Tips Makan Sahur Untuk Semua Termasuk Ibu Hamil Dan Menyusukan Supaya Bertenaga Di Pagi Hari.
Dalam bulan
Ramadhan ini, bila teringatkan juadah berbuka macam-macam yang ingin kita
makan. Almaklumlah perut tengah kosong, mulalah semua pun bermain difikiran,
kan? Tapi yang menjadi masalahnya adalah tiada selera diwaktu sahur.
Mana tidaknya
sedang tidur disuruh bangun makan. Tapi kena juga menjamah makanan kerana takut
tak tahan pula hendak berpuasa keesokkan harinya. Jadi Cikta nak share serba
sedikit tips makan bersahur supaya bertenaga di pagi hari terutamanya bagi golongan ibu hamil dan ibu menyusukan bayi.
1.
Sahur itu ibadah.
Dalam sahur terdapat banyak keberkatannya, hukum bersahur
juga adalah sunnah, jadi ketika kita mengamalkannya in shaa Allah akan ada pahala
sunnah yang kita perolehi.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau
berkata, Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Makan sahurlah kalian,
kerana sesungguhnya dalam makanan sahur terdapat barakah” (Muttafaqun ‘alaih)
2.
Pilih makanan yang boleh menambah selera makan.
Diawal pagi seringkali membuat kita malas untuk menikmati
makanan. Akan tetapi kerana hikmah dan manfaatnya besar, maka haruslah juga kita
paksakan. Salah satu caranya adalah dengan memilih makanan yang menambah selera
makan, seperti sambal ikan bilis, sambal hitam Pahang dan lain-lain lagi.
Sekarang dah banyak jual yang dah siap. Tinggal makan dengan nasi panas sahaja
pun sudah menyelerakan. Nyum!
3.
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Buah dan sayuran kaya nutrisi dan serat yang
membuatkan Anda merasa kenyang lebih lama sehingga Anda tidak boleh mengabaikan
pengambilannya. Anda boleh makan secara langsung, diolah menjadi sesuatu resepi
atau dibuat jus. Amalkan makan buah pada tahap pertama, tepatnya selepas bangun
tidur kerana cara ini boleh membantu Anda untuk menghilangkan rasa mengantuk.
4.
Pengambilan air secukupnya
Air adalah sangat diperlukan oleh tubuh sebagai
bekalan disaat seharian berpuasa. Anda boleh cuba minum air putih sebanyak 3-4
gelas semasa waktu sahur.
5.
Pengambilan makanan yang berkhasiat.
Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang
sangat penting semasa bersahur. Ini adalah kerana semasa berpuasa tubuh kita
memerlukannya untuk terus bertenaga sementara menanti saat berbuka puasa.
Boleh ikuti tips diet semasa bersahur oleh Mr. Kevin
Zahri ini:
Shaklee juga ada mencadangkan makanan tambahan yang
sesuai diambil ketika bersahur oleh semua golongan termasuklah ibu hamil dan
menyusukan yang ingin cuba untuk menunaikan ibadah berpuasa. Set Sahur Shaklee ini dicadangkan bertujuan untuk
memberikan rasa cepat kenyang yang lama dan memberi tenaga supaya kekal cergas
sepanjang hari serta ianya sangat berkhasiat.
Set sahur Shaklee ini terdiri dari Energizing Soy Protein (ESP), Performance Drinks dan Mealshake. Ketiga-tiganya dalam bentuk serbuk bancuhan (powder).
Anda hanya perlu bancuh atau shake dan minum. Sangat mudah dan cepat untuk
disediakan.
Sifat rendah
indeks glisemik atau low GI dalam minuman ini berkemampuan membuatkan anda rasa
kekenyangan dalam tempoh yang lebih lama berbanding jika anda mengambil
karbohidrat yang kompleks seperti mee, pasta atau roti semasa bersahur.
Bersahur dengan sumber yang kaya
dengan protein ini juga akan membuatkan kita mampu bertahan lebih lama sehingga
waktu berbuka walaupun kita ibu yang menyusu anak atau mengepam susu.
Untuk membeli secara terus dalam talian boleh klik :
Atau boleh menghubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Malaysia dari tahun 2013 sehingga kini. Dan Cikta adalah juga merupakan pengguna produk Shaklee dari tahun 2013 hingga kini.
Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp : +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan