Cara Atasi Sembelit Selepas Bersalin Dengan Berkesan Dan Selamat

18:49 0 Comments A+ a-


Sembelit waktu berpantang? Ngeri kan? Seriau lepas bersalin pon tak habis lagi, nak tambah pula seriau sembelit pula. Tak kiralah bersalin normal atau bersalin secara pembedahan. Seriously, sembelit tu bukanlah sesuatu yang menyenangkan hati.


Normal jika ibu baru lepas bersalin tidak membuang air besar, atau dalam bahasa saintifiknya konstipasi untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Atas sebab, mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital atau berasa bimbang jika terdapat jahitan dan lebam. Ini bermakna anda menghidapi konstipasi ataupun sembelit dalam beberapa hari selepas proses melahirkan anak.

Antara sebab fizikal anda mungkin tak boleh menggerakkan usus :


·       Jumlah progrestron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak menyumbang kepada sembelit semasa hamil.
·         Sistem pencernaan kita berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
·         Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina juga boleh menyebabkan usus kita berfungsi lebih lembab daripada biasa.

Kemungkinan masalah sembelit akan lebih tinggi jika :
  1.  Anda melalui proses kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse.
  2. Anda pernah melahirkan bayi sebelum ini.
  3. Anda ada mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua - duanya boleh menyebabkan sembelit
  4. Anda mempunyai koyakan semasa proses kelahiran dan mendapat jahitan.


Buang Air Besar Selepas Bersalin Menyakitkan ?

Anda mungkin mendapati bahagian antara anus dan perineum anda berasa kebas. Ini adalah disebabkan saraf didalam dan mengelilingi vagina telah melonggar akibat proses kelahiran. Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi sangat ditempat itu apabila mnggerakkan usus untuk pertama kali.

Perasaan takut akan membuatkan anda berasa lebih tidak selesa. Ianya boleh memaksa anda mengetatkan otot apabila yang paling diperlukan adalah otot mengendur. Cubalah alihkan perhatian seperti membaca buku atau majalah semasa didalam tandas.

Proses menggerakkan usus tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkannya. Adalah lebih memudaratkan jika kita tidak ke tandas berhari-hari sebab konstipasi akan melonggarkan lantai pelvis kita.

Tips Redakan Sembelit Selepas Bersalin

1) Rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja melahirkan bayi. Cuba banyakkan makanan berserat tinggi, seperti banyakkan pengambilan buah - buahan dan minumlah air secukupnya.

Cecair akan membuatkan najis lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Atmosfera dalam hospital adalah sangat kering dan kita boleh ternyahidratkan tanpa kita sedari. Selain itu menyusui bayi juga boleh membuatkan kita dahaga, jadi kita perlu minum banyak air putih.
 
2)    Bangun dari katil dan bawa berjalan secara kerap mengeliling wad jika masih dihospital, atau boleh juga dilakukan semasa dirumah. Duduk atau berbaring terlalu lama hanya akan membuatkan masalah sembelit menjadi lebih teruk.
 
3)    Apabila terasa ingin ke tandas, jangan pula membiarkannya. Duduk sepenuhnya, jangan bertenggek atau bertinggung diatas tandas duduk. (Ada ibu - ibu yang tak suka duduk pada tandas hospital) Ianya berbahaya.
 
4)    Cuba luruskan belakang dan angkat lutut lebih tinggi daripada punggung. Atau boleh cuba letakkan kaki kita diatas bangku kecil supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki. Letakkan siku kita atas lutut
 
5)    Cuba pergerakan seperti merebahkan diri, Kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot - otot perut. Sepatutnya anda boleh merasa otot - otot mengetat dan mengendur.
 
6)    Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum dan tutup sebarang jahitan, jika ada, dan tekan dari depan semasa membuang air besar supaya anda berasa selamat dan berasa jahitan anda tidak akan terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan anda tidak akan terkoyak (Sebenarnya ini tidak akan berlaku In shaa Allah).

Set Berpantang Shaklee Membantu Mengatasi Masalah Sembelit Selepas Bersalin

Persediaan awal untuk proses berpantang adalah sangat-sangat penting. Ianya boleh membantu anda berpantang dengan selesa dan yang penting boleh mengelakkan masalah sembelit selepas bersalin atau semasa berpantang.



Set berpantang ini terdiri daripada vitamin-vitamin yang semulajadi, selamat dan berkesan. Ia membantu anda berpantang dengan selesa dan membantu menyokong proses menyusukan bayi supaya ianya jadi lebih menyeronokkan.

Set ini juga merupakan titik tolak Cikta mencuba produk Shaklee. Alhamdulillah Cikta Berjaya menyusukan anak kedua dan ketiga sepenuhnya tanpa bantuan susu formula. Sangat puas hati. Walaupun semasa anak pertama Proses penyusuannya boleh dikatakan gagal. Tetapi dengan mengamalkan set ini semasa berpantang anak kedua dan ketiga, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sembelit semasa berpantang juga cikta pernah alami dan sesungguhnya ianya sangat menakutkan.

Testimoni Set Berpantang Shaklee






Untuk terus membeli secara online klik disini


Untuk sebarang pertanyaan mengenai set berpantang ini. Boleh terus klik di SINI untuk menghubungi Cikta di applikasi whatsapp. Jangan risau Cikta merupakan seorang Pengedar Shaklee Malaysia yang sah daripada tahun 2013 lagi. Anda anak mendapat konsultasi premium secara percuma jika membeli set ini daripada Cikta.

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan
Youtube Channel : Masita Hassan ibuohsemdotcom