Cara Mengatasi Masalah Puting Merekah Ketika Menyusukan Dengan Mudah.

17:44 0 Comments A+ a-


Ramai antara ibu-ibu yang pernah mengalami masalah puting merekah semasa penyusuan ini tahu betapa ianya amat menyakitkan dan memedihkan. Kebiasaannya masalah puting merekah tidaklah mengambil masa yang lama untuk pulih tetapi disebabkan kesakitan yang dialami itu buatkan ibu tak tahan dan akan merasakan ianya adalah suatu tempoh yang sangat lama. Ada yang mengambil keputusan untuk berhenti menyusukan bayi.


Cikta sendiri pernah mengalami masalah puting merekah masa mula menyusukan Zulaikha. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Tetapi oleh sebab Cikta tekad untuk menyusukan Zulaikha selepas Umar gagal dulu, Cikta tetap teruskan penyusuan seperti biasa biarpun puting merekah ketika itu kerana tiada pilihan yang lain yang lebih baik. Cikta akan cuba mengelak daripada menyusukan di tempat yang merekah. Tetapi jika terpaksa Cikta cuba beri tumpuan sepenuhnya masa tu , ambil nafas yang dalam-dalam sebelum proses penyusuan dan menahan sakit sepenuh hati. Alhamdulilah masa itu yang Cikta perasaan kesakitan akan mula hilang. Sakit dan pedihnya hanya pada setiap kali mula penyusuan.

Punca Puting Merekah.

Hampir 80%  daripada ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami keadaan puting yang sensitif dalam beberapa hari pertama penyusuan bermula. Masalah ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon dan puting sedang membiasakan diri kepada penyusuan terutamanya pada hari ke4 atau ke5 dan akan sembuh dari sehari ke sehari. Kebiasaannya kesakitan akan mulai hilang selepas bayi berusia 2 minggu. Selepas itu penyusuan akan bebas dari sebarang kesakitan.

Sekiranya kesakitan dan puting merekah melebihi dari 2 minggu itu sudah dikira tidak normal. Kebiasaannya masalah ini adalah disebabkan  oleh beberapa perkara seperti :

1. Kedudukan dan “latch on”


Ini merupakan penyebab utama keadaan puting merekah. Bayi tidak menghisap dengan cara yang betul dan hanya menghisap sedikit atau di hujung puting sahaja.

2. Terdedah kepada keadaan lembap dalam tempoh terlalu lama.


Sekiranya Anda biarkan puting dalam keadaan lembap dalam tempoh terlalu lama , ini akan menyebabkan kulit menjadi terlalu lembut dan ianya menambahkan risiko kepada puting merekah. Kelembapan ini mungkin disebabkan oleh Anda tidak mengeringkan atau lap puting selepas proses penyusuan , memakai breast pad yang lembap dalam jangka masa yang panjang atau menggunakan breast pad yang menggunakan lapisan plastik.

3. Pelincir semulajadi di keluarkan

Puting kita sebenarnya menghasilkan pelincir semulajadi sendiri yang bertujuan untuk melindunginya daripada kesan kelembapan dan memberikan ciri-ciri antibakteria.Oleh kerana terlalu kerap membasuh dengan sabun ianya menanggalkan pelincir semulajadi yang memberikan perlindungan kepada puting kita dan menjadikan iannya lebih terdedah kepada kerekahan.

4. Thrush


Keadaan puting merekah atau gatal mungkin disebabkan oleh ‘thrush’. Ini berlaku kerana ketumbuhan sejenis yis seperti kulat di panggil ‘candida albicans’. Puting ibu boleh dijangkiti oleh bayi yang menghidap kulat ini dalam mulutnya.

Untuk pengetahuan semua, kesakitan semasa menyusu bayi lebih kurang sama antara keadaan ‘thrush’ dengan ‘latch on’ yang tidak betul.

Cara Merawat Puting Merekah.

1. Sebelum penyusuan

a) Sekiranya breast pad melekat pada puting jangan sesekali tarik sebaliknya cuba lembapkan dulu dengan air sebelum cuba mengeluarkannya.


b) Cuba gosok puting dengan ais.

c) Pam atau perah susu untuk beberapa minit sebelum proses penyusuan.

2. Semasa penyusuan

a) Kedudukan dan lekapan yang betul adalah langkah paling penting boleh diambil bagi mencegah kerosakan yang lebih teruk dan membantu puting sembuh semulajadi.

b) Beri anak menyusu pada payudara yang kurang sakit dahulu.

c) Cuba buat perubahan dalam kedudukan atau posisi semasa menyusu.

d) Menyusu dengan lebih kerap ( sekurangnya 2 jam sekali).Ini bagi memastikan bayi tidak terlalu lapar yang boleh menyebabkan dia menyusu terlalu kuat.

e) Perhatikan corak hisapan bayi. Jangan biarkan bayi menghisap ‘comfort sucking’ pada bahagian yang sakit.

f) Jangan tarik puting ketika bayi sedang menghisap. Untuk melepaskan sedutan , letakkan jari kelingking kita di dalam mulutnya antara gusi untuk menggantikan puting yang sedang bayi hisap.

3. Sekiranya proses penyusuan menjadi terlalu sakit

a) Rehatkan payudara dari menyusu untuk seketika.

b) Perah susu dengan menggunakan teknik marmet, Ini adalah untuk mengelakkan daripada pengeluaran susu ibu terjejas

4. Selepas menyusu.

a) Lap puting dengan kain bersih sehingga kering.

b) Petua orang dulu-dulu ini Cikta pernah amalkan dan menjadi iaitu untuk puting yang sakit tetapi tidak merekah atau berdarah , sapu sedikit susu badan pada puting yang sakit dan biarkan ianya kering sendiri. Ini kerana, susu badan mengandungi ciri-ciri anti-mikrobial yang akan membantu melindungi puting daripada jangkitan kuman.

c) Untuk masalah puting merekah teruk dan berdarah , cuba sapu krim seperti purelan atau Avent yang di buat khas untuk ibu-ibu menyusu.Ini tidak perlu di bersihkan kerana ianya selamat untuk bayi kita.

5. Di antara penyusuan.


a) Apabila memakai baju , boleh menggunakan pelbagai ‘nipple shells’ yang berlubang . Jika anda menggunakan ‘Nipple shells’ Anda tidak perlu memakai breast pad. Ini membolehkan pengaliran udara dalam coli dan mengurangkan kelembapan pada puting.

b) Jika menggunakan ‘breast pad’ ,Anda dicadangkan untuk menukarkannya sekerap mungkin untuk mengelakkan ianya menjadi lembap atau basah. Elakkan ‘breast pad’ yang berlapisan plastik

c) Jangan gunakan sabun , alkohol , krim atau losyen pada puting. Basahkan puting dengan air bersih atau air suam semasa mandi sudah memadai.

d) Jangan berputus asa meneruskan penyusuan jika mengalami masalah puting merekah sekalipun.

Kebiasaannya keadaan ini hanya mengambil masa sehari atau 2 hari untuk puting sembuh apabila bayi menghisap dan melekap ‘latch on’ dengan betul, Jika puting merekah melebihi 3 hari tanpa sebarag tanda penyembuhan , pergilah berjumpa pakar penasihat tentang penyusuan untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.

Saya Kerja Dan Tidak Boleh Menyusukan Bayi Saya.

Zaman moden alasan ini tidak lagi boleh diguna pakai. Datanglah apa-apa masalah penyusuan sekalipun, apabila kita sudah tekad untuk mengenyagkan anak dengan susu badan sendiri yang bagus pasti boleh. Saksikan cerita wanita berkejaya sebagai jururawat ini. Berjaya menyusukan anaknya walaupun waktu bekerja yang tidak menentu.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Set Menyusu Shaklee


Testimoni.




Untuk Sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee atau kemusykilan mengenai masalah penyusuan yang Anda hadapi, bolehlah terus menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar sah Shaklee sejak 2013 lagi.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan