Cikta makan dan Cikta sebarkan kebaikkannya kepada semua.

Untuk terus membeli Set Penyusuan yang dicadangkan :


Sekiranya Anda mempunyai kemusykilan tentang masalah penyusuan dan ingin berkongsi cerita bersama Cikta. Jangan malu-malu. Boleh terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan pengedar yang sah sejak 2013 lagi.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan






1 comments:

Write comments
laila raihan
AUTHOR
1 March 2018 at 01:28 delete

Wow good info.. bukan senang nak susukan anak full.. alhamdulilah. Time pantang gigih buka youtube, google nak balajar.. ilmu penyusuan lg penting dari persediaan barang2 baby

Reply
avatar