Produk Yang Selamat Menggantikan Produk Yang Mengandungi Merkuri Dan Hydroquinone Di Malaysia.

01:34 0 Comments A+ a-


Kalau dulu sebut Youth Skincare ramai yang blur, tak tahu apa tu. Tapi Alhamdulillah ramai yang dah mula bertukar kepada produk Youth Skincare ini. Kerana Youth Skincare ini adalah rangkaian penjagaan kulit 100% bebas bahan kimia bahaya yang boleh merosakkan kulit.


Anda mungkin sebelum ini tidak kisah dengan apa bahan yang terkandung dalam skincare yang ingin disapu diwajah anda. Asal sahaja Nampak testimony yang cun melecun mulalah anda terpengaruh tanpa usul periksa. Nanti dulu! Jangan begitu, anda perlu bijak untuk memastikan kulit anda cantik dan sihat.
Bahan Kimia Berbahaya.


Dipasaran kini terdapat banyak lambakan produk kecantikan yang menjanjikan anda akan mendapatkan kulit yang licin dan cantik. Persoalannya adakah kulit yang licin itu sihat? Kandungan merkuri dan hydroquinone yang terkandung didalam produk tersebutlah yang bertanggungjawab untuk membuat kulit anda licin selicin-licinnya.

Merkuri dan hydroquinone ini bahaya ke? Ya. Sangat bahaya. Ianya boleh merosakkan sehingga 7lapisan kulit, yang menyebabkan kulit anda kelihatan cantik seperti kulit bayi. Dan kalau diikutkan memanglah anda kelihatan cantik dengan kulit bayi, tapi dari segi perlindungan kepada sinaran uv (cahaya matahari) dan pencemaran sekeliling bagaimana pula?

Sebab itu kalau anda perasan kulit yang rosak ini akan kelihatan seperti udang yang disalai apabila berada di tengah panas. Ianya kerana tiadanya perlindungan. Sinaran uv boleh mengakibatkan kulit anda Nampak tua dari umur sebenar, terbakar dan paling bahaya boleh mengakibatkan kanser kulit. Adakah anda sanggup menghidap kanser kulit demi kerana ingin kelihatan cantik dalam jangkamasa yang pendek?

Kesan Buruk Merkuri

Raksa atau merkuri adalah logam berat yang sangat beracun. Ianya sering disalahgunakan dalam produk kecantikan sebagai agen pemutih kulit wajah. Kesannya :
-      jerawat tidak pernah muncul kerana tiada liang pori-pori.
-      jerawat biasanya akan keluar setiap bulan ketika haid adalah normal
-      kulit menjadi merah dan sensitive
-      kulit berminyak secara berlebihan dan timbul jerawat yang banyak
-      kulit bertukar kusam dan timbul ruam apabila semakin lama
-      kulit semakin menipis
-      terjadi pigmentasi dan berparut,
-      timbul jerawat bernanah
-      kegagalan kulit melawan bacteria
-      perubahan atau kelunturan pada warna asal kulit yang ketara.
-      merkuri memang mampu memutihkan kulit dengan cepat.
-      merkuri sangat bahaya kerana ia mudah menyerap ke dalam saluran darah. Kesan jangka panjang boleh merosakkan buah pinggang, ginjal dan gangguan saraf serta organ lain.


Kesan Buruk Hydroquinone
-   - Hydroquinone bertindak menghalang pengeluaran melanin dan kulit menjadi semakin cerah tetapi lapisan kulit muka akan menjadi nipis.
-    -   Jika terdedah kepada matahari secara berlebihan muka akan menjadi merah dan pedih
-     -  Kesan hydroquinone ini juga boleh menyebabkan sakit kepala, sukar bernafas, mual dan muntah jika masuk ke dalam saluran darah dalam kuantiti yang tinggi. 

Rangkaian Set Skincare Bebas Hydroquinone Dan Merkuri



Youth Shaklee bukanlah skincare biasa-biasa. Ianya telah melalui pelbagai kajian dan ujian sebelum dikeluarkan dipasaran. Cuba anda bayangkan ianya memerlukan 8tahun untuk dipasarkan. Lama bukan? Ianya adalah bagi memastikan skincare ini berkualiti, selamat dan berkesan apabila digunakan.


Bahan Dalam Skincare Youth Shaklee.

Youth skincare adalah merupakan satu revolusi dalam dunia kecantikan dan penjagaan kulit. Ini kerana setiap rangkaian dalam produk Youth adalah diformulasi secara spesifik bagi menangani pelbagai faktor penuaan, samada dari segi lifestyle, pencemaran daripada persekitaran atau penuaan secara semulajadi.


Yang paling penting, kesemua rangkaian produk Skincare Youth ini menggunakan 100% bahan daripada tumbuh-tumbuhan botani alam semulajadi, iaitu:


Polifenol Muscadine Grape berfungsi membantu melindungi dan memperbaiki DNA sel serta menghalang kerosakan kolagen dan elastin.


Lotus Japonicus Extract berfungsi membantu mengaktifkan protein yang penting untuk penjanaan semua sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.


Apple Stem Cell Extract adalah merupakan sel yang hampir sama dengan sel kulit manusia. Ianya membantu mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit supaya kulit kelihatan lebih muda. Ianya juga mengekalkan serta membantu memperbaiki tisu kulit supaya anda akan kelihatan lebih berseri dan lembut lebih lama.


Schisandra Chinensis Fruit Extract berfungsi untuk membantu menyokong struktur kulit muda dan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi serta antioksidan. Secara tradisional ianya digunakan di Negara China, Jepun dan Korea bagi membantu melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit.

Vital Repair+ (Vitamins, Botanicals). Ianya memberikan nutrien anti-oksida dan vitamin-vitamin penting bagi membantu menghalang radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Testimoni Skincare Youth



Jelas bukan tentang kandungan didalamnya dan bagaimana ianya berfungsi? Rakyat Malaysia sudah lama didoktrinkan untuk cantik secara drastic dan cepat dengan bahan-bahan kimia yang tidak selamat. 

Ianya hanya akan mencantikkan kulit dalam tempoh yang sekejap dan selepas itu kulit anda akan rosak selama-lamanya. Itukah yang anda mahu? Kulit yang nipis, breakout dan berjerawat serta berjeragat teruk? Jadilah pengguna yang bijak. Ambil tahu secara teliti kandungan didalam skincare atau supplement tersebut sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Pilihan ditangan anda.


Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk selamat dan berkesan ini sila klik :


Anda juga digalakkan untuk mengamalkan supplement untuk dalaman. Apabila dalaman sihat in shaa Allah ianya akan dilahirkan pada luaran. 





Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan produk Shaklee boleh contact Cikta. Cikta adalah merupakan pengedar Shaklee yang sah sejak 2013 lagi.

Puan Masita Hassan.
Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan