Perbezaan Antara Gastrik Dan Gerd Serta Cara Mengatasinya

20:58 0 Comments A+ a-


Cikta tau ramai yang agak familiar dengan penyakit yang dinamakan gastrik tetapi agak jarang atau mungkin tidak pernah mendengar tentang Gerd.



Jadi, jom Cikta kongsikan sedikit ilmu tentang perbezaan dua kondisi ini. Semoga ianya akan menjadi manfaat untuk semua.

Gastrik 

Gastrik akan berlaku apabila kandungan asid hidroklorik (HCL) atau asid di dalam perut tidak stabil semasa proses pencernaan. Asid ini mempunyai sifat corrosive  atau menghakis yang boleh mencederakan sekiranya terkena pada kulit. Walaubagaimanapun, perut kita mempunyai perlindungan khas daripada asid HCL iaitu mukosa yang ianya berfungsi sebagai barrier daripada kesan asid HCL ini. 
Tiga jenis gastrik yang sering didiagnos oleh para doktor iaitu:
Gastritis ringan
Pembengkakan (inflamasi) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan

Gastritis berat
Iaitu berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Ulser gastrik (Peptic ulcer)
·  Ulser gastric ini boleh berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid HCL yang terlalu banyak dan lapisan pertahanan mukosa yang menjadi lemah. Apabila lapisan mukosa menjadi lemah, asid hidroklorik boleh sampai kepada sel dan menyebabkan keradangan.
·   Ianya boleh dikesan melalui muntah yang pekat dan mengandungi darah atau warna gelap seperti kopi dan najis yang gelap dan hitam

Antara tanda-tanda gastrik adalah seperti:
·         Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen.
·         Rasa senak, berangin atau pedih
·         Rasa tidak selesa dan kembung, sering sendawa selepas makan
·         Rasa loya dan muntah
·         Penurunan berat badan (pada peringkat gastrik yang teruk)


GERD


GERD adalah Gastroesophageal reflux disease (GERD) iaitu satu keadaan apabila kandungan asid refluks dalam perut tertolak ke atas dan memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang ini menyebabkan keadaan yang tidak selesa seperti pedih hulu hati,  ketidakselesaan di bahagian dada yang menular hingga ke kerongkong, mulut terasa masam dan loya.

Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2012 di seluruh Asia tentang kesan GERD terhadap mutu kehidupan, anggaran 60 peratus daripada penghidapnya merasa tidak sihat, mengelak daripada makan sesetengah jenis makanan dan minuman, merasa letih dan sering khuatir disebabkan simptom GERD, manakala 50 peratus daripadanya terjaga daripada tidur sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan akibat simptom penyakit ini.
Bagaimana Gerd ini boleh berlaku?
Di dalam perut mengandungi asid yang membantu mencerna makanan yang kita makan. Apabila asid ini naik ke esofagus, struktur dinding esofagus tidak mampu mengendalikan asid ini lalu menyebabkan rasa terbakar (burning sensation) yang dikenali sebagai pedih hulu hati. Tidak semua yang alami pedih hulu hati ini adalah penghidap GERD tetapi sekiranya keadaan ini melanda anda lebih dari satu jam dan agak kerap, kemungkinan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk diagnosis lanjut.
Antara simptom lain termasuk rasa mual dan muntah, perut kembung atau angin, sesak nafas terutama apabila berbaring dan sendawa kuat yang berlebihan. Penghidap GERD juga seringkali mengalami sakit dada yang terjadi apabila otot pencerut sphincter  tidak tertutup dengan sempurna lalu menyebabkan asid naik semula ke esofagus. Komplikasi GERD yang kronik boleh menyumbang kepada asma, batuk yang kronik dan pulmonary fibrosis. 
Penghidap kepada masalah GERD juga disarankan untuk mengelakkan beberapa jenis makanan dan minuman seperti arak, minuman berkafein, minuman berkarbonat, coklat, buah-buahan sitrus, makanan berlemak atau bergoreng, makanan pedas dan makanan berasaskan tomato seperti sos tomato, spaghetti dan lain-lain.

Bolehkah Masalah GERD Dan Gastrik Ini Dirawat?


Para pengamal perubatan mungin akan mencadangkan penghidap GERD dan gastrik untuk mengamalkan antasid yang boleh dibeli di farmasi untuk meneutralkan asid perut atau membantu otot mengosongkan perut anda. Sekiranya kondisi GERD anda semakin serius, pembedahan laparoskopik mungkin terpaksa dijalankan.
Tetapi, jika ada alternatif lain selain pembedahan untuk ikhtiar masalah Gastri dan Gerd ini, apa salahnya jika anda cuba kan?
Set Supplement Shaklee Cadangan Untuk Masalah Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Set Gastrik dan Gerd ini berfungsi untuk membantu memberikan keselesaan kepada mereka yang bermasalah dan mengalami masalah Gastrik dan Gerd ini?
Energizing Soy Protein (ESP)
·         Membantu meneutralkan keasidan dalam perut kerana protein yang bersifat alkali.
·         Mengandungi 20 jenis asid amino lengkap yang membantu membina sel-sel baru dan menggantikan sel lama yang rosak akibat hakisan asid hidroklorik pada perut semasa proses pencernaan.

Ostematrix 
·         Lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bersifat alkali membantu mengurangkan keasidan dalam perut.
·         Mengurangkan rasa pedih hulu hati dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus.

B Complex 
·         Membantu dalam proses sintesis DNA, menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisme.
·         Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat tekanan

Peppermint Ginger Plus 
·         Mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan
·         Mengurangkan ketidakselesaan akibat masalah penghadaman.

Testimoni Set Gastrik Dan Gerd Shaklee





Untuk  terus membuat pembelian secara online anda terus klik gambar dibawah.


Atau terus menghubungi Cikta di applikasi whatsapp INI

Puan Masita Hassan.

Call / sms / WhatsApp :  +6012-7652258
Email : masitahassan86@gmail.com
Fanpage : Vitamin Keluarga Anda Johor Bahru
Facebook : Masita Hassan
Youtube Channel : Masita Hassan ibuohsemdotcom