Cara Penjagaan Jantung Bagi Mengelakkan Lemah, Serangan Dan Penyakit Lain Berkaitan Jantung.

11:02 0 Comments A+ a-


Penjagaan jantung sering diabaikan. Adakah ianya tak cukup penting untuk hidup? Ramai yang berlumba-lumba untuk menjaga kecantikan tapi masih ramai yang tak sedar jantung juga perlu dijaga. So entry kali ini Cikta ingin berkongsi serba sedikit tentang penjagaan jantung. Harap bermanfaat untuk semua.


Jantung adalah merupakan salah satu organ yang sangat penting terdapat didalam tubuh kita. Tanpanya, kita semua tidak bernyawa. Maka untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, sangat penting kita member penjagaan sewajarnya dari awal kepada organ ini.

Perlu diingatkan bahawa tugas jantung kita adalah untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel dalam tubuh. Namun kini disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, ramai yang berisiko untuk mendapat serangan sakit jantung.


Serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia hari ini. Mungkin sedikit kesedaran tentang penjagaan jantung dapat dipupuk kepada semua bagi mengelakkan risiko mendapat serangan sakit jantung ini.


Bagaimana Cara Penjagaan Jantung Yang Sepatutnya?

Perkara paling penting dalam memastikan kesihatan jantung kita adalah kita harus ubah cara hidup kita. Seperti :

1.         Kawalan berat badan


Kegemukan adalah factor meningkatnya risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi penyakit kronik. Jadi kita haruslah memastikan berat badan kita adalah berat badan yang ideal. Selalu periksa BMI.

Kebiasaannya masalah kegemukan ini adalah disebabkan oleh corak pemakanan yang diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan yang berlebihan tidak minat untuk bergiat aktif, jadi kandungan kalori yang tinggi didalam makanan mereka tidak digunakan dan ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu seperti peha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung yang dinamakan lemak visceral, ianya akan mengganggu kerja-kerja jantung.



Lemak visceral adalah lemak yang paling membahaya kerana ianya ‘sukar dilihat dengan mata kasar’. 

2.     Pemakanan


Bagi mereka yang bercita-cita untuk mengurangkan berat badan, anda boleh mengelakkan makan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.

Pesakit jantung dinasihatkan supaya mengambil makanan berlemak dalam kuantiti yang sangat sedikit. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan sama sekali. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga perlu dibatasi. Dicadangkan sebaik-baiknya makan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik dan sihat.


Sayur-sayuran amat baik sekali diamalkan setiap hari seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan. Ianya adalah baik untuk menjamin kesihatan.Dinasihatkan juga supaya  tidak mengambil alkohol. Ianya bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi pada hati.

3.     Berhenti merokok


Majoriti yang mendapat serangan sakit jantung adalah dari golongan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya berhenti rokok. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya serangan itu.

4.     Bersenam


Bersenam ialah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Antaranya seperti berjogging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan contoh senaman  yang boleh diamalkan mengelakkan serangan jantung. Sebarang senaman yang dibuat secara teratur baik dan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengepam darah dengan lebih berkesan. Dan dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.


Set Cadangan Penjagaan Jantung Shaklee.


Phytocol-ST
– mencegah kolesterol dari masuk ke dalam salur darah

OmegaGuard 
– menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam darah dengan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL)

CoQ Troll  
– menguatkan jantung dengan bekalkan enzim CoQ 10


Vivix
– melindungi sel-sel jantung dari penuaan, membaikpulih sel jantung yang rosak untuk fungsi jantung yang sihat

Testimoni



Untuk terus membeli set ini boleh klik disini:


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai set tersebut atau produk-produk Shaklee sila hubungi Cikta. Cikta merupakan pengedar Shaklee yang sah sejak 2013 lagi.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan