Cara Menjana Pendapatan Dengan Mudah Bagi Surirumah 2018

20:32 1 Comments A+ a-


Tak dinafikan tanggungjawab seorang suami adalah mencari rezeki untuk melunaskan nafkah isteri. Tapi dizaman yang serba mencabar ini, ramai wanita atau isteri yang mengambil keputusan untuk bekerja bagi membantu memperbaiki ekonomi rumahtangga.

Gambar sekadar hiasan. Doakan Intan kuat ya semua.

Lagi seram bila baca kes-kes surirumah yang di tinggalkan dan diabaikan oleh para suami. Mana nak tanggung makan pakai sendiri, anak-anak lagi. Allah kesiannya.

Bila tengok kalender, dah 2018. Hampir 5tahun lebih bekerja dari rumah. 'Work At Home Mom' katanhya. Kalau dulu semasa Umar masih baby seriously rasa teragak-agak. Boleh ke hidup kalau suami seorang sahaja yang kerja? Boleh ke buat bisnes dari dumah? Untung ke? Astaghfirullahalazim. Nampak sangat kan tak percaya rezeki ada dimana-mana. Allah yang bagi, bukan manusia.

Sebelum dan semasa jadi Pengedar Shaklee ni sebenarnya Cikta ada juga mencuba bisnes lain. Ada yang modal sampai cecah RM10k. Hangus macam itu saja. Ada yang modal tak sampai RM1k juga hangus terbakar. Hanya bisnes Shaklee ini saja yang Cikta kekal dan teruskan kerana sudah terjatuh cinta, mana taknya hanya dengan modal masa tu Cuma RM65 Cikta dah merasa 3 ke 4angka bonus setiap bulan. Oklah kan Rm600-Rm700 dalam tangan hanya dengan bisnes dari rumah, anak depan mata, siapa yang nak bagi kan?


Disebabkan anak-anak dah ada 3orang dan masih kecil-kecil inilah memang pilihan untuk bekerja semula tu memang tak ada. Suami pun memang tak galakkan kerja. Biar anak-anak membesar depan mata katanya.

Cikta sebenarnya mula berkenalan dengan bisnes Shaklee ni pada tahun 2013 lagi. Masa itu Cikta adalah pengguna product Shaklee untuk menyelesaikan masalah penyusuan Cikta. Dari pengguna jatuh cinta dengan produknya seterusnya dengan bisnesnya.

Jom berkenalan serba sedikit dengan Shaklee, Orang kata tak kenal maka tak cinta kan. Manalah tahu 1 hari nanti berjodoh macam Cikta sekarang ni ha, kan?

Shaklee itu apa ?

Shaklee adalah merupakan jenama makanan tambahan popular yang sudah mencecah usia 100 tahun lebih dipasaran. Jenama antarabangsa yang banyak mengubah tahap kesihatan manusia di dunia menjadi lebih baik. Shaklee adalah syarikat yang mencipta multi-vitamin pertama didunia pada tahun 1915. Lama bukan?


Shaklee Corporation adalah syarikat MLM pertama di dunia yang ditubuhkan pada tahun 1956. Shaklee pakar, pelopor dan peneraju dalam industri vitamin atau makanan tambahan dan produk yang berasaskan kesihatan dan kecantikan.

Shaklee telah melaburkan lebih daripada RM 1 billion untuk membuat penyelidikan dan pembangunan produknya. Dengan kos sebanyak ini, Shaklee dapat menjamin produk mereka adalah berkesan dan selamat digunakan. Jadi anda tidak perlu risau memilih produk Shaklee untuk diniagakan. Semuanya selamat dan berasaskan alam semulajadi. Jadi jangan risau tentang kualiti produknya. Memang terbaik.

Cikta juga adalah salah satu daripada testimoni yang berpuas hati dengan keberkesanan produk Shaklee.

Bisnes Shaklee Yang Fleksibel.

Mungkin anda seorang pengguna atau juga pernah mendengar tentang keberkesanan produk Shaklee. Tapi sedarkah anda bahawa selain dari keberkesanan produknya Shaklee juga memberi peluang untuk anda menjana pendapatan yang lumayan dan kukuh walaupun hanya berbisnes dari rumah.

Produk Shaklee dicipta bagi menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan yang amat diperlukan dizaman yang penuh pencemaran ini. Zaman dimana ayam dicucuk hormone, sayur dan buah-buahan disembur racun perosak serta ikan yang Nampak segar juga sebenarnya diawet. Maka anda tidak perlu risau tentang sejauh mana produk Shaklee ini boleh dijual atau dipasarkan.

Selain itu Shaklee adalah bisnes masa hadapan kerana ia memiliki elemen seperti :
- Work from home.
- Produk kesihatan.
- Sumber semulajadi & selamat.
- Produk kecantikan.

Bagaimana Kita Boleh Menjana Pendapatan Dari Rumah?


Hanya dengan berkongsi melalui banyak medium Cikta dapat menyebarkan kebaikan produk yang dahulunya hanyalah produk yang Cikta amalkan. Kini surirumah seperti Cikta juga mampu mendapat pendapatan sehingga 4 – 5 angka dengan bisnes Shaklee.

Ramai juga yang mula sedar tentang kesan bahayanya ubat-ubatan untuk jangkamasa yang panjang maka ramai diantara mereka memilih untuk makan makanan yang sihat serta mengamalkan makanan tambahan untuk mengisi kekosongan pada nutrisi pada makanan seharian mereka. Ianya lebih selamat. Ada yang menjadikan vitamin keperluan untuk mereka sihat dan cantik. Ini lah peluang anda. Tambahan pula Shaklee merupakan makanan tambahan yang mempunyai landmark study.


Kami menggunakan pemasaran Online untuk memasarkan produk Shaklee. Untuk menjana pendapatan lumayan dari rumah anda hanya memerlukan smartphone atau laptop dan internet untuk berkongsi tentang kebaikan produk Shaklee.


Sekiranya anda berminat mendaftar bersama Cikta di bawah group Celikvitamin Group, anda akan diberi bimbingan secara percuma bagaimana untuk membuat perkongsian yang berkesan di laman sosial seperti FB dan IG mahupun di blog untuk menjana pendapatan yang lumayan.


Kami juga menyediakan kelas, bimbingan, pengetahuan tentang produk dan banyak lagi hanya dihujung jari anda tanpa memerlukan anda untuk keluar dari rumah dan meninggalkan anak-anak serta pasangan anda. Senang bukan?
Kami juga akan mengajar bagaimana untuk membina tapak pemasaran yang kukuh supaya pelanggan yakin dengan anda dalam masa yang singkat dan semua teknik ini sudah diuji keberkesanannya untuk mendapatkan jualan.


Shaklee menyediakan laman web www.shaklee2u.com, untuk semua ahlinya bagi memudahkan kerja menjual produk secara online dan juga bagi memudahkan ahlinya untuk membeli waima untuk makan sendiri tanpa perlu berpanas dan berhujan untuk keluar dari rumah.

Pengedar Shaklee boleh kerja di rumah atau dimana- mana saja dengan kebebasan masa tersendiri. 90% urusan bisnes diuruskan oleh Shaklee melalui laman web ini termasuklah packing barang dan mengeposnya.  Anda boleh memilih untuk order produk selepas itu menghantar produk itu ke mana- mana destinasi dalam Malaysia dan produk tersebut akan sampai ke penerimanya dalam 2-3 hari berkerja.

Dilaman web ini anda juga boleh melihat jumlah jualan dan pendapatan anda. Download nota, poster dan maklumat produk. Melihat promosi bulanan.
Jadi walaupun Cikta sedang bercuti contohnya, Cikta masih boleh menguruskan bisnes menggunakan smartphone saja. Bahagia kan?

Pengedar Perlukan Latihan?


Anda tidak perlu mengambil sijil, diploma, ijazah mahupun PhD untuk melayakkan anda menjadi seorang Pengedar Shaklee yang berjaya.

Anda hanya perlu mengikuti langkah- langkah yang diajar setelah mendaftar kelak. Antara kemahiran yang akan diajar adalah teknik pemasaran online atau offline serta ilmu produk.

Antara bimbingan yang akan diberikan seperti :
- Perbincangan produk di dalam group whatsapp (Text & Audio)
- Kelas santai ilmu bisnes dan produk (online/offline)
- Sesi coaching one by one.
- Kelas Nutrisi oleh Shaklee ( kanak- kanak dibenarkan ikut serta)
- FB Live Streaming
- Latihan praktikal berkaitan skin care seperti Facial
- Dan banyak lagi yang pastinya amat memudahkan anda.

Berapa Income Boleh Dapat ?


Mengikut pengalaman, seorang pengedar Shaklee yang aktif  pendapatan bulanannya diantara RM 1,500 hingga RM 2,000 sebulan selepas 2-3 bulan aktif berkongsi tentang produk Shaklee.

Jika anda terus berkongsi dan berusaha untuk membina empayar sendiri, pendapatan anda boleh mencecah RM 50,000 dalam masa 2 hingga 3 tahun. In shaa Allah. Dan jangan risau kestabilan pendapatan anda disebabkan ramai pengguna yang setia akan terus menggunakan produk Shaklee yang berkesan dan terbukti selamat ini.

Ada beberapa bentuk income dari bisnes Shaklee seperti :
- Keuntungan runcit ( 20% hingga 35%) – Harian
- Bonus komisyen ( 21% ) – Bulanan
- Insentif kereta – Bulanan
- Percutian 6 bintang – Tahunan

Pendapatan ini tidak terhad. Semuanya bergantung atas kerja keras anda. Anda boleh dapat jauh lebih banyak daripada itu kalau anda mahu.

Kenapa Anda Mesti Kena Joint Team Cikta ?


Kami di Celikvitamin Group mengamalkan system mentoring dan bukan sekadar coaching biasa. Kami sebagai leader akan sedaya upaya akan memastikan anak-anak buah kami berjaya bersama-sama kami. 

Jadi anda tidak perlu risau dan membayangkan betapa susahnya untuk menjual produk Shaklee ini. In shaa Allah pelanggan yang akan mencari anda. Dengan pemasaran yang baik serta dibantu dengan produk yang berkualiti tinggi, in shaa Allah kita semua boleh pergi lebih jauh.


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang peluang menjana pendapatan atau mengenai produk Shaklee. Anda boleh terus menghubungi Cikta.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan

1 comments:

Write comments
2 March 2018 at 05:34 delete

kesia sangat dengn ibu tunggal yg terpaksa pikul beban sorang2. isteri yg tak kerja tu boleh bantu suami buat duit online

Reply
avatar