Perniagaan Untuk Dapatkan Pendapatan Sampingan Yang Lumayan Tanpa Modal Yang Besar 2018

00:06 0 Comments A+ a-


Bila dapat gaji tidak sampai beberapa hari duit gaji itu sudah pun tidak nampak bayang. Mana tidaknya sebelum dapat sahaja list untuk dibayar sudah bersedia menunggu. Tak dibayar nanti bertambah bil-bilnya. Dengan Bil air, elektrik, astro, wifi dan macam-macam lagilah. Sudahnya bekerja sebulan gajinya hanya untuk beberapa hari. Sedihkan?


Jadi oleh kerana keadaan inilah ramai yang kini memilih untuk berniaga bagi menampung keperluaan dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan. Bila berkata tentang perniagaan atau bisnes, berapa ramai orang yang bersemangat pada mulanya tetapi dek kerana tiada ilmu puluhan ribu modal hangus begitu sahaja. Lagi perit bila perniagaan telah terkubur tapi pinjaman perniagaan pula harus dilunaskan. Serik yang teramat.

Nanti dulu. Jangan serik sangat! Jom jana pendapatan sampingan tanpa had dengan Shaklee.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Bisnes Shaklee?

Buat pengetahuan anda, Shaklee bukan sahaja mempunyai produk yang dijamin kualitinya malah Shaklee juga mempunyai pelan perniagaan yang sangat bersesuaian dengan semua yang sedang mencari idea dan peluang untuk membuat bisnes bagi menambah pendapatan.

Antara 5 kelebihan bisnes Shaklee berbanding bisnes jenis konvensional yang lain adalah:

1.   Modal Yang Sangat Rendah Dan Tidak Ada Risiko


Bisnes konvensional kebiasaannya memerlukan kedai serta pekerja. Makanya, majoriti peniaga akan berusaha untuk mendapatkan pinjaman bagi menyelesaikan deposit kedai, renovasi, membeli stok serta gaji pekerja. Itu adalah kos-kos sebelum bermulanya bisnes lagi. Sudahnya banyak beban hutang yang perlu ditanggung sebelum perniagaan mula beroperasi.

Cikta sendiri pernah menjalankan perniagaan menjual desert atau makanan pencuci mulut beserta penghantaran. Cikta dan partner menghabiskan lebih daripada RM10,000 untuk kos-kos seperti chiller, stock dan bayaran untuk sewa tapak bagi menyertai mana-mana event.

Memang sangat laku masa mula-mula berniaga. Semua Nampak macam menguntungkan sahaja. Tapi hakikatnya Cikta dan partner berhempas pulas untuk pusing modal. Beberapa event yang kami pergi, kami Cuma dapat penat sahaja. Tapi Cikta bersyukur kerana banyak yang kami belajar.

Tapi kini dengan bisnes Shaklee, Cikta boleh dapat pendapatan dalam bulan pertama Cikta serius berniaga. Walhal modal hanyalah RM75. Anda tidak  ada risiko untuk muflis kerana anda tidak membuat mana-mana pinjaman perniagaan. Senang hati kan?

2. Formula Bisnes Yang Sedia Ada


Bisnes Shaklee mempunyai formula menarik yang telah diguna dan berjaya. Anda tidak perlu menghadiri mana-mana seminar pemasaran mahal-mahal yang belum tentu keberkesanannya untuk bisnes Shaklee.


Mungkin agak sukar untuk mencari mentor dalam bisnes konvensional. Ini kerana, kebiasaannya anda tiada pertalian dengan mereka. Tetapi didalam bisnes Shaklee ianya berbeza, orang yang bertanggungjawab menaja anda (upline) perlu memastikan anda berjaya untuk mereka lebih berjaya. Di dalam Bisnes Shaklee impian anda adalah penting bagi upline anda. Tiada istilah anda bekerja untuk upline anda.

Malah, upline akan berusaha supaya lebih agresif bagi memastikan anda lebih berjaya daripada mereka. Itu adalah satu keunikan bisnes Shaklee yang tiada pada bisnes lain.


3.   Jenama Besar Dan Sudah Lama Dipasaran Serta Diyakini Keberkesanannya.


Shaklee telah bertapak didalam dunia perniagaan sejak  102 tahun yang lalu dari tahun 1915. Shaklee merupakan jenama yang sangat komited dengan kualiti produknya dan usaha untuk mengubah kehidupan manusia kearah yang lebih baik dan sihat. Shaklee telah melalui lebih daripada 6 kali kegawatan ekonomi dunia dan masih berdiri teguh sehingga kini.


Contohnya kontrak Shaklee bagi menaja minuman hidrasi untuk angkasawan NASA telah pun masuk tahun ke 26. Banyak kejayaan yang telah Shaklee capai daripada dulu hingga sekarang.


4.   Franchise Mampu Milik

Jika anda berminat dengan system bisnes francais anda tentu tahu bisnes franchise ini memerlukan modal yang mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit, maka hanya sedikit sahaja orang yang mampu untuk menceburinya.


Bisnes Shaklee juga dikenali sebagai ‘People Francise’. Ini bermaksud anda boleh buka seberapa banyak cawangan di semua tempat tanpa kos. Contohnya kami di Celikvitamin Group mempunyai cawangan atau rakan niaga di seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Sekiranya ada pelanggan yang mahukan perkhidmatan penghantaran (COD) Cikta tak risau, rakan niaga Cikta ada. Mudah kan?



Kesimpulannya, dengan modal permulaan yang sangat rendah iaitu RM75 ramai pengedar Shaklee yang berjaya mendapat pendapatan bulanan sehingga 4,5 dan 6 angka. Anda juga boleh jika anda tahu caranya. Dengan ilmu, bimbingan mentor dan usaha yang berterusan, anda pasti boleh!



Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai peluang bisnes yang hebat ini. Bolehlah hubungi Cikta. Cikta merupakan Pengedar Shaklee yang sah sejak daripada 2013 lagi.


Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan