Kerja Sambilan Dari Rumah Yang Mudah 2018

09:55 0 Comments A+ a-


Semalam hantar si Kakak dan Emir bergunting rambut. So haruslah berborak dengan owner salon tu. Banyaklah topic yang kami bualkan sambil-sambil tangan dia laju menggunting rambut kakak. Salah satunya pasal ekonomi Malaysia. Seriously memang ini topik paling hangatlah lepas PRU14 lepas. Sajalah bagitau dia Cikta pengedar Shaklee dari 2013, then tell you what. Dia pun amalkan Shaklee dan umur dia 52tahun tau. Dan paling best banyaklah tips awet muda yang dia share selain amalkan vitamin dia amalkan yoga.


Kerja Sambilan Dari Rumah.

Berbalik kepada topik ekonomi yang kami bualkan. Dia puji ibu-ibu yang buat kerja sambilan dari rumah dengan berjual apa-apa yang halal. Kerja sambilan dari rumah dah jadi trend yang semakin meningkat naik sekarang ni. Katanya zaman dia muda dulu kalau nak menjual kena ketuk pintu rumah orang. Senang kan zaman sekarang ni?

Ramai golongan wanita cenderung untuk kerja sambilan dari rumah. Ini adalah kerana mereka dapat menjaga sendiri anak-anak dan dalam masa yang sama boleh membantu menambah pendapatan keluarga. Cikta adalah salah seorang yang memilih untuk berkerja sambilan di rumah sambil membesarkan 3orang amanah Allah ni.


Alhamdulillah dah lebih kurang 6tahun Cikta berhenti dari kerja hakiki dan 5tahun menjalankan perniagaan secara online daripada rumah dengan bimbingan dari mentor yang berpengalaman di dalam selok-belok dunia perniagaan Shaklee secara online ini.

Alasan Popular Kerja Sambilan Dari Rumah.

5 alasan yang popular memilih untuk kerja sambilan dari rumah

1. Gaji kerja hakiki tidak mencukupi untuk menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.

2. Nak duit tambahan untuk memenuhi impian atau keinginan. Contohnya nak melancong, nak makan tempat best atau mewah dan nak hantar anak ke sekolah swasta.

3. Memenuhi masa terluang. Daripada tak buat apa-apa baik mereka buat sesuatu yang boleh menambah pendapatan.

4. Memang minat berniaga. Golongan ni memang tercari-cari peluang yang tak ganggu kerja hakiki.

5. Tertekan dengan kerja sekarang dan merancang untuk berhenti kerja sebagai persediaan selepas berhenti nanti.

Komitmen 100%.


Walaupun nampak mudah, bekerja sambilan memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Walapun ianya dilakukan secara sambilan tapi usaha yang dicurahkan haruslah 100%. Jika tidak hasilnya juga mungkin tidak akan jadi seperti yang diharapkan. Kerja sambilan tidak menjadi salah selagi ianya tidak mengganggu kerja hakiki dan ianya daripada sumber yang halal.

Berminat nak cari kerja sambilan di rumah, tapi tak ada idea nak buat kerja apa yang best dan boleh jana pendapatan? Mari Cikta share tentang Shaklee yang best!

Perniagaan Shaklee Memang Terbaik.

Diantara kelebihan bisnes Shaklee dari sudut keuntungan yang ditawarkan ialah:


1.   Bisnes tanpa modal yang tinggi. Malah boleh dapat secara percuma
2.   Untung runcit hasil jualan produk kepada customer yang bukan ahli
3.   Dapat leadership bonus sehingga level ke-6
4.   FREE TRIP setiap tahun dalam negara dan luar negara
5.   CAR SUBSIDY PROGRAM
6.   AWARD RECOGNITION setiap tahun
7.   Dapat hadir Global Conference di USA
8.   Dapat bergaul  dengan para saintis dan doktor yang menjalankan Research dan Development

Shaklee adalah bisnes yang memberi REAL MONEY. Jangan risau!

Support Dari Mentor dan Team Yang Kuat.


Paling seronoknya dalam menjalankan perniagaan Shaklee ini adalah kita bergerak secara berkumpulan. Memang sangat berbeza jika kita bisnes secara berseorangan, ianya sangat susah. Bila ada team, kita akan rasa kuat dan masing-masing akan saling melengkapkan antara satu sama lain.

Jangan risau sekiranya anda merupakan seorang ibu atau pekerja yang sibuk dengan rutin harian. Kini segalanya dihujung jari sahaja. Sesi coaching dijalankan secara online seperti group whatsapp, facebook, telegram dan lain-lain lagi.

Cikta rasa perluang perniagaan seperti ini adalah tidak patut untuk dilepaskan. Untuk sebarang maklumat lanjut, Anda boleh menghubungi Cikta dengan kadar segera. Sekarang kami juga ada menjalankan Projek RM2000 By CVG. Projek ini bagi membantu usahawan Shaklee yang baru untuk memberikan komitmen 100% dengan bantuan mentor yang terpilih.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan