Cara Merawat Demam Campak Bayi Atau Kanak-kanak Dalaman Dan Luaran Dengan Selamat

09:10 4 Comments A+ a-


Penyakit berbahaya yang sering menyerang kanak-kanak adalah antaranya demam campak atau pun ‘measles’. Campak adalah merupakan penyakit yang mudah berjangkit. Ianya sangat mudah menular melalui titisan cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan daripada kes demam campak ini melibatkan kanak-kanak yang berusia satu tahun dan ke bawah.


Tanda-tanda Demam Campak Dan Komplikasinya

Kita perlu memberi perhatian terhadap tanda-tanda sekiranya kita mengesyaki anak-anak mungkin diserang demam campak ini. Tindakan pantas dengan membawa anak-anak ke klinik adalah terbaik memandangkan penyakit ini boleh mengancam nyawa.

Demam campak juga merupakan sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit. Selain itu, ‘measles’ juga akan mengakibatkan simptom berikut berlaku:
- Demam yang panas (suhu tinggi).
- Ruam merah kecil timbul.
- Selsema dan hidung berair.
- Batuk-batuk.
- Mata merah berair atau conjunctivis.
- Komplikasi Demam Campak

Perlu anda tahu bahawa demam campak juga boleh menyebabkan komplikasi berikut. Antaranya:
- Pneumonia (radang paru-paru)
- Jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak
- Mata merah, bengkak dengan lelehan berair atau nanah yang boleh menyebabkan buta
- Radang otak (encephalitis)
- Kematian

Ianya Perlu Dirawat Dengan segera


Anda perlu mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berhampiran kerana sekiranya antibiotik tidak diambil dibimbangi akan menjadikannya bertambah kronik. Perlu diingat, antibiotik ini juga diambil untuk mengelakkan komplikasi lain dan jangkitan sampingan.

Sekiranya rawatan lambat diberikan ianya boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Kematian boleh berlaku 3-4 hari selepas paru-paru dijangkiti serta jangkitan ini juga boleh berlaku selepas ruam campak sembuh.

Ada juga kes dimana, seminggu dua selepas sembuh dari demam campak, ada pesakit yang menunjukkan simptom gangguan sistem urat saraf sehingga melibatkan kelumpuhan. Tetapi statistik menunjukkan, 60 hingga 70 peratus kanak-kanak yang diserang campak sembuh 100 peratus. Hanya,10 peratus yang diserang komplikasi lain akibat demam campak.

Penyebab Demam Campak

- Demam campak adalah disebabkan oleh virus campak.
- Virus ini disebarkan melalui titisan kecil air liur dan titisan hidung yang terpercik semasa batuk, bersin atau bercakap.
- Virus juga boleh tersebar apabila menyentuh permukaan yang tercemar.
- Virus mampu bertahan selama 2 jam di permukaan terkontaminasi.

Set Cadangan Untuk Merawat Demam Campak.

Untuk kanak-kanak yang berusia 2tahun dan keatas dan sudah tidak menyusu susu ibu. Cikta suggestkan set ini.


Untuk bayi yang masih menyusu susu ibu, Cikta suggestkan ibu yang makan supplement ini.


Untuk mengurangkan kegatalan boleh try ini.


Testimoni



Sekiranya Anda berminat bertanyakan lebih lanjut tentang rangkaian produk Shaklee. Boleh terus menghubungi Cikta. Cikta adalah pengedar Shaklee Malaysia yang sah sejak 2013 lagi.

Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan

4 comments

Write comments
ROSA
AUTHOR
28 March 2018 at 17:14 delete

tq for info..anak sedara baru ja kena demam campak..baru ja 6 bulan usia..tqvm..sudi2 melawat blog saya..https://rosapegitravel.blogspot.my

Reply
avatar
Fatin Diana
AUTHOR
29 March 2018 at 08:14 delete

nice sharing! kena save ni

Reply
avatar
27 May 2018 at 20:56 delete

kesian sangta kalau budak2 kena campak ni. mereka tak selesa dgn asyik nangis je

Reply
avatar